Ulama dimaki hamun dan dihina. Mungkin ramai yg tertanya-tanya apakah maksud ulama yg saya nyatakan di sini. Yang saya maksudkan ialah ulama dalam bidang ilmu agama. Dalam masa yg sama saya juga setuju dengan penggunaan istilah ulama kepada mereka yg pakar dalam disiplin ilmu yg lain. Cuma istilah ulama biasanya digunakan secara meluas untuk mereka yg pakar ilmu agama. Ulama dengan maksud inilah yg menjadi elemen penting dalam topik perbincangan saya.
Jadi, siapakah ulama ini? Adakah mereka yg mempunyai sijil BA, MA mahupun PhD dalam bidang pengajian Islam? Bagaimana pula dengan tok-tok guru lepasan pondok yg jauh lebih mendalam pengajiannya serta tidak terhad kepada silibus-silibus seperti di kebanyakan pusat pengajian tinggi? Bagaimana pula dengan pakcik-pakcik yg tidak pernah miss menghadiri siri-siri kuliah di masjid? Bagaimana pula dengan mereka yg menyelami dunia ilmu sekadar melalui pembacaan? Siapakah ulama? Kadang-kadang dari sudut tutur kata seseorang pun sudah boleh diukur tahap keilmuannya. Sebenarnya, saya tidak mahu bincangkan kayu ukur yg digunakan untuk menilai tahap keilmuan seseorang. Anda cari dan baca di tempat lain.
Saya ingin menulis tentang penghinaan demi penghinaan yg telah dilakukan terhadap ulama pewaris anbiya'. Siapakah ulama? Sekali lagi saya nyatakan, "Anda cari sendiri!" Saya tidak berniat untuk memanjangkan entri kali ini. Saya punya banyak agenda yg tertunda (meminjam kata-kata Dr. Mashitah, yg baik kita terima).
Ulama mengajar kita supaya menunaikan hak setiap sesuatu. Sekarang, saya ingin menunaikan sebahagian hak untuk jasmani. Saya ingin sepak bola sebagai senaman untuk kaki. Hmmm, kemenangan tipis Brazil ke atas Mesir semalam agak menganggu emosi saya. Bagaimana saya ingin berhadapan dengan komen dan pujian melampau sebahagian rakyat Mesir yg gila bola? Huh!
Saya ingin menulis tentang penghinaan demi penghinaan yg telah dilakukan terhadap ulama pewaris anbiya'. Siapakah ulama? Sekali lagi saya nyatakan, "Anda cari sendiri!" Saya tidak berniat untuk memanjangkan entri kali ini. Saya punya banyak agenda yg tertunda (meminjam kata-kata Dr. Mashitah, yg baik kita terima).
Ulama mengajar kita supaya menunaikan hak setiap sesuatu. Sekarang, saya ingin menunaikan sebahagian hak untuk jasmani. Saya ingin sepak bola sebagai senaman untuk kaki. Hmmm, kemenangan tipis Brazil ke atas Mesir semalam agak menganggu emosi saya. Bagaimana saya ingin berhadapan dengan komen dan pujian melampau sebahagian rakyat Mesir yg gila bola? Huh!
salam saudara tuan rumah.
ReplyDeletetujuan untuk menyingkirkan ulama dari arus perdana dan hanya menyempitkan peranan mereka untuk hal2 keagamaan (di masjid surau pondok shj) adalah agenda besar musuh2 Islam yg akan terusan meliberalkan kehidupan umat Islam agar terus lari jauh dari landasan sebenar. Boleh semak resolusi 'demokrasi' 'zionis' 'kapitalis' dll, semuanya ada agenda itu
Setuju 1000% dengan AyKay. Seolah-olah agama hanya berlegar di kawasan masjid. Apabila keluar masjid, agama digantung di pagar masjid. Bahkan sekarang, dlm masjid pun, agama disekat2. Ustaz2 digam.
ReplyDeletemesir kalah ke?sedihnya...kalau kat malaysia, ulama diperkecilkan, artis diagungkan..
ReplyDeleteTerdapat pelbagai takrif mengenai pengertian Ulama' sejak kebelakangan ini.Terdapat juga suara-suara yang membezakan Ulama' dan golongan Profesional.Mereka seolah-olah mahu memisahkan kedua-dua golongan ini dari bersatu.Aku menyokong apa yang diucapkan oleh TGNA bahawa golongan Ulama' dan Profesional tidak perlu dipisahkan kerana Islam tidak pernah memisahkan kedua-dua golongan ini tetapi yang memisahkan golongan ini ialah prinsip Sekularisme seperti yang diamalkan golongan Kristian sekarang.Takrif yang lebih terbuka tentang Ulama' ialah mereka adalah golongan yang takutkan ALLAH S.W.T dan mengajak supaya masyarakat takutkan ALLAH S.W.T. Mereka sangat sayang dan cinta pada Rasullullah S.A.W dan mereka mengajak masyarakat supaya sayang dan menanam kecintaan kepada Rasulullah S.A.W. Adakah terlalu susah untuk kita memahaminya jangan sesekali terpedaya dakyah-dakyah musuh Islam kerana Firman ALLAH S.W.T:
ReplyDeleteDan di antara manusia ada yang berkata: "Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat"; padahal mereka sebenarnya tidak beriman.
Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya.
Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran). (Surah Al-Baqarah ayat 8-10)
To AnjeRuby: Brazil menang, Mesir kalah. 4-3.
ReplyDeleteTo Naim Nikmat: Saya setuju dgn anda. Cuma dlm entri kali ini saya ingin fokus kepada ulama. Bukan bertujuan memisahkan golongan profesional dan ulama, tapi bertujuan utk cuba mengembalikan semula kedudukan ulama yg semakin hari semakin diperlekehkan. Insya Allah saya akan kupas dlm entri akan datang. Saya berasa agak terpanggil utk menjawab isu ini.
Alhamdulillah teruskan usaha anda.
ReplyDeletesalam...ana minta izin untuk ambil link entri jgn hina ulama ni untuk entri ana ya.syukran.
ReplyDeleteTo Azansubuh : Silakan, moga2 bermanfaat dunia akhirat. Amiinnn...
ReplyDelete