Ramadhan dan Syawal melambai-lambaikan tangan sambil mengucapkan selamat tinggal. Maka, tiada lagi puasa fardhu Ramadhan. Tiada juga puasa sunat enam hari Syawal. Mudahan-mudahan dipertemukan lagi pada tahun yg mendatang. Salaf berdoa selama 6 bulan agar amalannya di bulan Ramadhan diterima, manakala 6 bulan yg berbaki pula dengan doa supaya dipertemukan dengan Ramadhan akan datang. Falsafah daripada ibadah puasa perlu dihayati. Ibadah puasa mengajar kita supaya mengawal nafsu. Ketika di bulan puasa, kita bersusah payah menahan diri daripada makan di siang hari. Sepinggan nasi goreng kosong pun sudah boleh menyebabkan air liur meleleh. Aromanya tidaklah terlalu menggoda, namun ada muslim yg tertewas. Muslim yg kuat mampu mengawal nafsu walau seekor ayam golek terhidang di hadapannya, walau dia berkurung di dalam bilik yg terkunci. Nafsu makan diserang bertubi-tubi. Ini cerita di bulan Ramadhan.

Setelah Ramadhan berlalu, nafsu kembali bertakhta. Jika di bulan Ramadhan kita bersusah payah menahan diri daripada makan, maka apabila Ramadhan bertolak pergi, kita bersusah payah pula demi makan. Tapi, kalau bersusah payah untuk kawan-kawan, maka itu sikap mulia. Junior saya yg dikenali dengan nama Ustaz Kamal Bulat menghabiskan 3 jam di dapur untuk menyiapkan nasi goreng. Rumah saya penuh dengan asap. Oh, mungkin kali pertama bertemu dapur. Senduk dan sudip masih kelihatan serupa. Kuali dan periuk asyik bertukar nama. Nasib baik, kawan-kawan lain turut membantu. Lain kali, Ustaz Kamal belajar goreng telur dulu ya! Abaikan dulu nasi goreng tu!

Sudah tentu ini bukan nasi goreng yg dimasak oleh Kamal. Mustahil! (gambar hiasan)

Ilmu yg berkaitan Ramadhan dan Syawal serta amalan-amalan di dalamnya janganlah dibiarkan mengiringi pemergian Ramadhan dan Syawal. Maka saya kira tidaklah terlambat untuk menyiarkan jawapan-jawapan bagi Kuiz Ramadhan anjuran KPT sempena Ramadhan baru-baru ini. Jawapan bagi siri pertama telah pun saya siarkan. Tahniah kepada pemenang-pemenang yg kesemuanya bertudung litup. Tiada yg berkopiah layak menang. Tiada yg menghantar kertas jawapan. Mungkin yg berkopiah berpendapat usaha mencari jawapan di dalam kitab tidak layak dibayar dengan hadiah. "Jangan rosakkan amalan kami, cukuplah ganjaran daripada Allah. Kami tak mahu ganjaran daripada makhluk...", mungkin itu bisikan hati sebahagian yg memakai kopiah. Benar, biarlah usaha mulia kalian terbayar dengan ganjaran hadiah yg lebih besar di akhirat nanti.

Berikut ialah jawapan-jawapan bagi siri kedua dan ketiga.

Jawapan Kuiz Ramadhan Siri Kedua:

1- “Kami bersama Nabi SAW pada bulan Ramadhan dalam sebuah permusafiran dan salah seorang daripada kami meletakkan tangannya di atas kepalanya kerana terlalu panas, dan tiada yg puasa di kalangan kami melainkan Nabi SAW dan . . . . “ (Riwayat Bukhari dan Muslim)

a- Abu Darda’

b- Abdullah b. Rawahah

c- Ibnu Jarir

d- Said bin Al-Musayyib

Jawapan : b- Abdullah b. Rawahah radiyallahuanhu


2- Bulan Ramadhan ialah bulan ke- . . . . dalam Kalendar Hijrah.

a- 7

b- 8

c- 9

d- 10

Jawapan : c- 9


3- Peristiwa-peristiwa berikut berlaku dalam bulan Ramadhan kecuali . . . .

a- Perang Badar

b- Pembunuhan Saidina Ali

c- Pembunuhan Saidina Umar

d- Fathu Makkah

Jawapan : c- Pembunuhan Saidina Umar radiyallahuanhu (berlaku pada bulan Zulhijjah, Tahun 23 Hijrah)


4- Siapakah pengarang kitab Lataiful Ma’arif yg membicarakan tentang 12 bulan Islam?

a- Ibnu Hajar Al-Asqalani

b- Ibnu Rejab Al-Hanbali

c- Imam Nawawi

d- Ibnu Jarir At-Tobari

Jawapan : b- Ibnu Rejab Al-Hanbali rahimahullah


5- Perkara-perkara berikut tidak membatalkan puasa di sisi Mazhab Syafie kecuali . . . .

a- Berhadas kecil

b- Berbekam

c- Gila

d- Mencium isteri

Jawapan : c- Gila


6- Perkara-perkara berikut membatalkan puasa di sisi Mazhab Syafie kecuali . . . .

a- Haid

b- Nifas

c- Keluar mazi

d- Melahirkan anak

Jawapan : c- Keluar mazi


7- Tokoh-tokoh tersebut mati pada bulan Ramadhan kecuali . . ..

a- Abdullah bin Al-Mubarak

b- Ibnul Jauzi

c- Hajjaj bin Yusuf At-Thaqafi

d- Hasan Al-Banna

Jawapan : d- Hasan Al-Banna rahimahullah (meninggal pada bulan Rabiul Akhir, 1368 H bersamaan 12 Februari 1949)


8- Dalam Matan Abi Syuja’, perbincangan tentang hukum hakam puasa diletakkan sebelum perbincangan tentang . . . .

a- Haji

b- Solat

c- Zakat

d- Bersuci

Jawapan : a- Haji


9- Ayat-ayat Al-Quran yg berikut membicarakan tentang puasa kecuali . . . .

a- Ayat 183, Surah Al-Baqarah

b- Ayat 184, Surah Al-Baqarah

c- Ayat 187, Surah Al-Baqarah

d- Ayat 188, Surah Al-Baqarah

Jawapan : d- Ayat 188, Surah Al-Baqarah


10- Sila reka tema yg sesuai dan menarik untuk sambutan Aidilfitri yg akan datang.

Jawapan bebas tetapi diberikan keutamaan kepada tema yg mempunyai unsur ukhuwwah dan mahabbah.


Selamat tinggal Ramadhan! Moga bertemu lagi.

1- Bilakah zakat fitrah disyariatkan? _____________ [2 Hijrah, 3 Hijrah, 4 Hijrah]

Jawapan: 2 Hijrah
(pada tahun yg sama disyariatkan puasa Ramadhan)


2- Ulama ________________ [ khilaf, ijmak ] tentang hukum haramnya memberi zakat fitrah kepada orang kafir.

Jawapan : Khilaf
(Ulama ijmak haram hukumnya memberi zakat selain zakat fitrah kepada orang kafir)


3- Zakat fitrah bagi isteri diwajibkan ke atas suami untuk membayarnya menurut 3 mazhab. Hanya mazhab ______________ [ Syafie, Hanafi, Hanbali ] yang mewajibkan si isteri membayarnya sendiri jika si isteri mempunyai harta sendiri.

Jawapan : Hanafi
(pendapat ini juga dipegang oleh Dr. Yusuf Al-Qaradawi di dalam kitabnya Fiqh Az-Zakat, antara alasannya agar si wanita yg berharta berasa mempunyai tanggungjawab terhadap ibadat zakat fitrah yg ditunaikan hanya setahun sekali)


4- Khatib disunatkan takbir sebanyak _________ [ 5, 7, 9 ] kali pada permulaan khutbah pertama Hari Raya.


Jawapan : 9 kali
(pada khutbah kedua : 7 kali - Khutbah disampaikan selepas solat sunat Hari Raya berbeza dengan khutbah Jumaat yg disampaikan sebelum Solat Jumaat)


5- Bilakah solat sunat Hari Raya Aidiladha dan Aidilfitri disyariatkan ____________ [ 2 Hijrah, 3 Hijrah, 5 Hijrah ]

Jawapan : Tahun ke-2 Hijrah
(Solat Hari Raya pertama yg didirikan oleh Rasulullah Sollallahualaihiwasallam ialah solat sunat Aidilfitri)


6- Apakah hukum takbir sebanyak 7 kali ketika rakaat pertama solat sunat Hari Raya _______________ [ Wajib, Sunat Ab’ad, Sunat Haiah ]

Jawapan : Sunat Haiah
(maka jika meninggalkannya, tidak perlu ditampung dengan sujud sahwi)


7- Ketika solat sunat Hari Raya, Rasulullah Sollallahualaihiwasallam membaca surah ________________ [ Qaf dan As-Shams, Al-‘Ala dan Al-Ghashiyah, Al-Kauthar dan Ad-Dhuha]

Jawapan : Al-'Ala dan Al-Ghashiyah -Riwayat An-Nasaie
(Rasulullah Sollallahualaihiwasallam juga membaca Surah Qaf dan Surah Al-Qamar - Riwayat Muslim dan An-Nasaie)


8- Mandi sunat Hari Raya hanya disunatkan kepada orang yang ingin menghadiri solat sunat Hari Raya sahaja. _____________ [ Betul, Salah ]

Jawapan : Salah
(disunatkan kepada semua kerana tujuannya untuk menzahirkan kecantikan pada Hari Raya)


9- Disunatkan makan dahulu sebelum menunaikan solat sunat Aidilfitri. __________ [ Betul, Salah ]

Jawapan : Betul
(untuk membezakan Aidilfitri dengan hari sebelumnya pada bulan Ramadhanyg diwajibkan berpuasa sejak terbit fajar manakala pada Aidiladha, disunatkan makan setelah solat sunat Aidiladha supaya makanan yg mula-mula dimakannya ialah daging korban yg berkat yg disembelih setelah solat sunat Aidiladha)


10- Sila reka tema yang sesuai untuk sambutan Hari Raya AidilAdha yang akan datang.

Jawapan bebas
tetapi diberikan keutamaan kepada tema yg mempunyai unsur ukhuwwah dan mahabbah.


Perbanyakkan selawat! Pastikan selawat meniti di bibir kita yg mengaku cintakan Nabi Muhammad Sollallahualaihiwasallam.

9 comments:

adik2 said...

ust fahmi,nasi 3jam ust kamal masak...jeput jadi guane ust kamal masak?

peminat ust kamal & ust fahmi said...

i like nasi goreng & jeput ust kamal..huhu

al-aman said...

to adik2: Terpaksa dibuat pendedahan terbuka atas permintaan. Ust Kamal masak jeput jadi kolle... cair bolle (bukan belle)selepas diperbetulkan oleh pakar bahasa Trg cawangan mesir, selaku bos intenet: Ust Rauf.

Baru buat jeput (tu pun x jadi) terus telefon malaysia, cerita belake. Tengah goreng jeput, ust kamal terkenang ibu di kampung... kamal, kamal.. baru sebulan.

Anonymous said...

salam,ustaz..
akhawat masuk kuiz tsebut bukan sbb hadiah ke ape
tp nak raikan kuiz ramadhan tsebut.tak tahu plok ade hadiah.dgn masuk kuiz tue,dpt jgak akhawat tmbhkan ilmu yg kurang niey.
bkn pe cume tak nak ustaz slh sgka..
maalish klau tulisan nie ade slh..

al-aman said...

Saya rasa anonymous ni mesti ustazah. Memang ada salah faham ni.. huhu.. Dlm artikel ni, sebenarnya saya sedang memuji akhawat kerana masuk kuiz, maka tu tanda akhawat buka kitab utk cek jawapan etc, bagus kerana rajin... dan saya sindir ikhwah yg x dok sorang pun masuk kuiz, maka berkemungkinan SEBAHAGIAN mereka x masuk sbb x tau jawapan dan malas buka kitab...

Saya sbg panel penggubal soalan agak terharu dgn penyertaan akhawat dan kecewa dgn ikhwah. Sekeping kertas jawapan pn x dihantar spanjang 3 siri kuiz, oh ustaz...

Naseh Ulwan said...

salam..tanye,bakpe pggil kamal,ust kamal bulat?
bakpe gellor ye g2,pertama kali ana mendengarnya!

al-aman said...

to nasih ulwan: utk pengetahuan, Ust Kamal smakin mengembang di Bumi Mesir ni... maka, beliau dpt gelaran baru, Ust Kamal Bulat. Lebih2 lg, ramai sangat yg nama Kamal di sini, maka digunakan gelaran ni utk beliau utk bezakan dgn yg lain. Tambahan lagi, beliau x marah bahkan gembira dgn gelaran baru ni.. Ust Kamal memang best, eh..Ust Kamal Bulat

Sebagaimana Al-A'mash dan Al-A'raj redha dgn panggilan sebgitu kpd mereka, maka mungkin Kamal juga mahu mengikut jejak mereka... :)

Anonymous said...

owh,mintak maaf atas kesalahfahaman tersebut..
xterpikir pulak ustaz berbalaghah..
insyaAllah kena kuatkan lagi husnudzhon.
mohon tunjuk ajar..
bittaufiq wannajah.

al-aman said...

X mengapa ustazah anonymous, huhu... ternyata saya x pandai menyusun perkataan2 sehingga berlakunya salah faham. Oh...

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin