Tuesday, June 9, 2009

Islam di mata rakyat Amerika

Kehadiran Obama ke Negara-negara Arab tidak menyenangkan sebahagian rakyat Amerika. Obama kononnya berusaha untuk memperbaiki imej Amerika di kaca mata dunia Islam, akan tetapi apa pula reaksi rakyat Amerika terhadap umat Islam? Statistik terbaru yg disiarkan Al-Jazeera menunjukkan masih ramai penduduk Amerika mempunyai pandangan yg negatif terhadap negara-negara umat Islam. Hasil undian yg dibuat oleh CNN/Opinion Research Corporation menunjukkan 46 peratus responden berpandangan negatif terhadap negara-negara umat Islam. Ini menunjukkan berlakunya pertambahan sebanyak 5 peratus berbanding hasil undian pada tahun 2002 iaitu 41 peratus.

Undian pada tahun 2007 menunjukkan 45 peratus responden bersetuju bahawa Islam ialah agama yg menganjurkan keganasan. Greg Smith yg berperanan sebagai Researcher Fellow di Pew Forum berkata, pandangan negatif ini meluas di kalangan penduduk Amerika yg terpengaruh dengan media dan tidak pernah bertemu Muslim.

Islam masih ganjil di kalangan penduduk Amerika. Bagaimana pula Islam di negara kita? Anda mempunyai jawapannya...




6 comments:

Saya said...

Islam di mata rakyat Malaysia : Islam hadhari :)

al-aman said...

Tiada lagi Islam Hadhari, sekarang One Malaysia. Huhu. Dr. Mashitah pernah kata, kita kena tolong Pak Lah untuk bereskan banyak agenda yg tertunda. Tak sempat nak beres, dah 'bankrup'.

'One Malaysia', satu lagi projek Barisan Nasional.

Orang Jelai said...

Projek bawa balik Chin Peng tu...projek saper pulak???

al-aman said...

Saya masih rabun pasal cerita chin peng nak balik ni?! Penjelasan? Penjelasan?

"Orang Jelai" said...

Lihatlah Puak mana yg menyokong untuk Chin Peng balik????.....dan lihatlah mereka yang menyembunyikan kebenaran...mereka sudah mengetahui kebenarannya tetapi sembunyikan kebenarannya demi kepentingan duniawi...http://www.angelfire.com/emo/doaanwar/tamadun.html

al-aman said...

To Orang Jelai: Terima kasih utk maklumat tu. Secara peribadi saya katakan, saya juga x pernah setuju dgn anwar. PAS pula menerima Anwar n PKR mahupun DAP atas nama tahaluf siasi, tidak lebih dari itu.

Usah bimbang, sesiapa sahaja yg cari kepentingan duniawi dengan menggunakan nama agama akan tersungkur, x kira siapa mereka. Hanya yg ikhlas sahaja yg akan istiqamah. Allah Tuhan Sebaik-baik Pengatur.

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin