Sunday, February 1, 2009

Menjejaki Syeikhul Islam Mustafa Sabri

Syeikhul Islam Mustafa Sabri
Kubur Syeikhul Islam Mustafa Sabri akhirnya ditemui. Misi kami pada petang Jumaat itu berjaya. Saya, Ustaz Munir dan Doktor Anas berpuas hati. Alhamdulillah, segala-galanya berjalan lancar. Saya akan menceritakan tentang peribadi Syeikhul Islam ini dalam posting yg lain.

Sudah 3 tahun lebih saya melalui jalan yg sama tapi tidak pernah saya perasan kewujudan papan tanda tersebut. Kali pertama saya perasan ialah ketika pulang daripada peperiksaan, menaiki teksi. Kebetulan, jalan sesak. Teksi terpaksa bergerak perlahan. Ketika itu kami berada di kawasan perkuburan. Maka, tatkala itulah saya terpandang sebuah papan tanda kecil di dinding sebuah bangunan. Akan tetapi, saya agak ragu. Adakah Syeikhul Islam dikebumikan di sini?


Apabila tiba di rumah, saya mencari-cari kitab karangan Syeikhul Islam. Satu-satunya kitab karangan Syeikhul Islam yg saya miliki, tajuknya Qouli fil Mar'ah. Malangnya, ia tidak memuatkan biodata beliau. Seingat saya, perpustakaan di Rumah KPT ada tersimpan kitab karangan beliau, Mauqiful 'Aqli wal... Saya memulakan pencarian. Tujuan utama hanya untuk mendapatkan maklumat tentang lokasi kubur beliau. Juga tiada biodata beliau.

Jadi, saya terpaksa menggoogle untuk mencari maklumat ini. Walaupun sejak awal lagi saya memang boleh merujuk kepada Encik Google tapi akhlak penuntut ilmu cuba saya amalkan. Rujukan utama untuk ilmu bukanlah internet. Tapi ketika mana terlalu berhajat, maka harapnya dimaafkan. Kaedah fiqhiyyah menyebut,' الحاجة تنزل منزلة الضرورة '. Maklumat ditemui. Terima kasih Islamweb.

Ya, beliau memang meninggal dunia di Mesir dan dikebumikan di Mesir. Beliau meninggal pada tahun 1373 Hijrah bersamaan 1954 Masihi. Saya yakin di situlah tempatnya. Tulisan pada papan tanda itu bukan tulisan Arab. Sangkaan saya mengatakan ia ditulis dalam bahasa Turki. Tulisannya rumi tapi bukan bahasa Inggeris. Mungkin ditulis sendiri oleh orang Turki untuk memberitahu lokasi kubur syeikh besar pada zaman Khilafah Turki Uthmaniah. Misi untuk menjejaki Syeikhul Islam mesti dilakukan.

Maka, saya menetapkannya pada hari Jumaat. Misi bermula setelah solat Jumaat di Masjid Al-Azhar. Kami menaiki bas 24 Jim. Lalu, kami berhenti berdekatan kawasan bangunan yg tertampal padanya papan tanda kecil itu. Kami berjalan dan terus berjalan. Sambil mata kami meliar mencari-cari tulisan berkaitan. Kami berundur kembali ke belakang dan terus mencari. Alhamdulillah, misi menjejaki kubur Syeikhul Islam akhirnya berjaya tapi setelah sesat beberapa ketika dan disalak anjing. Kubur beliau terletak dalam sebuah kawasan yg dikelilingi pagar batu. Pintu pagarnya pula dikunci dengan mangga.

Kubur Syeikhul Islam Mustafa Sabri

Kebetulan penjaga kubur Syeikhul Islam ada di situ. Lalu kami meminta beliau membukakan pintu untuk kami. Kami masuk lalu membaca Al-Fatihah dan berdoa. Di sekitarnya terdapat 3 buah kubur yg lain. Salah satunya kubur seorang ulama Al-Azhar. Jika ada kesempatan saya akan menulis tentang Syeikhul Islam Mustafa Sabri, insya Allah.

Batu nisan yg telah patah


Serpihan batu nisan yg disimenkan


Tertera, 1286 Hijrah - 1373 Hijrah. Hanya sebahagian kecil tulisan pada kepingan batu ini ditulis dalam bahasa Arab. Abjadnya abjad Arab tapi bukan bahasa Arab. Mungkin seperti tulisan jawi di Tanah Melayu satu ketika dahulu.


Kubur di sebelah kiri gambar merupakan kubur seorang ulama Al-Azhar


Misi berjaya!

p/s: Klik gambar untuk paparan lebih besar.

8 comments:

Unknown said...

Teringat cita-cita ketika mula-mula sampai di Mesir dulu, nak buat JM. Adakah ia akan jadi realiti?

al-aman said...

Errr, apakah hakikat JM itu wahai Rdhanz? Mohon pencerahan.

Anonymous said...

nnt kita wat ekspedisi lain lak tuan guru..

kembara™ said...

teruskan berusaha...semoga terus mendapat keberkatan dari Allah S.W.T..mabruk..!!(^_^)

Fitrie Muhammad said...

Emmm...kat mane ye maqam Syeikh...tlg story sikit..

al-aman said...

To Fitri: Susah nak cerita ni, kena ada peta baru mudah. Em, kalau guna google earth ok jgk. Tapi, kalau tuan hamba datang sini balik, hamba akan tunjukkan. :)

Anonymous said...

salam..
kalu ziarah maqam nk buat ape ye?maksud saya adab2 dan perkara yg afdhal dibuat.Saya cuba cari kitab yg menceritakan pasal maqam tp kebanyakan pasal larangan ziarah kubur,salah satunya karangan albani.Saya xtau nk merujuk tajuk apa untuk mencari kitab tu,kalu sedara tau boleh tolong khabarkan..

al-aman said...

To jiring86: Anda boleh rujuk kutaib karangan Dr. Umar Abdullah Kamil, Kalimah Hadiah fi Ahkamil Kubur. Kutaib ni merupakan siri ke 5 dr juzuk pertama siri-siri 'Mafahim yajibu an tusohhah'. Dicetak oleh Darul Mustafa. Kutaib ni membincangkan secara khas ttg hukum hakam berkaitan kubur. Kutaib ni ada diterjemahkan oleh Ust Fawwaz Fadhil Noor, bertajuk: Kubur, Hukum dan Permasalahan. Diterbitkan oleh PMRAM.

Anda juga boleh rujuk kitab Al-Bayan Al-Qowim,(m/s 72) himpunan fatwa Syeikh Ali Jum'ah, dicetak oleh Darus Sundus.

Juga kitab Al-Masyru' wal Masnu', karangan Syeikh Muhammad Zaki Ibrahim.(m/s 27... perbincangan ttg ziarah kubur)

Boleh juga tengok ttg kesepakatan ulama dalam masalah ini dlm kitab Mausu'ah Masail Jumhur,(m/s 259-260: Bab Takziah dan ziarah kubur) cetakan Darus Salam. Dikarang oleh Dr Muhammad Naim Muhammad Hani Sa'ie.

Banyak lagi kitab2 lain, tapi terus terang saya beritahu, saya x tahu. Mungkin jika ada sahabat di luar sana yg tahu, sila la berkongsi.

Kadang2 ada pihak yg terlalu kuat mengharamkan walaupun perkara itu sebenarnya dibenarkan. Hati-hati, terlalu kuat mentahzir akan membawa kepada mentakfir...tanpa disedari. Berpeganglah kpd manhaj AL-Azhar, manhaj wasatiyah.

Ni je la setakat yg saya mampu tolong. Kalau anda kesempatan, saya juga akan menulis ttg isu ni.

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin