Sunday, October 11, 2009

Selamat Berbahagia hingga ke Syurga!

Saya tidak akan lupa hari gembira kawan-kawan saya. Harapnya masih belum terlambat. Kesibukan yg melanda menyebabkan ucapan keramat ini tertunda. Maka, buat kali yg ke seterusnya blog ini mengucapkan 'Selamat Pengantin Baru, Semoga Berbahagia hingga ke Syurga' kepada pasangan-pasangan berikut. Tahniah!

Che Ku Ahmad Saufi dan pasangannya, Munirah Sakinah.

Mohd Noor Alif dan pasangannya, Siti Saniyatul Nusaibah.

Noor Shazana dan pasangannya, Arif.

Che Ku di majlis akad nikahnya

Saya kira semuanya sudah mengadakan walimah. Tahniah sekali lagi kerana tuntutan sunat muakkad telah ditunaikan. Dalam sebuah hadith sahih yg diriwayatkan oleh Imam Bukhari rahimahullah, Rasulullah Sollallahualaihiwasallam bersabda,

أولم ولو بشاة
"Buatlah kenduri kahwin walaupun dengan menyembelih seekor kambing."


Maaf, tiada hadiah yg mampu saya berikan kepada kalian di hari yg bermakna itu. Namun, sekalung doa warisan Rasulullah Sollallahualaihiwasallam lebih mahal dan berharga. Doa yg diriwayatkan oleh Imam Tirmizi, Abu Daud dan Ibnu Majah rahimahumullah.

بارك الله لك وبارك عليك وجمع بينكما في خير

“Semoga Allah memberkatimu di saat rumah tanggamu dalam keadaan harmoni, semoga Allah memberkatimu di saat rumah tanggamu terjadi kerenggangan, dan semoga Allah mengumpulkan kalian berdua di dalam kebaikan”.

Amiiinnn...

Dalam tempoh beberapa hari sahaja lagi, saya akan mengucapkan ucapan dan doa yg sama kepada mantan bos saya. Wahai artis-artis nasyid dan pesilat-pesilat KPT, bersedia untuk beraksi!


p/s: Bagaimanakah keputusan pilihanraya di Bagan Pinang pada hari ini?

8 comments:

  1. soalan yg membunuh dari dr. lukpi. jawapan ditangguhkan hingga tiba waktu yg sesuai :)

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. Saya berkuasa besar meng'delete' komen-komen anda. Huhu. Komen Hares telah didelete sebentar tadi. Jangan marah :)

    ReplyDelete
  4. dasat la pami, delete komen org.. sian dia.. haha.. (takleh nk komen lebey2..nati kena delete gak..ilang publisiti..hahaha)

    ReplyDelete
  5. Asifah ust,nak buat pembetulan sikit.Suami shazana namanya arif,bukan alif...student medic kat sana jugak...

    ReplyDelete
  6. Terima kasih, kesilapan telah diperbetulkan...

    ReplyDelete
  7. Terima kasih atas ucapan dan doa al-aman..

    ReplyDelete