Saya perlu menyiapkan kisah sahabat mulia ini secepat yg mungkin. Azhan, Zulfahmi dan Hisham akan bertolak ke Turki pada malam esok. Saya tahu mereka boleh google dan akan menemui kisah-kisah yg lebih bagus daripada hasil tulisan saya. Namun, saya telah pun seakan-akan berjanji dengan Azhan untuk menulis tentang sahabat Nabi ini.
Harapnya permusafiran mereka ke Turki adalah pengembaraan penuh spiritual. Banyak tempat menarik di sana. Kembara saya ke sana dua tahun lepas tidak sempurna. Masalah masa dan kewangan menghalang saya daripada menziarahi Abu Ayyub Al-Ansari radiyallahuanhu. Saya harap mereka dapat manfaatkan tempoh 8 hari di sana. Jangan lupa kirim saya yg hina ini kepada sahabat Nabi yg mulia, Abu Ayyub Al-Ansari!

Ibnu Abbas radiyallahuanhuma meriwayatkan, Abu Bakar radiyallahuanhu telah keluar ke masjid pada waktu panas terik lalu dilihat oleh Umar radiyallahuanhu seraya berkata, "Wahai Abu Bakar! Apa yg menyebabkan kamu keluar pada waktu ini?"
Abu Bakar radiyallahuanhu menjawab, "Tiada yg menyebabkan aku keluar melainkan rasa lapar yg teramat sangat."
Umar radiyallahuanhu berkata, "Demi Allah, tiada yg menyebabkan aku keluar selain perkara itu juga!" Rupa-rupanya Umar radiyallahuanhu juga kelaparan.
Lalu, datanglah Rasulullah Sollallahualaihiwasallam kepada mereka berdua dan bertanya, "Apa yg menyebabkan kamu berdua keluar pada waktu ini?"
Kedua-dua berkata, "Tiada yg menyebabkan kami keluar melainkan rasa lapar yg bersangatan."
Lalu berkatalah lidah yg mulia itu, "Dan aku, demi Allah yang aku berada di dalam genggamanNya, tiada yg menyebabkan aku keluar kecuali perkara itu. Bangunlah kamu berdua bersama aku."
Mereka menuju ke rumah Abu Ayyub Al-Ansari radiyallahuanhu. Setiap hari, beliau menyimpan makanan untuk Baginda. Apabila telah lewat dan Baginda tidak datang kepadanya pada waktu kebiasaannya, beliau akan memberi makanan itu kepada keluarganya.
Apabila tiba di pintu rumah, Ummi Ayyub radiyallahuanha iaitu isteri kepada Abu Ayyub radiyallahuanhu keluar lalu mempersilakan mereka, "Selamat datang Nabi Allah dan siapa saja yg bersamanya."
Lalu Baginda bertanya sahabiah mulia itu, "Abu Ayyub di mana?"
Maka, Abu Ayyub radiyallahuanhu terdengar suara mulia itu. Suara yg tidak perlu diperkenalkan lagi. Beliau cukup kenal suara itu. Lantas beliau meninggalkan kerjanya di kebun tamarnya untuk mengadap Baginda. Beliau berkata, "Selamat datang Rasulullah dan siapa saja yg bersamanya." Lalu bersuara lagi, "Wahai Nabi Allah, ini bukanlah waktu yg selalunya kamu datang."
Baginda menjawab, "Kamu benar." Kemudian Abu Ayyub radiyallahuanhu segera pergi ke pohon tamarnya. Beliau memotong serumpun tamar yg bercampur antara tamar yg masak dan separa masak.
Baginda memberitahu agar cukuplah dengan tamar yg masak sahaja. Namun, sahabat mulia ini tetap mahu menyediakan yg terbaiknya untuk tetamu-tetamu besarnya lantas berkata, "Wahai Rasulullah, aku lebih suka kamu makan tamar yg masak dan separa masak. Dan sesungguhnya aku akan menyembelih ternakan untuk kamu juga."
Baginda menjawab, "Jika kamu ingin sembelih, maka jangan sembelih yg sedang mengeluarkan susu."
Abu Ayyub radiyallahuanhu menyembelih seekor kambing muda. Si isteri pula mengadun tepung untuk dibuat roti. Sebahagian daging sembelihan diambil oleh Ummi Ayyub radiyallahuanha untuk dimasak sementara sebahagian lagi untuk dipanggang. Apabila hidangan telah pun tersedia di hadapan, Baginda mengambil sepotong daging dan diletakkan di dalam roti lalu berkata,
"Wahai Abu Ayyub! Segeralah pergi kepada Fatimah bersama sepotong daging ini. Sesungguhnya telah beberapa hari dia tidak merasa makanan sebegini."
Saksikanlah, betapa indahnya akhlak yg ditunjukkan oleh Abu Ayyub Al-Ansari dan isterinya. Masih wujud lagikah jiran semulia mereka?!
Hadith Al-Ifki: Abu Ayyub dan isterinya pembela Ummul Mukminin Aisyah Radiyallahuanha
Hadith Al-Ifki merujuk kepada peristiwa fitnah yg dilontarkan oleh golongan munafik terhadap Saidatina Aisyah radiyallahuanha dan Saidina Safwan radiyallahuanhu ketika pulang daripada peperangan Bani Mustaliq atau peperangan Al-Muraisi'. Abdullah bin Ubai bin Salul, ketua munafik Madinah berperanan besar dalam menyebarkan fitnah berat ini. Saidatina Aisyah dan Saidina Safwan ibnu Al-Mu'attol dituduh melakukan perbuatan terkutuk. Celakalah puak munafik!
Dalam peristiwa ini, para sahabat terbahagi kepada beberapa kumpulan:
Akhirnya turunlah sepuluh ayat daripada Surah An-Nur iaitu daripada ayat 11 hingga 20, yg membersihkan Saidatina Aisyah daripada segala fitnah.
Saksikanlah betapa mulianya Abu Ayyub Al-Ansari dan si isteri. Mereka membela dengan bersungguh di kala orang lain sedang kebingungan akibat fitnah puak munafik.
Hadirkan kisah ini ketika menziarahi beliau. Beliau telah membersihkan ibu kita, Ummul Mukminin Aisyah radiyallahuanha ketika ibu difitnah dan ditohmah.
Rujukan:
-Suwar Min Hayat As-Sohabah karangan Dr. Abd Rahman Ra'fat Al-Basha
-Qutuf min Al-Huda An-Nabawi karangan Dr. Mustafa Muhammad Abu 'Imarah

- Kumpulan pertama: Kebanyakan sahabat. Mereka memekakkan telinga dan membisukan lidah daripada terlibat dengan fitnah ini. Mereka tidak bersuara melainkan dengan kata-kata yg baik.
- Kumpulan kedua: Mereka bersegera mendustakan fitnah ini. Mereka tidak mendiamkan diri untuk menghapuskan fitnah dahsyat ini. Antara mereka ialah Abu Ayyub Al-Ansari dan isterinya, Ummu Ayyub. Mereka menyifatkan khabar ini ialah fitnah yg besar. Mereka membersihkan Saidatina Aisyah radiyallahuanha daripada segala tohmahan dan tuduhan palsu ini. Inilah golongan contoh yg dipuji oleh Al-Quran dalam surah An-Nur ayat 12. Betapa mulianya Abu Ayyub dan isterinya!
- Kumpulan ketiga: Mereka tidak membenarkan khabar ini. Tidak juga mendustakannya dan tidak juga menafikannya. Tetapi mereka berkata-kata dengan apa yg diperkatakan oleh golongan munafik tentang fitnah ini. Mereka fikir mereka hanya sekadar menukilkan kata-kata mereka sahaja, mereka tidak menuduh zina.
- Kumpulan keempat: Kumpulan si celaka Abdullah bin Ubai bin Salul yg mereka-reka cerita. Al-Quran telah mengisyaratkan bahawa kematian mereka ialah di atas kekufuran, taubat mereka tidak akan diterima dan mereka akan dilaknat di dunia dan akhirat.
Akhirnya turunlah sepuluh ayat daripada Surah An-Nur iaitu daripada ayat 11 hingga 20, yg membersihkan Saidatina Aisyah daripada segala fitnah.
Saksikanlah betapa mulianya Abu Ayyub Al-Ansari dan si isteri. Mereka membela dengan bersungguh di kala orang lain sedang kebingungan akibat fitnah puak munafik.
Hadirkan kisah ini ketika menziarahi beliau. Beliau telah membersihkan ibu kita, Ummul Mukminin Aisyah radiyallahuanha ketika ibu difitnah dan ditohmah.
Rujukan:
-Suwar Min Hayat As-Sohabah karangan Dr. Abd Rahman Ra'fat Al-Basha
-Qutuf min Al-Huda An-Nabawi karangan Dr. Mustafa Muhammad Abu 'Imarah
mcm kenal je azhan tu...
ReplyDeleteTo AnjeRuby: Azhan ni bekas pelajar SMKA Syeikh Malek. Kemudian masuk DQ Jakim untuk Persijilan kemudian melarikan diri ke bumi Mesir ambik Medic. Mungkin kenal kot masa d DQ dulu.
ReplyDeleteKalau Azhan izinkan, saya akan tulis satu entri khas menceritakan peribadi beliau. Huhuhu