• Keturunan
  • Kelahiran
  • Nama-nama
  • Penyusuan
  • Kematian ibubapa
  • Anak-anak

Keturunan:

Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Mutalib bin Hashim ibn ‘Abdu Manaf ibn Qusai ibn Kilab bin Murrah bin Ka’ab bin Luai bin Gholib bin Fihr bin Malik bin Nadr bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrikah bin Ilyas bin Mudhar bin Nizar bin Ma’ad bin ‘Adnan.

Nasab Rasulullah Sollallahualaihiwasallam hingga ke ‘Adnan ialah nasab yg telah disepakati ulama akan kesahihannya.

Dan yg dipastikan juga, nasab Rasulullah Sollallahualaihiwasallam sampai kepada Nabi Ismail bin Ibrahim 'Alaihimassalam.



“Sesungguhnya Allah telah memilih Kinanah daripada anak-anak Ismail, lalu memilih Quraisy daripada Kinanah, lalu memilih Hashim daripada Quraisy, lalu memilihku daripada Bani Hashim.” Riwayat Muslim.

Bapa Rasulullah Sollallahualaihiwasallam iaitu Abdullah bin Abdul Mutalib ialah anak yang paling dikasihi oleh Abdul Mutalib.

Ibunya ialah Aminah binti Wahb bin ‘Abdu Manaf bin Zahrah bin Kilab bin Murrah.Beliau dianggap sebagai wanita yang paling mulia pada zamannya.

Kelahiran:

Ibunya, Aminah berkata beliau tidak berasa seperti sedang hamil ketika mengandungkan Rasulullah Sollallahualaihiwasallam, bahkan beliau tidak berasa berat seperti yang dirasakan oleh seorang wanita yg sedang sarat mengandung.

Hari kelahiran Baginda Sollallahualaihiwasallam ialah pada hari Isnin. Walaubagaimanapun,ulama berbeza pendapat dalam menentukan tarikh sebenar kelahiran Nabi Sollallahualaihiwasallam. Adakah pada 9 atau 12 Rabiul Awwal Tahun Gajah.[1]

Tahun tersebut dinamakan Tahun Gajah kerana angkatan tentera bergajah Abrahah Al-Asyram menceroboh Makkah bertujuan memusnahkan Ka’bah tetapi dibinasakan oleh burung Ababil sebagaimana yang disebut di dalam Surah Al-Fil. Peristiwa pencerobohan itu berlaku pada bulan Muharram, 50 hari sebelum hari kelahiran Nabi SAW. Walaubagaimanapun, pendapat kebanyakan ulama ialah 55 hari sebelum kelahiran Nabi Sollallahualaihiwasallam.

Setelah itu, Rasulullah Sollallahualaihiwasallam dihantar kepada datuknya, Abdul Mutalib sebagai berita gembira dengan kelahiran cucunya. Beliau telah membawa Rasulullah Sollallahualaihiwasallam ke dalam Kaabah, lalu berdoa kepada Allah dan bersyukur kepadanya. Lalu memilih nama ‘Muhammad’ bagi Rasulullah Sollallahualaihiwasallam. Nama ‘Muhammad’ merupakan nama yg tidak pernah dikenali oleh bangsa Arab sebelum itu.

Nama-Nama Nabi Sollallahualaihiwasallam:

Terdapat sebanyak 201 nama dan sifat Nabi Sollallahualaihiwasallam yang tertulis di Masjid Rasulullah daripada pintu hingga ke mihrab. Antaranya, Muhammad, Ahmad, Al-Mahi, Al-Hashir, Al-‘Aqib, Al-Amin, Al-Mustofa, Al-Khatam, Al-Fatih, Ar-Rasul, An-Nabi, Al-Ummiy, Toha dan Yasin.

Penyusuan:

Ibu susunya yang pertama ialah Suwaibah. Kemudian disusui oleh seorang perempuan dari Bani Sa’ad bin Bakr, Halimah binti Abi Zuaib atau Halimah As-Sa’diyyah.

Kematian bapanya:

Bapanya pergi ke Syam bersama rombongan perniagaan Quraisy. Ketika pulang, bapanya sakit dan tinggal di Madinah bersama sanak-saudaranya, Bani ‘Adi bin An-Najjar selama sebulan. Lalu, beliau meninggal di sana dan umurnya ketika itu 25 tahun. Ketika itu, Nabi Sollallahualaihiwasallam berada 2 bulan di dalam kandungan ibunya.

Kematian ibunya:

Baginda Sollallahualaihiwasallam bersama ibunya pergi ke Madinah bertemu saudara-mara baginda, Bani An-Najjar ketika berumur 6 tahun. Di samping mereka berdua, terdapat seorang pengasuh iaitu, Ummu Aiman dan namanya yang sebenar ialah Barokah. Mereka menetap di sana selama sebulan. Ketika pulang, ibunya meninggal dan dikebumikan di Abwa’. Lalu Baginda Sollahualaihiwasaalam dipelihara oleh datuknya, Abdul Mutalib sehingga beliau meninggal iaitu ketika Baginda Sollallahualaihiwasallam berumur 8 tahun. Lalu, Baginda Sollallahualaihiwasallam dipelihara oleh bapa saudaranya, Abu Tolib.

Anak-anak:

3 Lelaki, 4 Perempuan:

Berdasarkan turutan:

  1. Al-Qosim
  2. Zainab
  3. Ruqoyyah
  4. Fatimah Az-Zahra'
  5. Ummu Kalthum
  6. Abdullah
  7. Ibrahim
-Kesemuanya ialah anak Baginda Sollallahualaihiwasallam bersama Khodijah RA, kecuali Ibrahim. Ibunya, Mariah Al-Qibtiyyah.

Fakta Ringkas:

  • Al-Qosim. Oleh kerana itu, Baginda Sollallahualaihiwasallam digelar Abul Qosim. Beliau juga merupakan anak Rasulullah Sollahualaiwasallam yg pertama meninggal dunia.Meninggal di Makkah ketika berusia 2 tahun.
  • Zainab. Berkahwin dengan sepupunya, Abul 'Ash bin Ar-Robi'. Ibu Abul 'Ash, Halah binti Khuwailid ialah adik beradik Sayyidah Khadijah Radiallahuanha. Melahirkan 2 org anak, Ali & Umamah. Zainab meninggal pada Tahun 8 Hijrah.
  • Ruqoyyah. Berkahwin dengan Sayyidina Uthman bin Affan Radiallahuanhu. Ruqoyyah meninggal pada hari perang Badar, bulan Ramadhan Tahun 2 Hijrah.
  • Fatimah Az-Zahra’. Berkahwin dengan Sayyidina Ali Radiallahuanhu selepas pulang dari perang Badar.Ketika itu Sayyidatina Fatimah Radiallahuanha berumur 15 tahun, manakala Sayyidina Ali berumur 21 tahun 5 bulan.
    Melahirkan 6 orang anak.
-3 lelaki: 1-Al-Hasan 2-Al-Husain 3-Al-Muhassin.
-3 perempuan: 1-Zainab 2-Ummu Kalthum, dikatakan berkahwin dengan Sayyidina Umar Radiallahuanhu 3-Ruqoyyah.

Sayyidatina Fatimah Radiallahuanha meninggal 6 bulan selepas kewafatan Nabi Sollallahualaihiwasallam, pada 3 Ramadhan Tahun 11 Hijrah. Sayyidina Ali mengebumikannya pada waktu malam.

  • Ummu Kalthum. Berkahwin dengan Sayyidina Uthman Radiallahuanhu selepas kematian Ruqoyyah. Oleh kerana itu, Sayyidina Uthman digelar 'Zun-Nurain' yg bermaksud 'yg mempunyai 2 cahaya' iaitu 2 isterinya: Ruqoyyah & Ummu Kalthum yg merupakan anak Rasulullah Sollahualahiwasallam. Meninggal pada tahun 9 Hijrah.
  • Abdullah. Digelar dengan At-Toyyib dan At-Tohir. Beliau merupakan anak yg kedua meninggal selepas Al-Qosim. Juga meninggal di Makkah sewaktu kecil.
  • Ibrahim. Anak Baginda bersama Mariah Al-Qibtiyyah. Lahir pada Zulhijjah tahun 8 Hijrah. Nabi Sollallahualaihiwasallam melakukan aqiqah dan menamakannya pada hari ketujuh kelahirannya. Baginda mencukur rambutnya dan menyedekahkan perak berdasarkan kadar timbangan rambut Ibrahim yg dicukur. Ibrahim meninggal pada tahun 10 Hijrah ketika berumur 16 bulan. Dikatakan ketika 18 bulan.
Allah memerintahkan supaya mencintai ahli keluarga Nabi Sollallahualaihiwasallam berdasarkan firmanNya dalam Surah As-Syura, ayat 23:

قُل لَّآ أَسۡـَٔلُكُمۡ عَلَيۡهِ أَجۡرًا إِلَّا ٱلۡمَوَدَّةَ فِى ٱلۡقُرۡبَىٰ‌ۗ

"Katakanlah(Muhammad), Aku tidak meminta sesuatu upah pun atas seruanku kecuali kecintaan dalam kekeluargaan"

~Cintailah Rasulullah Sollallahualaihiwasallam dan ahli keluarganya yg mulia~


Nota kaki:

[1]Berdasarkan kajian seorang pakar ilmu falak Mesir, Syeikh Mahmud Basha, tarikh kelahiran yg tepat ialah 9 Rabiul Awwal bersamaan 20 April 571 Masihi. Pendapat ini juga dipersetujui oleh Al-Imam Al-Muhaqqiq Muhammad Zahid Al-Kauthari Rahimahullah.

Walaubagaimanapun,
terdapat ulama yg beramal dengan kedua-dua pendapat, lalu menyambut Maulid Nabi Sollallahualaihiwasallam pada kedua-dua tarikh tersebut.

Rujukan:
-Ta'araf 'ala Habibika, Dar As-Sundus,Kaherah. Izin cetak dengan pengesahan Al-Azhar.
-Fiqh As-Sirah karangan Dr Muhammad Sa'id Ramadhan Al-Buti, Darul Salam, Kaherah.
-Ar-Rohiq Al-Makhtum karangan Al-Mubarakfuri, Darul Mustaqbal. Dicetak dengan izin khas dari Rabitah 'Alam Islami.
-Jalaul Afham Syarah 'Aqidatul Awam karangan Kiyai Ustaz Muhammad Ihya' Ulumiddin, Mahrasah Maktabah Al-Malik Fadh Al-Wataniyyah.
-Maqolat Al-Kauthari, himpunan tulisan Imam Muhammad Zahid Al-Kauthari, Darul Salam, Kaherah.

Marilah sama-sama kita kenali Nabi kita...Oh silap, maafkan saya kerana semuanya sudah kenali Nabi kita Muhammad Sollallahualaihiwasallam. Kita sudah tahu nama-namanya, isteri-isterinya, anak-anaknya dan segala yg berkaitan dengannya. Tetapi terdapat para ulama dan ustaz yg menggunakan peluang hari kelahiran Nabi Sollallahualaihiwasallam atau Maulid sebagai hari untuk lebih mengenali siapakah insan mulia ini, kerana hari-hari lain mungkin sibuk dengan pengajian-pengajian lain. Tapi, saya agak-agak mungkin SEMUA telah mengenali Nabi Sollahualaiwasallam sehingga ada pihak yg mahu mengharamkan Maulid dengan alasan kita wajib memperingati dan mencintai Nabi Sollahualaiwasallam sepanjang waktu.

Mengapa perlu dikhususkan hari tertentu untuk memperingatinya? Maulid ini bidaah munkarah, berdasarkan dakwaan mereka. Ah, ini bukan medan untuk debat isu yg tak pernah berkesudahan itu. Jadi, andainya anda telah pun mengenali Nabi Sollallahualaihiwasallam, maka anggaplah tulisan ini sebagai satu ulangkaji terhadap pengetahuan anda yg telah sedia ada itu. Jika ada maklumat baru, maka tambahkan ke dalam minda anda yg telah sarat dengan data dan maklumat yg berkaitan. Ini hanya setitik atau setengah titik maklumat ringkas daripada limpahan ilmu para ulama Sirah. Insya Allah, sama-sama kita ambil manfaat daripada tulisan hamba yg hina ini. Sekadar menterjemah daripada kutaib* dan mengumpul sedikit fakta daripada kitab-kitab Sirah.

Berselawatlah ke atas junjungan Nabi Muhammad Sollahualaiwasallam!!!

*kutaib = kitab yg bersaiz kecil

Tuesday, May 13, 2008

Ummah Films: Tomorrow Never Comes

Enjoy it!



If tomorrow never comes... (- -)

Qasidah Burdah Chapter 5: Concerning the Mu'jizat of Rasulullah Sollahu alaihi wasallam



"We have not sent you (O Prophet) but as rahmah to all the worlds." (21:107)

Blog Widget by LinkWithin