Jawapan:
:: Surah Al-Baqarah, ayat 190 [2:190]
وَقَـٰتِلُواْ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ ٱلَّذِينَ يُقَـٰتِلُونَكُمۡ وَلَا تَعۡتَدُوٓاْۚ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُحِبُّ ٱلۡمُعۡتَدِينَ
"Dan perangilah di jalan Allah akan orang-orang yg memerangi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yg melampaui batas."
- Islam hanya membenarkan untuk memerangi orang yg memerangi kami sahaja. Islam tidak membenarkan untuk membunuh orang awam. Jangan menghukum Islam berdasarkan perbuatan penganutnya yg tidak mengikut Islam. Sikap sebahagian penganutnya yg tidak patuh kepada ajaran Islam tidak menggambarkan kebatilan Islam kerana penganut agama Kristian juga tidak patuh kepada agama Kristian. Maka, Kristian juga akan dianggap batil jika kayu pengukur kesahihan atau kebatilan sesebuah agama ialah sikap penganutnya yg derhaka.
Soalan 2: Mengapa Islam memaksa untuk memeluk Islam?
Jawapan:
:: Surah Al-Baqarah, ayat 256 [2:256]
لَآ إِكۡرَاهَ فِى ٱلدِّينِۖ
"Tiada paksaan dalam (menganut) agama Islam."
:: Surah Al-Kafirun, ayat 1-6 [109:1-6]
قُلۡ يَـٰٓأَيُّہَا ٱلۡڪَـٰفِرُونَ (١) لَآ أَعۡبُدُ مَا تَعۡبُدُونَ (٢) وَلَآ أَنتُمۡ عَـٰبِدُونَ مَآ أَعۡبُدُ (٣) وَلَآ أَنَا۟ عَابِدٌ۬ مَّا عَبَدتُّمۡ (٤) وَلَآ أَنتُمۡ عَـٰبِدُونَ مَآ أَعۡبُدُ (٥) لَكُمۡ دِينُكُمۡ وَلِىَ دِينِ (٦
"Katakanlah (Muhammad), "Wahai orang-orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yg kamu sembah. Dan kamu bukan penyembah apa yg aku sembah. Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yg kamu sembah. Dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah apa yg aku sembah. Untukmu agamamu dan untukku agamaku."
- Islam tidak memaksa sesiapapun untuk menganut Islam. "Tiada paksaan dalam agama" dan "Untukmu agamamu dan untukku agamaku" telah menjawab persoalan ini. Antara bukti terkini, Yvonne Ridley, bekas tawanan Taliban tidak pernah dipaksa memeluk Islam, bahkan beliau memeluknya dalam keadaan rela.
p/s: Kajilah Islam melalui sumbernya bukan melalui musuhnya.
No comments:
Post a Comment