25 Jun 2010 mungkin dianggap tarikh keramat dalam sejarah UMNO apabila seramai 40 orang ustaz yg dilaporkan media kebanyakannya masih muda menyerahkan borang UMNO kepada Presidennya Dato' Seri Najib. Tarikh 25 Jun iaitu hari Jumaat mungkin dipilih sempena mengambil keberkatan Sayyidul Ayyam, penghulu segala hari. Islamik sungguh. Berita semalam melaporkan kerajaan tidak jadi keluarkan lesen judi sukan. Ayah saya menyindir. Hebat sungguh ustaz-ustaz muda ini. Baru masuk sebentar, ataupun belum pun masuk, tiba-tiba UMNO, parti komponen yg menerajui kerajaan pusat sudah jadi waras.
Jika ustaz-ustaz tidak menyertai PAS, saya boleh berlapang dada. Tapi jika mereka sertai UMNO, saya rasa sempit dada. Tidak memilih PAS sebagai wadah mungkin boleh terganti dengan memilih jemaah-jemaah Islam seperti Jemaah Tabligh, atau mana-mana NGO Islam. Bahkan bagi saya, lebih baik ustaz bergerak sendirian berbanding memilih UMNO sebagai wadah. Ini kerana sokongan agamawan terhadap UMNO akan terus mengelirukan umat Islam yg jahil dan UMNO akan terus mendapat undi. Justeru, segala bentuk dosa yg telah berlaku akan terus berlaku. Kecuali jika UMNO serius berubah maka PAS bubar. Ubah dasar dan prinsip perjuangan. Kita bersatu atas dasar akidah yg satu. Dan ketika itu kekuatan kita ialah Satu Akidah dan bukan lagi Satu Malaysia. Akidah Islam menghormati akidah-akidah agama lain. Non-muslim tidak perlu bimbang. Lihat sahaja gerombolan non-muslim yg berpusu-pusu menjadi ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS walaupun PAS sudah jelaskan dasar dan prinsipnya secara terang-terangan tanpa berselindung. Mereka perlu tunduk kepada syarat-syarat yg telah diputuskan oleh Majlis Syura Ulama dan mereka sanggup. Non-muslim ini semakin mengenali Islam yg sifatnya membela dan bukan menindas.
Kemasukan ustaz-ustaz ke dalam UMNO cukup membingungkan saya. Adakah mereka sudah fikir dalam-dalam untuk masuk UMNO? Ustaz-ustaz itu mungkin beranggapan merekalah yg mempergunakan UMNO untuk tujuan dakwah tapi saya bimbang yg berlaku ialah sebaliknya. Harapnya mereka tidak dipanggil sekadar untuk membaca doa di awal majlis lalu di pertengahan majlis, maksiat yg mengambil tempat.
Darah yg mengalir di dalam tubuh ini kadang-kadang menyirap dengan tindakan biadap UMNO. Perkataan-perkataan yg pernah dilafazkan oleh pimpinan mereka agak berat dosanya jika ditimbang dengan neraca syara'. Di sinilah peranan ustaz-ustaz di dalam UMNO. Tapi persoalannya, beranikah mereka? Walaupun saya tetap tidak bersetuju dengan kemasukan mereka ke dalam UMNO tapi bukannya mustahil akal mahupun adat yang kita akan melihat perubahan ketara dalam lanskap politik UMNO. Namun, secara jujurnya saya langsung tidak menaruh harapan tinggi kepada UMNO untuk berubah.
Saya masih ingat majlis bersama Dr. Abdullah Mat Zin di Hotel Grand Continental, Kuala Terengganu pada tahun 2005. Beliau ulas tentang gagasan Islam Hadhari, "Tahun 2005, tahun penjelasan. Tahun 2006, tahun pelaksanaan." Kasihan Dr. Abdullah Mat Zin. Beliau tidak diberi ruang yg luas oleh UMNO. Anda berhak menilai sejauh mana keberkesanan Islam Hadhari. Malaysia di tangga ke-10 pengambil arak terbanyak di dunia. Jumlah anak luar nikah semakin meningkat. Kes buang bayi menjadi-jadi. Baca sahaja harian Metro untuk berita-berita lucah.
Sebenarnya masih terlalu awal untuk saya membuat telahan. Saya cuba bersabar untuk melihat perubahan dalam UMNO dengan kemasukan sekumpulan ustaz ini. Ini baru kumpulan pertama, akan ada kumpulan kedua yg menyusul. UMNO janjikan 100 orang. Saya pasti sangat teruja jika ulama' dalam kedua-dua parti, PAS dan UMNO dapat duduk semeja bermuzakarah. Sudah lama PAS menunggu saat ini. Saya tidak mahu lagi menonton debat olok-olok PAS-UMNO yg menampilkan pelakon-pelakon UMNO belaka. Memalukan. Sungguh memalukan. Entah bagaimana video itu boleh terlepas masuk internet dan terjual di pasaran terbuka. Selepas ini harapnya ada debat yg tidak olok-olok atau lebih mesra jika dibuat muzakarah atau munaqasyah, bukan debat. Harapnya kemasukan ustaz-ustaz ini ke dalam UMNO tidak membisukan mereka. Bukankah Nabi pernah bersabda "Sebaik-baik jihad ialah berkata benar di hadapan pemerintah yg zalim." Saya yakin mereka faham benar maksud hadith ini. Status hadith ini sahih. Bahkan syeikh rujukan kebanyakan mereka iaitu Syeikh Al-Albani rahimahullah pun menghukum sahih ke atas hadith ini.
Sejarah membuktikan ulama UMNO lebih banyak mendiamkan diri. Mereka menyepi. Ketokohan mereka tercemar. Nama yg sepatutnya mengharum dalam persada dakwah tiba-tiba membusuk. Kata salah seorang ustaz yg baru dalamUMNO itu, “Kita cukup optimis dengan jaminan pemimpin tertinggi UMNO yang akan memberi ruang seluasnya untuk berdakwah”. Semoga UMNO mengotakan jaminannya. Kita tunggu dan lihat. Hmm, bimbang juga saya terhadap pertembungan kaum muda dan kaum tua dalam UMNO.
Saya harap mereka tidak mengikut jejak langkah Anwar Ibrahim yg kecundang di pertengahan jalan, tersingkir sebelum mencapai kejayaan. Setelah Anwar mengambil keputusan masuk UMNO, ABIM buat resolusi: Penyertaan Anwar ke dalam UMNO tidak syarie. Akibat tidak mengendahkan nasihat, beliau terus berjuang dalam dunia korup itu tapi akhirnya dihalau keluar. Sejarah mungkin berulang. Saya harap saya tidak akan dengar media arus perdana melaporkan Ustaz dot dot dituduh liwat, terlibat dengan skandal seks, rasuah, salahguna kuasa dan pelbagai jenayah lagi. Sangat buruk jika ketika dicekup polis beliau sedang berkuliah di masjid. Berjubah, berserban. Hati-hati dengan permainan UMNO wahai ulama' muda!
p/s: Sekadar membebel. Sudah lama tidak menulis di sini. Nasib baik belum ada sarang labah-labah.
Saya harap mereka tidak mengikut jejak langkah Anwar Ibrahim yg kecundang di pertengahan jalan, tersingkir sebelum mencapai kejayaan. Setelah Anwar mengambil keputusan masuk UMNO, ABIM buat resolusi: Penyertaan Anwar ke dalam UMNO tidak syarie. Akibat tidak mengendahkan nasihat, beliau terus berjuang dalam dunia korup itu tapi akhirnya dihalau keluar. Sejarah mungkin berulang. Saya harap saya tidak akan dengar media arus perdana melaporkan Ustaz dot dot dituduh liwat, terlibat dengan skandal seks, rasuah, salahguna kuasa dan pelbagai jenayah lagi. Sangat buruk jika ketika dicekup polis beliau sedang berkuliah di masjid. Berjubah, berserban. Hati-hati dengan permainan UMNO wahai ulama' muda!
p/s: Sekadar membebel. Sudah lama tidak menulis di sini. Nasib baik belum ada sarang labah-labah.
salam,
ReplyDeletekita tengok apa yang bakal berlaku dalam jangka masa 2 atau 3 tahun, masih samakah perjuangan UMNO? atau ada perubahan dengan adanya 40 muka baru ulama yang memasuki UMNO ni.
Salam, kita bersabar memerhatikan dan cuba menilai dengan adil, insya Allah. Sejauh manakah mereka boleh pergi. Jika berjaya kita ucapkan tahniah. Jika gagal kita ucapkan takziah.
ReplyDeleteKesan kemasukan mereka ke dlm UMNO perlu dikaji. Yang manakah yg lebih besar? Manfaat atau mudarat? Sanggup mereka pangkah parti sekular yg membenarkan 1001 kemungkaran? Wallahu'alam.
Imam Sufyan at-Thauri rahimahullah berkata: 2 jenis manusia. Apabila baik mereka, baiklah manusia : al-Qurra' wa al-Umara' (Ulama dan pemerintah) -al-Mujalasah wa Jawahir al'Ilm, Imam Abu Bakar ad-Dainuri rahimahullah
bukankah rancangan ini tidak dketahui pd asalnya oleh ustaz2 muda ini?? selepas mereka di bawa ke bangunan UMNO, br mereka th propaganda yg sebenarnye...licik sungguh kaum kerabat UMNO nie...<.kalau sudah di beri peluang untuk menjejak kaki di bumi UMNO, teguhkan pendirian antum >...
ReplyDelete40 ialah angka yg salah. Hakikatnya kurang daripada itu. Ada yg hadir memang utk menghantar borang UMNO tapi ada juga yg hadir untuk tujuan lain tapi tertipu, terperangkap dalam majlis tersebut. Ustaz-ustaz yg tertipu dah keluarkan kenyataan, dedahkan cerita sebenar.
ReplyDeleteيا مقلب القلوب ثبت قلوبنا على دينك
teringat tulisan Dr Fathi Yakan rahimahullah dalam kitabnya al-Mutasaqitun 'ala Tariq ad-Da'wah mengulas gejala keciciran dari jalan dakwah. Beliau juga menceritakan pengalamannya bersama sebahagian orang besar dalam gerakan Islam tapi akhirnya kecundang. Ada yg lari dari perjuangan Islam. Yg lebih malang ada yg lari daripada perjuangan Islam lalu memperjuangkan kebatilan. Yg lebih malang lagi ialah ada yg lari daripada agama Islam, menjadi kafir!
الأعمال بالخواتيم
walau siapa kita , murid al azhar ka ..murid pondok ka , murid SMK ka , berjanggut ka , pakai baju T lambang naga ka , rupanya masih punya persamaan, penyakit melayu sejak azali , iaitu .....buruk sangka !
ReplyDeletesuka buat andaian, gemar bergossip, suka melihat kegagalan orang lain , memusuhi apa yang dia tdk tahu , bila tak suka pelbagai kata dicipta, bila suka bau kentut pun wangi , koyak orang terang dimata koyak kain sendiri tak pernah nampak ,
itulah kita, itulah saya , itulah kamu , itulah penyakit bangsa melayu islam yang ada di Malaysia , Indonesia , filipina, singapore ......