Menghayati kegigihan Baginda di waktu muda. Menggembala kambing sebagai tamrin untuk menghadapi 1001 ragam dan kerenah manusia. Menghayati pengorbanan Baginda dan para sahabat, para tabiin serta para ulama bermatian menyebarkan kalimah Tauhid. Kini, populasi Muslim seluruh dunia mencapai angka 1.82 billion.
Korban Habil diterima Allah. Habil kenal hakikat Korban. Habil terus berkorban demi sebuah kebenaran. Qabil membunuh, Habil terbunuh. Namun kematiannya menghidupkan kedamaian. Keinsafan Qabil terzahir setelah pengorbanan jiwa Habil. Walau jasad Habil tertanam di dalam bumi, perjuangannya beroleh hasil. Hakikatnya, Habil yg menang. Maka, pengorbanan itu balasannya kemenangan. Inilah cara berjual beli dengan Allah. Perniagaan denganNya tiada rugi. Hanya keuntungan semata. Modal bukanlah bersifat material sahaja. Salah satu modal perniagaan ialah kesanggupan dan keberanian untuk berkorban.
Tiba-tiba sahaja saya terkenang kata-kata Imam Hasan Al-Banna, khasnya kepada pemuda-pemuda yg agak gopoh dan gelojoh untuk berkorban sebelum tiba masanya. Mereka ingin memetik buah sebelum waktunya. Benar, jalan yg ditempuh ini mungkin panjang jaraknya tapi inilah jalan paling selamat untuk tiba ke destinasi. Beliau berkhutbah menyatakan sesiapa yg sabar bersamanya sehingga sampai ketikanya maka balasannya di sisi Allah. Imam berkata,

إما النصر والسيادة وإما الشهادة والسعادة
"Sama ada kemenangan dan kekuasaan ataupun syahid dan kebahagiaan..."
Perintah Allah ke atas Nabi Ibrahim untuk menyembelih anak kesayangan, Nabi Ismail hanya menguji kesetiaan. Nabi Ibrahim sanggup berkorban. Nabi Ismail rela terkorban. Si ibu redha dengan dugaan. Maka, tatkala pengorbanan sudah pun jelas terbukti, Allah tukar Nabi Ismail dengan seekor kibasy. Pengorbanan tidak semestinya dibuktikan dengan tindakan, tapi dengan azam yg bersungguh."Sama ada kemenangan dan kekuasaan ataupun syahid dan kebahagiaan..."
Saya sedang bersedia menghadapi cabaran tahun baru 1431 H di bumi baru. Ya Allah, permudahkanlah. Amiiinnn.
Baitul Hikmah, Hayyu Asyier
10 Zulhijjah 1430 H
No comments:
Post a Comment