Tuesday, November 18, 2008

Bulan Ini Dalam Sejarah

  • Saya ikut rombongan KPT menjelajah makam-makam sahabat, ulama & auliya'.
  • Gempar ! Baru-baru ini beberapa orang mahasiswa Malaysia ditangkap dengan alasan tidak mempunyai visa. Kebetulannya, nama salah seorang daripada mereka sama seperti nama saya. Dengarnya, visanya telah tamat selama lebih kurang 8 bulan. Pihak polis menyiasat sehingga ke rumah mereka. Mereka masih lagi dalam tahanan polis. Kawan-kawan ada yg menyangka saya yg tertangkap sehingga terpaksa mengesahkannya dengan rakan serumah saya. Alhamdulillah, saya masih selamat. Saya percaya motif sebenar siasatan bukan semata-mata masalah visa. Kita berdoa agar Allah mempermudahkan urusan mereka dan membebaskan mereka dari belenggu kesulitan ini. Err... saya sendiri baru sahaja memperbaharui visa beberapa bulan lalu setelah tempoh visa tamat selama lebih kurang 10 bulan! Tapi sekarang visa saya tamat lagi. Jadi sekarang saya sedang hidup di sini tanpa visa. (visa saya tamat 2 bulan lalu) Doakan saya juga selamat. Aminnn... Saya akan perbaharui visa 'secepat' mungkin.
  • Abang Bu telah menyampaikan tazkirah subuh buat kali pertamanya di Asrama Keluarga Penuntut-Penuntut Terengganu (KPT). Tahniah! Teruskan Abang Bu!
  • Bisnes Rumah Sewa 700 kembali aktif setelah bos sampai dari Malaysia.
  • Polis berpakaian seragam masih lagi berlegar-legar di sekitar perumahan kami. Sekatan jalan raya dilakukan berdekatan Asrama KPT. Spy pula mungkin ada di mana-mana sahaja. Setiap gerak geri terasa seolah-olah diperhatikan. Kebetulan, malam tadi saya membawa bersama kitab karangan Ustaz Fathi Yakan. Saya hanya sembunyikannya di dalam poket seluar memandangkan kitab itu bersaiz kecil. Saya juga terpaksa menanggalkan kopiah bagi mengelakkan dikenali sebagai orang asing. Alhamdulillah, saya selamat tiba di rumah.
Segala-galanya berlaku dengan penuh hikmah yg tersembunyi. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

3 comments:

  1. Keselamatan dan kesihatan adalah tanggungjawab individu. Tetapi, sebagai rakan kita perlu saling memperingati.

    ReplyDelete
  2. Apa yang ditakuti polis dengan student2 malaysia di sana? ana yang baca je ni pun rasa takut...semoga semua sahabat sahabiah di sana dilindungi Allah.

    ReplyDelete
  3. Maklumat terbaru, dengarnya ada kes bunuh.Orang asing disyaki terlibat. Dengarnya, hari ini akan ditentukan pelajar2 yg ditangkap tu akan dilepaskan atau terus ditahan. Berdoalah kpd Allah, semoga Allah membebaskan mereka yg tak bersalah ni...aminnn

    ReplyDelete