Monday, February 23, 2009

Letupan di Kaherah 22/2/2009



Pihak berkuasa Mesir menyatakan bahawa letupan yg berlaku malam semalam di sebuah taman di hadapan Masjid Husain yg terletak di pusat bandar Kaherah telah membunuh seorang warga Perancis dan mencederakan 18 orang yg kebanyakan warga asing.

Kementerian Dalam Negeri pula menjelaskan bahawa mangsa-mangsa yg cedera ialah 10 orang pelancong Perancis dan Jerman, 3 orang warga Arab Saudi dan 4 orang warga tempatan. Akhbar Perancis melaporkan, Presiden Perancis menyatakan beliau sangat terkesan dengan kematian seorang pelancong Perancis yg berumur 17 tahun.

Pihak Kementerian Dalam Negeri menjelaskan petunjuk awal menunjukkan bahawa bahan letupan diletakkan di bawah sebuah bangku batu di tempat kejadian. Dan ini telah disahkan oleh ujian makmal.

Pihak akhbar juga menyatakan berdasarkan laporan pihak keselamatan, terdapat bom lain yg telah berjaya dihapuskan sebelum ia meledak.

Jemaah Ikhwanul Muslimin dalam kenyataannya mengutuk serangan tersebut dan menyatakan bahawa mereka menolak setiap bentuk keganasan yg dilakukan untuk apa-apa tujuan sekalipun.

Sumber: aljazeera.net

0 comments:

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin