Sunday, November 16, 2008

Hukum lakon watak nabi dan sahabat

Apabila saya terpromosi filem 'Messenger of Peace' , saya rasa bertanggungjawab pula untuk berkongsi sekelumit ilmu tentang hukum melakonkan watak nabi, sahabat dan orang-orang soleh. Adakah dibenarkan syara'? Atau diharamkan? Atau dibenarkan pada sesetengah keadaan dan diharamkan pada sesetengah keadaan yg lain?

Saya rasa cukuplah sekadar menterjemahkan kandungan fatwa yg dikeluarkan oleh sekumpulan ulama di website Islamonline.net apabila disoal tentang keharusan melakonkan watak para sahabat.

"Majma'-Majma' Fiqhiyyah telah melarang daripada melakonkan watak para nabi, khalifah yg empat dan sepuluh orang sahabat yg dijanjikan syurga. Ini kerana pelakon tidak akan mampu untuk melakonkan semula watak mereka walaupun sedikit. Adapun selain daripada sahabat yg disebut di atas, ulama berselisih pendapat tentang hukum melakonkan watak mereka. Ada yg mengharuskan dan ada yg mengharamkan.

Dan ulama yg mengharuskannya mengenakan syarat-syarat tertentu. Antara syarat-syarat tersebut ialah tidak berdusta ke atas mereka (tidak melakonkan apa yg tidak mereka lakukan). Pelakon yg memegang watak ini pula hendaklah di kalangan pelakon yg bagus cara hidupnya. Dia tidak boleh memegang watak sahabat nabi kemudian dalam waktu yg lain dia muncul dengan imej yg buruk."

Sekumpulan ulama ini juga telah menyatakan fatwa Dr. Yusuf Al-Qaradhawi untuk menjawab soalan yg dikemukakan. Sebelum mengakhiri persoalan ini, saya rasa elok saya nyatakan kandungan fatwa yg beliau yg selari dengan fatwa daripada Al-Azhar.

"Al-Azhar telah berfatwa sejak sekian lama bahawa tidak harus (haram) melakonkan watak Sahabat-sahabat besar di kalangan Khulafa Ar-Rashidin dan sepuluh orang yg dijanjikan syurga dan para isteri Nabi Sollallahualaihiwasallam. Dan Al-Azhar berfatwa harus untuk melakonkan watak selain daripada mereka. Oleh sebab itulah wujudnya filem-filem yg terdapat di dalamnya watak Khalid bin Al-Walid, 'Amru bin Al-'Asr dan selain daripada mereka di kalangan sahabat.

Dan saya (Al-Qaradhawi) juga berpegang dengan pendapat ini dan saya mentarjihkannya dengan syarat individu yg melakonkan watak sahabat atau salafus soleh atau para imam yg terkenal seperti Imam Abu Hanifah, Imam Ahmad bin Hanbal, Imam Umar bin Abdul Aziz mestilah di kalangan pelakon yg terkenal dengan jalan hidupnya yg bagus."

Jika inginkan penjelasan tambahan, maka eloklah bertemu dengan alim ulama di luar sana bukan di dalam sini (alam siber) memandangkan wujudnya 'mufti-mufti liar' yg berfatwa dalam apa jua bidang tanpa ilmu yg mencukupi. Ada yg terlalu keras mengharamkan dan ada pula yg terlalu mudah mengharuskan. Saya pula bukanlah bertindak sebagai mufti melainkan hanya menterjemahkan kandungan fatwa yg dikeluarkan daripada institusi yg terkenal dengan sikap wasatiyahnya.

Sebenarnya, saya tidak punya banyak ilmu dan waktu untuk menulis panjang mengenai topic semasa ini. Saya hanya mempunyai 24 jam sehari, tidak lebih dan tidak kurang. Maka kewajipan-kewajipan yg melambak mestilah diselesaikan mengikut waktunya. Jadi tempoh saya berada di hadapan laptop bergantung kepada jumlah kewajipan yg ada. Baiklah, saya terpaksa langsaikan dulu hutang kewajipan saya terhadap baju-baju yg masih setia di dalam baldi. Saya sengaja tidak rendamkannya kerana seolah-olah telah tahu bahawa saya akan membiarkan baju itu tidak terbasuh dalam satu jangka masa yg lama. Merendam baju berhari-hari bererti mereputkan baju bahkan mengeluarkan bau yg kurang enak!

diedit semula: Fatwa yg saya terjemahkan di atas bukanlah sebagai fatwa yg menghukum secara langsung terhadap filem 'Messenger of Peace'. Saya bukan mufti. Saya hanya memberikan maklumat ringkas tentang hukum lakon watak nabi, sahabat dan orang soleh. Saya sendiri pun berasa kurang senang apabila watak sahabat dan orang soleh dilakonkan semula (walaupun ceritanya agak menarik minat saya, hmmm). Filem yg ingin ditayangkan ini perlu dikaji terlebih dahulu oleh ulama sekarang. Siapa pelakonnya? Bagaimana jalan ceritanya? Artikel saya sebelum ini yg saya copy dari World Bulletin tentang filem itu hanya bersifat makluman semata-mata.

# Al-Wajibat aktharu min Al-Awqat

3 comments:

Fitrie Muhammad said...

Orang2 soleh takkan seratus-peratus dpt ditiru gaya hidup dia.siapa kite?!!kl org awam yg cincai amalannya tu dah xlayak,apatah lg kl pelakon2 yg tak tau ape2 pun psl sirah.bahkan mhina plk peribadi org2 soleh ni.terutamanya pelakon mesir.sbg cth pelakon utama filem rabiatul 'adawiyah.em..xtgamak nak sebut.fhm2 sdiri la.
tp,tak pe la kl yg faham mcm musalsal ashabulKahfi dn Marym tu.tupun mkin pakai pdpt paling dhoif.Wallahua a'lam.

al-aman said...

Em, betul, betul, betul. Saya setuju 100% dengan fitrie. Sebab tu la ulama yg m'haruskan lakon watak sahabat n org soleh kenakan syarat2 tertentu.Mngkin syarat2 tu x mampu dipenuhi pun oleh pelakon2. Tapi mgkin ulama yg kata harus sbab tengok kpd tuntutan semasa. Atas tujuan dakwah. Masyarakt dunia rata-rata suka tngok tv...

Secara hakikat, memang x dok yg mampu tiru gaya hidup mereka.

Anonymous said...

hukum menonton filem nabi-nabi allah, contoh seperti nabi yunus a.s, nabi sulaiman a.s dan lain-lain, tapi bukan nabi muhammad s.a.w...terima kasih

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin