Wednesday, September 30, 2009

Biar gambar yg berbicara...

Posting saya kali ini untuk menggambarkan rasa gembira dan rasa bengang. Rasa gembira kerana Aidilfitri. Rasa bengang pula kerana pengurusan UMNO yg tidak profesional.

5 tahun beraya di perantauan...

Syawal 1426 H / 2005 Kaherah

Masih segar di ingatan, tetamu pertama yg datang ke rumah saya (bukan gambar di atas) ialah Ustaz Asri Bait Muslim KPT. Ketika itu beliau belum berkahwin. Saya dan Hanbali hidangkan biskut arab, tiada biskut raya.


1427 H / 2006 Kaherah

Err, sebenarnya gambar di atas ialah semasa Aidiladha. Gambar semasa Aidilfitri tidak ditemui. Saya letakkan juga gambar di atas untuk menyempurnakan koleksi gambar 5 tahun raya versi di perantauan :)


Syawal 1428 H / 2007 Kaherah


Syawal 1429 H / 2008 Mekah, indahnya memori itu


Syawal 1430 H / 2009 Kaherah



Bersama Syeikh Yusri hafizahullah

Selesai solat Aidilfitri di Masjid Asyraf, rempit versi Mesir


Di hadapan Rumah Terengganu




Lawak di bulan Syawal.

Manila kad yg tertampal ialah 'banner' yg dipasang oleh pihak Pejabat Pengurusan Pentadbiran Siswa/wi Terengganu yg bernaung di bawah Kerajaan Negeri Terengganu. Manakala banner yg tergantung ialah banner yg dipasang oleh Unit Sambutan Mahasiswa/wi Baru (USMB KPT 09).

Sejak beberapa tahun lalu, Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu (KPT) telah dinafikan peruntukan LE10 ribu dan peruntukan tersebut telah disalurkan kepada Ikatan Ulul Albab Mesir yg halimunan. Tetapi, KPT nampaknya 'lebih kaya' dan masih mampu mengeluarkan sedikit kos untuk menyambut adik-adik baru berbanding krew-krew penculik tajaan UMNO! Semoga Allah memelihara kita semua.


5 Syawal 1430 H - Mahasiswa/wi baru tajaan Yayasan Terengganu seramai 38 orang yg baru tiba...

...sebelum diculik selama 10 hari. Pihak USMB diugut agar tidak turut sama menyambut mahasiswa/wi baru di airport. Believe it or not?!

Sepanjang diculik, kebajikan mahasiswa/wi baru tidak terjaga. Saya tak bohong. Tak percaya, sudah!


9 Syawal 1430 H - Mahasiswa/wi baru persendirian seramai 10 orang disambut oleh USMB dengan aman, damai dan harmoni tanpa sebarang ugutan


Wajah-wajah ceria mahasiswa baru yg selesai menunaikan solat dengan tenang sedang rakan-rakan mereka tajaan Yayasan Terengganu sudah berkali-kali solat di akhir waktu akibat ketidakcaknaan UMNO dalam keghairahan bersiar-siar. Jangan marahkan mereka yg baru, mereka masih bingung dengan dengan waktu solat di Mesir.

Sebagai penutup, hayati kata-kata keramat ini "UMNO tidak pernah serius menangani isu akidah, inikan pula isu ibadah?! Isu akhlak? Jauh sekali..."


~Coretan dari Kota Seribu Menara, 1430 H

8 comments:

Anonymous said...

mse bile UMNO sedia duit utk kebajikan plajar2 trg?

sememangnya,UMNO xde peruntukan utk sambut kehadiran adik2 yg baru sbb sume duit tu utk menBUNCIT & memBOROIkan perut konco2 UMNO.

al-aman said...

Utk sedikit pencerahan. Dulu, setiap tahun MAIDAM sedia peruntukan sebanyak LE10 ribu kpd KPT utk tujuan kebajikan umum bukan khas utk sambut pelajar2 baru. Tapi sekarang duit tu disalurkan kpd Ikatan Ulul Albab yg x kelihatan di alam nyata, mungkin wujudnya di alam ghaib...

Duit entah ke mana... Lalu, ada sebahagian pelajar yg dakwa penubuhan Ikatan Ulul Albab bukanlah satu masalah?! Fikirkan...

aminmenulis said...

Ye, betul tu. Dan ana setuju dgn Fadhilatussheikh al-allamah Ust Tn Guru Fahmi. ana setuju dengan kenyataan diatas "Wajah-wajah ceria mahasiswa baru yg selesai menunaikan solat dengan tenang sedang rakan-rakan mereka tajaan Yayasan Terengganu sudah berkali-kali solat di akhir waktu akibat ketidakcaknaan UMNO dalam keghairahan bersiar-siar. Jangan marahkan mereka yg baru, mereka masih bingung dengan dengan waktu solat di Mesir"

Hehe.. Nasib baik ada abg fahmi sambut. Kalau tak xtau la camner kan.. Hehe.. Jazakallahu khair kpd USMB, KPT dan PMRAM

al-aman said...

Hehe, nasib baik ambe sambut amin. Kalau x, mesti sesat kat padang pasir yg luas terbentang.

ibnuziyad_12 said...

Pesanan buat adik2 baru :

Sesungguhnya antum lebih aman dan bebas tanpa YT.Ana bercakap atas pengalaman.Jangan malu bertanya abang2 lama berkaitan hal ini.Diaorg sendiri merasai suka duka hidup ber'pegawai' ni.Tak salah rasenya kalu ana katakan masing2 ade pengalaman sendiri berkaitan pegawai hatta ana sdiri pun ade.Lebih2 lagi exco KPT pasti merasainya.

Maaf kerana ana x berpeluang utk menemui dan berkongsi pengalaman bersama siswa2 baru sebelum berangkat tempoh hari.Ape2 hal pun.teruskan perjuangan antum dan timbalah ilmu&pengalaman di Mesir.Pilih jalan yang terbaik.

Anonymous said...

bende ni patuh kene kabo ke ahmad said nih...
baik la mu bwk direct ke phak atsan,bkn dlm agama kene tegur direct dulu ke??klu expose kt tenet org lain bc bkn tmbul fitnah ke??klu dh d jatuhkn hukum betul xpe,ni bende xpasti...fikir2 la..takut nati sia2 menuntut ilmu dgn bantuan org lain dlm mse same xbsyukur dengan ape yg dberi...lalalala...salam...

al-aman said...

Gembiranya bukan kepalang apabila blog saya ini dikunjungi oleh orang seperti anda encik/cik/tuan/puan anonymous, Alhamdulillah. Harapnya si dia ini kembali lagi dan baca penjelasan ini dan artikel2 yg lain :)

Anda boleh tanya kpd pelajar2 di Mesir apa yg berlaku. Kami tidak dibenarkan menjemput pelajar baru. Seorang AJK diberi amaran yg berbau ugutan. Semua maklumat ini benar. Kalau anda x percaya, terpulang. Saya rasa anda lebih kenal siapa itu UMNO.

Mungkin saya perlu ceritakan secara lebih terperinci. Bab solat spt yg di atas, saya sudah berjumpa dengan pihak yg bertanggungjawab. Saya beritahu sila bawa perkara ini kepada pegawai Yayasan Terenganu di Mesir, Ust Kamal. Wallahu'alam, samada orang itu beritahu atau takut kepada bos sendiri.

Persatuan anak-anak Trg di Mesir, KPT yg berdaftar dgn Yayasan Trg dan Kedutaan Malaysia dinafikan haknya mendapat peruntukan yg pernah diperolehi sebelum ini. Diwujudkan Ikatan Ulul Albab dgn organisasi yg hanya atas kertas, dan duit disalurkan ke situ. Namun, kini di mana persatuan ini? Pupus. Sila ke MAIDAM untuk pastikan perkara ini. Pihak pengurusan di sana turut bersimpati.

Ketika MB, YB Ahmad Said datang ke Mesir, kami tidak diberikan peluang utk bertemunya kecuali hanya di dalam majlis umum sahaja. Tiada sesi soal jawab. Kami ingin mengadu tentang masalah yg ditimbulkan oleh pegawai ketika itu (sebelum pegawai sekarang) tapi YB 'diculik' dan dibawa masuk ke rumah pegawai tanpa dibenarkan seorang pelajar pun masuk bertemu. Akhirnya kami bertemu dengan Pengarah MAIDAM dan mengadu masalah.

Bantuan yg diberikan kepada kami bukan milik UMNO. Jika parti lain yg memerintah maka parti itu pula yg akan menguruskan pemberian wang. Bahkan entah mengapa soalan-soalan yg ditujukan kpd saya dan rakan2 semasa interview memohon bantuan pinjaman ke Mesir agak menyakitkan hati. Entah mengapa ada yg x diberikan bantuan sedangkan mereka terlebih layak berbanding rakan2 lain. Bekas pelajar cemerlang STAM peringkat kebangsaan 2004 pada asalnya tidak layak menerima bantuan ini?! Sehari sebelum terbang ke Mesir, akhirnya beliau ditawarkan. Agak meragukan jika pelajar cemerlang sebegini tidak layak. Maka akhirnya diberikan juga. Begitu juga pelajar cemerlang tahun 2006, tapi yg ini langsung x diberikan bantuan pinjaman ini sehingga sekarang. Jangan nafikan fakta ini. Pendirian politik dijadikan kayu ukur untuk dikira layak atau x. Ini standard apa ya?

Anda lebih kenal siapa UMNO.. tak usah berpura-pura. Kalau x mahu sokong PAS, saya masih boleh berlapang dada tapi jika sokong UMNO, saya sempit dada.

Anonymous said...

hambe pernah ada pengalaman terlibat dgn puok2 YT di Mesir,termasuk yg mari kat sini(bukan yg duk kat Mesia tuh!) banyok penipuan,ancaman, merajuk(haha), dan bahang pitih(memang doh!sapa tahap mintak resit kosong kat hotel u claim dengan sikap mahu tulis sendiri nilai claim tu),dll..banyok nyusoh ke pelajar2 la puok2 ni.duit hok yysn trg pernah bg pelajar guna u baikpulih asreama pun ajkt guna betul2 berhemah.tapi bile mari je peg,habis dia balun pitih tu!celaka ngguh...bangunan ngan asrama rosok dok baiki pun!tahik...khaikk...ptuihh!!

politik jd ukuran pemberian bantuan..
-abu abdillah

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin