Wednesday, July 21, 2010

Peribadi yang mati

Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang) - Surah al-Ahzab ayat 21

Saya sedang membaca buku Pendidikan Islam Membangun Manusia Berkarakter dan Beradab, karya baru Dr. Adian Husaini, seorang yg pakar dalam peradaban Islam dan barat, salah seorang anak didik Prof al-Attas, pengasas ISTAC. Latar belakang pendidikan Dr. Adian menarik minat saya untuk membaca karya-karyanya. Beliau serius dalam menuntut ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah. Beliau belajar di sekolah biasa, juga di pesantren. Bahkan ketika belajar di Fakultas Kedokteran Hewan IPB, beliau mampu menterjemahkan buku-buku berbahasa Arab, yg membuktikan penguasaan beliau terhadap bahasa al-Quran itu. Bererti beliau bukan ustaz jadian yg menulis buku-buku dengan hanya berpandukan terjemahan semata-mata lalu mendabik dada.

Bengang sungguh rasanya apabila sebuah buku yg mengupas hukum-hakam Fiqah ditulis oleh fulan bin fulan, yg merombak ilmu Fiqah yg diajar para ulama silam. Apabila melihat rujukan-rujukannya semuanya buku terjemahan. Tetapi mampu berijtihad menolak pendapat imam-imam besar? Kalau buku-buku cerita, novel sejarah Islam seperti yg dihasilkan oleh Pak Latif PTS itu maka saya teramat menghormati usaha sebegitu. Adik saya kelihatan 'taksub' benar kepada tulisan-tulisan Pak Latif. Tapi kalau seseorang yg tidak mempunyai latar belakang pendidikan agama yg serius lalu mengulas pula soal hukum, maka ini bala besar. Oh, saya sudah menyimpang. Kembali kepada topik.

Sebenarnya, saya hanya mahu berkongsi dengan rakan-rakan pembaca tulisan Prof HAMKA yg mengulas tentang peribadi. Saya sungguh tertarik dengan tulisan beliau yg dipetik oleh Dr. Adian di dalam buku barunya ini. Dalam bukunya yang berjudul, Pribadi (Jakarta: Bulan Bintang, 1982, cet.ke-10), Prof. HAMKA memberikan gambaran tentang sosok manusia yang pandai tapi tidak memiliki peribadi yang unggul:

”Banyak guru, dokter, hakim, insinyur (engineer), banyak orang yang bukunya satu gudang dan diplomanya segulung besar, tiba dalam masyarakat menjadi ”mati”, sebab dia bukan orang masyarakat. Hidupnya hanya mementingkan dirinya, diplomanya hanya untuk mencari harta, hatinya sudah seperti batu, tidak mampunyai cita-cita, lain dari pada kesenangan dirinya. Pribadinya tidak kuat. Dia bergerak bukan karena dorongan jiwa dan akal. Kepandaiannya yang banyak itu kerap kali menimbulkan takutnya. Bukan menimbulkan keberaniannya memasuki lapangan hidup.”

Menurut Prof HAMKA, seseorang dihargai kerana peribadinya, bukan kerana tubuhnya. Maka, apalah guna tubuh yg sihat, rupa paras yg cantik tapi akhlaknya tiada?

Prof HAMKA menulis lagi:

“Dua puluh ekor kerbau pedati, yang sama gemuknya dan sama kuatnya, sama pula kepandaiannya menghela pedati, tentu harganya tidak pula berlebih kurang. Tetapi 20 orang manusia yang sama tingginya, sama kuatnya, belum tentu sama “harganya”, sebab bagi kerbau tubuhnya yang berharga. Bagi manusia, pribadinya. Berilmu saja, walaupun bagaimana ahlinya dalam suatu jurusan, belum tentu berharga, belum tentu beroleh kekayaan dalam hidup, kalau sekiranya bahan pribadinya yang lain tidak lengkap, tidak kuat, terutama budi dan akhlak.”

Ayuh membina peribadi yg mulia. Peribadi termulia pernah tercipta ialah peribadi penghulu kepada sekalian Nabi, Nabi Muhammad sollallahualaihiwasallam. Baginda ialah uswatun hasanah, contoh ikutan terbaik dan terunggul. Menelusuri sirah Baginda tanpa mengambil 'ibrah, pengajaran daripadanya adalah satu kesilapan yg perlu diperbaiki. Maka umat Islam harus menjadikan kitab Sirah sebagai nas mafhum (teks yg difahami) bukan sekadar nas maqru' (teks yg dibaca).

7 comments:

  1. masyAllah ringkas tetapi berbisa...syukran ya ustaz^_^

    ReplyDelete
  2. Prof HAMKA merupakan peribadi yg 'hidup' dalam masyarakat. Karya terhebat beliau, Tafsir al-Azhar ditulis saat beliau berada di sebalik jeriji besi, sama seperti as-Syahid Sayyid Qutb yg menulis Tafsir Fi Zilalil Quran.

    ReplyDelete
  3. ntah kenapa saya mrasakan tulisan ustaz nih dtujukan kpd saya...jd saya nk tanya kt ustaz lah slaku org yg lbih 'alim....mm cmne yer ustaz jika kita bgurau2 dgn kengkawan lama sec. online khususnya kt facebook sedangkan kt dunia luar kita tidak seramah itu(mksudnya x sosial)..adakah boleh atau baik elakkn trus..terima kasih^_^

    ReplyDelete
  4. errr kengkawan yg dmaksudkan itu adalah kaum adam^_^...sekian

    ReplyDelete
  5. errr tlupa lg...sy pula kaum hawa...man v woman huhuhu...

    ReplyDelete
  6. Berasa tulisan yg ditulis secara umum itu terkena atas diri sendiri ialah satu perkara yg positif. Kebetulan, posting saya sebelum ini ada mengupas tentang ini (al-Mukhatab itu saya)

    Fb merupakan laman sosial spt lainnya yg tidak membataskan hubungan lelaki perempuan. Tiada peraturan yg menyekat kebebasan komuniti fb. Maka muslim yg mempunyai kesedaran harus mewujudkan peraturan itu sendiri. Fb boleh digunakan untuk taat, juga untuk maksiat.

    Maka, gunakan fb sebijak mungkin. Wujudkan persekitaran sihat di fb. Pengaruhi rakan-rakan fb supaya mengikut rentak kita (jika kita mengikut rentak Islam) bukan kita yg terikut rentak mereka.

    ReplyDelete
  7. huhu kena dgr nasihat ustaz nih...InsyAllah sy akan cuba mengubah tabiat kurang baik ini kpd yg lebih baik..syukran skali lagi..doa2kan kami di sini yer^^

    ReplyDelete