Monday, June 1, 2009

Pendakwah dan Khilaf Fiqh

Petang ini saya akan menduduki peperiksaan bagi subjek Fiqh Perbandingan Mazhab. Kerdilnya rasa diri ini apabila berhadapan dengan ilmu para ulama. Saya lemas dalam lautan perbahasan ilmiah yg bergelora. Lautannya dalam sekali. Ombaknya besar. Arusnya deras. Akan tetapi sedalam mana pun lautan ini, sebesar mana pun ombaknya, sederas mana pun arusnya, masih ada orang yg tak sedar diri. Baru saja belajar berenang tapi sudah berani bercakap besar dan mencabar pakar renang. Dia baru saja kenal pelampung, tetapi sudah pandai menempelak johan renang Olimpik. Dia perasan dirinya sehandal si johan renang.

Tidak salah belajar berenang. Tidak salah juga bergaul dengan johan renang. Bahkan tidak salah berenang di lautan. Tapi ingat, lautan dalam boleh menenggelamkan. Bermainlah di tepi-tepian dulu. Tanam azam untuk belajar berenang. Belajar pula biarlah dengan bimbingan guru renang. Jaga adab dengan guru renang. Jangan reka gaya renang sendiri lagi. Belajar dulu hinggalah benar-benar pakar. Ketika itu, tiada yg berani mencanggah. Kerana dia sudah punya kepakaran. Baru boleh berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan johan-johan renang dunia yg lain.



Lautan ilmu fiqh hanya ada dua. Lautan ijmak dan lautan khilaf. Kenali kedua-dua lautan ini.

Antara ilmu yg perlu dikuasai oleh pendakwah ialah ilmu tentang permasalahan fiqh. Pendakwah yg berjaya ialah pendakwah yg tahu permasalahan ijmak dan khilaf. Seorang pendakwah perlu tahu status sesuatu masalah fiqh. Adakah sesuatu masalah itu telah diijmakkan hukumnya atau masih diperselisihkan para ulama. Jika jahil tentangnya, bimbang si pendakwah akan mengingkari masalah-masalah yg masih dikhilafkan. Tentu sahaja dia akan mencanggah setiap perkara yg tidak selari dengan pegangannya. Bahkan mungkin sahaja pegangan orang lain lebih kuat dan tepat. Dia juga mungkin akan bertoleransi pula dalam perkara yg telah diijmakkan akan keharamannya. Gara-gara jahil tentang permasalahan ini.

Oleh itu, berenanglah perlahan-lahan. Jangan berenang di kawasan dalam. Kita masih dalam proses pembelajaran. Jangan berenang terlalu laju, takut kejang.


p/s: Doakan saya berjaya. Amiinnn...

6 comments:

toqki said...

ana benci orang baru tahu sikit2 dah sombong,
bkn setakat sombong, tapi bodoh sombong!
tak tahu nak menghormati ulama'
tidak adab bermuamalah dengan ulama'

susah kalau orang mcm ni terus berasa diri paling betul..mmg susah..

~ jagung ~ said...

suke ayat2 dlm perenggan ke dua...
u got a colourful mind fren...

1..2..3..dajjaaallll..

al-aman said...

Sama2 berjuang ke arah memartabatkan ilmu dan Islam. Saya teringat kata2 Ust Mokhtar Senik, "Semarakkan Islam dengan ilmu bukan dengan semangat..."

Isikan semangat dengan ilmu. Jangan biarkan semangat kosong.

amar90 said...

Salam..Ana sokong abang Fahmi:)
Sedih bile ade 'ustaz' setahun jagung
menyesatkan sayyidina mu'awiyah..Siapa kita nak pertikai sahabat nabi,sabda nabi"ashabi kannujum" au kama qaal..Sulthanul muhaddisin Abdullah ibn Mubarak pernah berkata:Jika nak dibandingkan debu kuda sayyidina Mu'awiyah dengan diriku maka tidak terbanding...itulah kata2 sulthanul muhaddisin..justeru siapa kita nak pertikaikan para sahabat??....sedikit perkongsian,ana tau abg Fahmi dah tau sume 2..cme berkongsi..jka ade silap abg fahmi tgur ye..Ana nk jd anak didik abg Fahmi..HUHU:)

al-aman said...

Oh, Muzani rupanya... nama seorang murid Imam Syafie. Imam Muzani 'berenang' di sebelah Imam Syafie. Kepakarannya 'berenang' tak pernah menjadikan dirinya sombong dan biadap.

Nta kena tulis biodata Imam Muzani n letak dlm blog nta. Ramai yg masih asing dgn nama ulama tersohor ni.

amar90 said...

HUHU..nampaknya ana sudah diterima menjadi anak didik abang fahmi:)...syukran laka ya akhi..as alullaha an yaj'alaka minatthoyyibin..at-thoyyibina litthoyyibat..huhu..ok,abang fahmi tolong la bg biodata penuh imam muzani ye..

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin