Saya terbaca satu berita di Berita Harian Online yg amat menarik perhatian saya. 'Pakistan izin Syariah'. Saya mengucapkan syukur. Akhbar melaporkan ianya merupakan satu kejayaan kepada Taliban, manakala pada pandangan saya ianya satu kejayaan buat umat Islam seluruhnya. Mudah-mudahan hukum syariah yg dilaksanakan membuka mata masyarakat dunia agar melihat keadilan sistem Islam. Oh ya, Undang-undang Syariah yg dimaksudkan di sini bukanlah Undang-undang Syariah yg digunapakai di Mahkamah Syariah, tapi dengan makna Syariah yg sebenar.
Secara peribadi, saya agak tidak bersetuju dalam beberapa perkara berkaitan Taliban. Tetapi, janganlah kebaikan yg dilakukan orang yg kurang serasi dengan kita pun dilihat satu kejahatan. Saya tidak menyokong Taliban secara mutlak. Saya hanya menyokong tuntutan Taliban. Kerana ia tuntutan Islam. Selebihnya, terserah kepada Taliban untuk memulakan langkahan baru ke arah pelaksanaan Syariah di wilayah mereka. Jika mereka benar-benar adil, mengikut acuan sebenar Islam, maka berkat akan melimpah-limpah keluar dari bumi dan mencurah-curah turun dari langit.
Saya amat pelik dan hairan apabila terdapat pihak yg terlalu takutkan Undang-undang Syariah ini. Ada pula pihak yg berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan undang-undang ini tidak terlaksana di atas muka bumi. Di Pakistan, pihak pemerintah terpaksa tunduk dan akur kepada permintaan rakyatnya di kawasan Lembah Swat, barat laut negara itu.
Di Malaysia pula, kerajaan pusat terus memberikan amaran. Jika undang-undang ini dilaksanakan, tindakan keras akan diambil. Saya menggaru-garu kepala yg tidak gatal. Tak faham. Mengapa terlalu takutkan undang-undang yg telah dinaskan di dalam Al-Quran? Orang Islam sendiri yg takut. Masyarakat non-muslim pula yg menyokong ke arah pelaksanaan undang-undang ini. Pelik...pelik. Semua orang Islam tahu, Allah pencipta makhluk dan Allah tahu yg terbaik untuk makhluknya! Tapi apabila berbicara isu ini, seolah-olah mereka menafikan kebijaksanaan Tuhannya! Masyarakat non-muslim pula lebih 'islamik' berbanding mereka.
Hukuman Hudud dan Qisas tidak akan dijatuhkan kepada mereka yg tidak melakukan kesalahan. Hanya yg bersalah yg akan dihukum. Non-muslim di Malaysia memahaminya. Bahkan akal yg waras memang memahaminya. Cuma sekelompok orang Islam di Malaysia amat takut mendengar perkataan Hudud dan Qisas ini.
Hukuman Hudud hanya dikenakan terhadap beberapa kesalahan jenayah sahaja.
1- Zina
2- Qazaf (tuduhan zina terhadap orang lain)
3- Mencuri
4- Merompak
5- Minum arak
6- Murtad
7,8- Kes bunuh dan mencederakan orang. (Qisas)
Jika difikir dengan akal yg waras, kita akan mendapati bahawa jenayah-jenayah di atas termasuk dalam kategori jenayah berat yg boleh mengancam keamanan dan keselamatan individu, masyarakat dan negara. Jenayah-jenayah yg selebihnya pula akan diadili dengan undang-undang Takzir.
Mungkin akan timbul sifat kasihan masyarakat terhadap pesalah-pesalah yg akan dijatuhkan hukuman ini. Bahkan sebahagiannya menuduh hukuman ini sebagai zalim dan kuno. Maka, kita cuba bertanya kepada mangsa atau keluarga terdekat mangsa. Misalnya jenayah zina atau rogol. Jika anak gadis orang lain dirogol bahkan dibunuh, mungkin lidah masih mampu melafazkan kata-kata simpati kepada si perogol yg dihukum.
Tapi jika anak gadis, isteri, adik, kakak, ibu atau neneknya sendiri yg dirogol, tapi masih belum dibunuh dan mampu hidup dengan sihat walafiat, apa agaknya kalimah-kalimah yg akan keluar daripada mulutnya? Maki hamun, carut marut dan cacian. Akibat daripada kemarahan membuak-buak yg bersuara, "Bunuh perogol itu!" Bahkan kalau diziinkan untuk menghukum sendiri si perogol, mungkin tindakannya jauh lebih kejam berbanding hukuman syariah yg didakwanya sebagai kejam. Mungkin dikerat-kerat tubuh si perogol, dicincang-cincang dan dilempar ke dalam laut. Bahkan mungkin lebih dahsyat!Jadikan kes-kes rogol, zina dan buang anak di negara kita sebagai pedoman.
Jenayah curi pula hukumannya potong tangan. Tapi tidak sewenang-wenangnya. Jika kecurian berlaku akibat kebuluran, maka hukum potong tangan tergugur. Pencuri yg disahkan bersalah setelah perbicaraan akan dipotong tangan kanannya di bahagian hujung pergelangan tangannya. Tapi jika diizinkan kepada mangsa yg asyik kehilangan barang-barang kesayangannya untuk menghukum si pencuri, apakah agaknya tindakannya? Barang yg dibeli hari ini, esoknya hilang. Dibeli lagi, esoknya hilang. Mungkin dia potong tangan pencuri di bahagian bahu! Bahkan mungkin dipotong kedua-dua belah tangan.
Ada pula seorang yg bergelar Doktor PhD menyarankan supaya si pencuri diberikan kerja sebagai hukuman. 'Genius' sungguh!
Si peminum arak pula dikenakan hukuman sebat 40 kali. Sebatan yg syari'e jauh berbeza dengan sebatan yg dijalankan pada hari ini. Cukup dengan satu sebatan sudah mampu menanggalkan kulit. Inilah sifat sebatan yg dilaksanakan di Malaysia. Jauh lebih zalim dan kejam.
Jadikan kes kemalangan akibat kemabukan sebagai pedoman.
Hukuman Hudud dan Qisas juga didahului perbicaraan yg jauh lebih teliti dan sukar untuk diputuskan. Hukuman Syariah hakikatnya lebih menjamin keselamatan tertuduh. Sebagai contoh, jika si tertuduh didakwa dengan kesalahan zina, maka wajib didatangkan empat orang saksi yg adil untuk memberikan penyaksian di mahkamah. Saksi-saksi pula hendaklah benar-benar menyaksikan kejadian 'keris masuk ke dalam sarungnya'. Cuba fikir, siapalah agaknya yg berkesempatan melihat adegan live sejelas itu? Amat ganjil. Saksi pula hendaklah adil dengan makna yg dikehendaki syara'.
Maka, jika syarat-syarat yg ditetapkan tidak terpenuhi, hukuman qazaf pula yg akan dijatuhkan. Disebat sebanyak 80 kali. Sebagai pengajaran kepada dirinya dan masyarakat sekeliling. Bunyi setiap sebatan tersebut seolah-olah berbunyi, 'Jangan terlalu mudah menuduh orang berzina!'
Jadikan kes tilam masuk mahkamah untuk jadi saksi kes liwat sebagai pedoman.
Andainya si tertuduh memang berzina sekalipun, maka dia hanya terlepas hukuman di dunia. Dia akan berhadapan pula dengan Hakim yg paling adil dan Dia punya ramai saksi. Mustahil si tertuduh terlepas. Tak usah bimbang. Bahkan di mahkamah dunia, syara' menyatakan bahawa hakim yg tersilap melepaskan penjenayah lebih afdhal daripada hakim yg tersilap menjatuhkan hukuman kepada yg tidak bersalah.
Hukuman Qisas pula terlalu jelas keadilannya. Satu nyawa dibalas dengan satu nyawa. Bahkan Islam memberikan ruang kepada keluarga si mangsa untuk menghukum atau memaafkan si penjenayah. Dalam sebuah hadith riwayat Abu Daud, Anas bin Malik Radiyallahu'anhu berkata bahawa setiap kes yg dibawa kepada Rasulullah Sollallahu'alaihiwasallam dan telah thabit padanya Qisas, Rasulullah Sollallahu'alaihiwasallam menyarankan supaya diberikan kemaafan kepada si pembunuh.
Jadikan juga kes bunuh dan rompakan bersenjata di negara kita sebagai pedoman. Bagaimana pula dengan murtad? Tiada jenayah yg lebih besar daripada jenayah murtad akidah! Adakah kes murtad yg berleluasa memerlukan Abu Bakar As-Siddiq untuk kembali membanteras jenayah ini? Jika beliau kembali sekalipun, maka tiada undang-undang lain yg dirujuknya kecuali Undang-undang Syariah!
Persoalan sebenarnya ialah, adakah mereka yg takutkan hukuman-hukuman ini ialah mereka yg melakukan kesalahan? Kalau mereka tidak melakukan kesalahan, maka tidak perlu takut. Yang melakukan kesalahan akan dihukum. Yang tidak melakukan kesalahan tidak akan dihukum. Sifirnya mudah. Jika tiada kesalahan, hukuman tidak akan dilaksanakan.
Sebarkan kefahaman Islam yg sebenar kepada masyarakat Muslim mahupun Non-muslim. Jangan biarkan mereka dimomokkan dengan fakta-fakta palsu. Beramal dengan Undang-undang Syariah tidak semestinya dengan melaksanakan hukuman. Kerana jika penjenayah tiada, hukumannya juga tiada. Tapi beramal dengan Undang-undang Syariah bermakna menjunjung Syariah dan meletakkannya di tempat yg selayaknya.
Bagaimana kita ingin menikmati rasa sebenar sesuatu masakan jika sebahagian resepinya kita abaikan? Bagaimana kita ingin menikmati keindahan sebenar Islam jika sebahagian ajarannya kita ketepikan?
Bilalah agaknya undang2 syariah dpt diterjemahkan di msia...
ReplyDeleteMoge2 2012 kan menjadi kenyataan...
Waktu tu mungkin ust fahmi dh berada di msia...
Mungkin sbb ust fahmi ade kt msia mnjdi sbb Islam menang nanti...huhu
Doa2 la supaya kita menjadi asbab kepada kemenangan Islam. Bimbang juga jika Islam memang tapi tanpa sumbangan daripada kita. Rugi...
ReplyDeleteApa2 pun, kita ditaklifkan untuk berjuang bukan untuk menang, andainya Islam masih belum menang dan kita telah mati dlm perjuangan, insya Allah kita selamat.
salam.teringat akn cerita seorang ustaz yg dijemput mengajar.Tapi diberi guardline supaya jangan bercakap pasal hukum hudud dan qisas.tiba2 pada majlis tu,moto tuan yg memberi syarat tadi hilang.lalu menyumpah saranah kpd pencuri dengan mneyebut "aku,kalu dpt pencuri tu,aku akn potong tangan dia"..lebih kurang camtu la..
ReplyDeletefikir sendiri la apa maksudnya..huhu
Emm...org Islam sendiri yang jahil dan terus mau jahil.buktinya anak2 yang mau menyambung pelajaran agama tulen pun tidak digalakkan dan disekat secara diam2(faham2 aje la).Macamane diaorg nak tau pkara2 mcm ni kl kelahiran agamawan dikurangkan dan yang ada,dianaktirikan.
ReplyDeleteLagipun bab hudud dan qisas dlm kitab2 fiqh pun xpernah diajar dlm kuliah2 agama.Kalau la diaorng blh baca kitab fiqh thn4 syariah al-azhar...
Mereka sbnrnya takut dgn bayang sendri..sbb tu org Islam sndri yang tak mahu.takut-takut periuk nasi terganggu.tak ubah mcm org arab jahiliyah..sejarah ni hny berulang,cuma watak bertukar.Firaun,Namrud,Abu Jahal tetap ada cuma pd watak yg berbeza..
ReplyDeleteSepatutnya bila non-muslim terima hukum islam, maka muslim yg tolak hukum islam perlu rasa pelik dan mula mengkaji.
ReplyDeleteBagaimana seorang non-muslim boleh menerima hukum Islam yg dimomok-momokkan sebagai kejam? Bahkan menyokong ke arah pelaksanaannya?
kita sekarang nie..byk berlaku isteri yang curang dgn suami..kalulah ade hukuman rejam sampai mati..adakah isteri2 sanggup utk melakukan perkara terkutuk tuy..terpalit dihati mereka rasa gerun dan takut dgn akibat dari perbuatan mereka..
ReplyDeleteSetuju dengan tulisan penulis, "Secara peribadi, saya agak tidak bersetuju dalam beberapa perkara berkaitan Taliban. Tetapi, janganlah kebaikan yg dilakukan orang yg kurang serasi dengan kita pun dilihat satu kejahatan. Saya tidak menyokong Taliban secara mutlak. Saya hanya menyokong tuntutan Taliban. Kerana ia tuntutan Islam. Selebihnya, terserah kepada Taliban untuk memulakan langkahan baru ke arah pelaksanaan Syariah di wilayah mereka. Jika mereka benar-benar adil, mengikut acuan sebenar Islam, maka berkat akan melimpah-limpah keluar dari bumi dan mencurah-curah turun dari langit."
ReplyDeleteBaca : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0428&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm
-panduan kita al-Quran, As-Sunnah, Ijmak dan Qias
Hakim Britain mungkin guna undang-undang syariah
ReplyDeletehttp://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Dunia/20090427234119/Article/indexworld_html
في قلوبهم مرض
ReplyDelete