Abang saya menghantar mesej kepada saya untuk memaklumkan kemungkinan kedatangannya ke sini. Dia juga memberitahu tentang kematian Bapa Kabir Abdul Rahman di Damsyik, Syria. Bapa Kabir Abdul Rahman merupakan pengasas Pertubuhan Pembebasan Patani Bersatu (PPPB) atau Patani United Liberation Organisation (PULO). Beliau telah meninggal pada hari Sabtu, 28 Jun 2008.

Saya segera menuju ke arah laptop untuk mencari sedikit maklumat. Malangnya, talian internet putus. Lalu saya tangguhkan pencarian sehinggalah saya singgah di rumah Abdul Munir, seorang kawan yg fasih berbahasa Arab. Di rumahnya, talian internet elok. Maka, saya mulakan misi mencari maklumat. Maklumat yg telah terdapat di dalam minda saya sejak sekian lama ialah jasa ulama Pattani dalam bidang ilmu terhadap bumi Melayu amat membanggakan.

Saya agak tertarik dengan perjuangan umat Islam di Pattani yg mempertahankan Islam dan menentang penjajahan Kuffar Thailand. Saya sendiri ada mengenali beberapa tuan guru dari Pattani yg dikatakan terlibat dengan gerakan mempertahankan bumi Pattani daripada penjajahan Buddha Siam. (Adakah pernyataan ini merbahaya? hmm...) Saya juga punya kawan-kawan yg berasal dari Pattani.

PENUBUHAN PULO

  • PULO disahkan penubuhannya di Arafah, Makkah pada 22 Januari 1968 yg dipimpin oleh Bapa Kabir Abdul Rahman (1968-1985)


  • Pada 1985, diubah kepada nama Majlis Pimpinan Revolusi (MPR) yg dipimpin oleh Al-Marhum Ustaz Abdul Haji Ghazali (1985-1988)

  • Pada 1988, diubah kepada nama Majlis Kepimpinan Pertubuhan (MKP) yg dipimpin oleh Haji Harun Mooleng (1988-1994)

  • Pada 1994, Mesyuarat Umum-II Majlis Kepimpinan Pertubuhan dipimpin oleh Tuan Guru Haji Abdul Rahman Betong sehingga sekarang


  • Pada 29 April - 1 Mei 2005, berlangsungnya pertemuan ke arah penyatuan PULO Satu iaitu di antara PULO Burung dan PULO Keris.

Perjuangan umat Islam di Selatan Thailand kurang mendapat perhatian dunia. PULO pernah menghantar notis rayuan kepada Setiausaha PBB, Kofi Annan untuk memohon supaya mereka diberi hak yg sepatutnya di tanah air sendiri. Kejadian pembunuhan di Takbai dan serangan biadap terhadap Masjid Kerisik seolah-olah tidak pernah berlaku. Di manakah pembelaan? Ketika notis ini dihantar, Pallop Pinmanee yg bertanggungjawab mengarahkan supaya lebih daripada 20 buah roket dilancarkan ke arah Masjid Kerisik masih memegang jawatannya sebagai Deputy Director of Thai National Intelligence Council.

Seterusnya, 8 orang imam yg dihormati masyarakat kampung telah dibunuh, diikuti dengan pembunuhan seorang lagi imam, iaitu Imam Stopa Yusoh. Perjuangan tetap diteruskan. Walaubagaimanapun, kematian demi kematian yg berlaku memaksa sebahagian penduduk menyeberangi sempadan Malaysia untuk mendapatkan perlindungan. Yang menyedihkan, wujudnya tali barut di kalangan mereka. Mereka yg layak digelar anjing-anjing penjajah ini sanggup menjual agama dan darah saudara-saudara mereka dengan harga yg amat murah. Berbagai-bagai strategi yg digunakan oleh Kerajaan Thailand untuk melakukan perdamaian tanpa syarat kemerdekaan. Mustahil PULO akan menerimanya. Siam adalah makhluk yg khianat.

Betapa celakanya...terdapat ulama-ulama yg dipergunakan untuk menghukum sesat ke atas umat Islam Selatan Thailand. Walaubagaimanapun, ada yg mendakwa mereka dipaksa. Malangnya ada juga ulama Wahabi yg memang setuju dengan hukum sesat ke atas umat Islam Selatan Thailand. Bahkan sebuah buku telah diterbitkan untuk memuatkan fatwa-fatwa keliru yg menghukum sesat umat Islam Selatan Thailand yg berjuang membebaskan tanah air. Buku ini diterbitkan dalam 2 bahasa iaitu bahasa Melayu dan Thai.

PULO pernah mengeluarkan kenyataan sempena peletakan jawatan Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra iaitu PULO tetap dengan pendiriannya agar Thaksin dibawa ke muka pengadilan atas tuduhan jenayah terhadap kemanusiaan. PULO juga berharap penyelesaian secara keseluruhan mestilah dilakukan. Tiada lagi kekerasan, wujudkan dialog dan penyelasaian secara politik.

Selatan Thailand masih terus bergolak. Setakat ini, lebih 3,300 orang telah terkorban sejak keganasan berlaku di wilayah selatan Thailand pada Januari 2004. PULO akan terus berjuang bermati-matian untuk menuntut kemerdekaan di tiga wilayah majoriti umat Islam iaitu Yala, Pattani dan Narathiwat. Perdana Menteri Thailand, Samak Sundravej pernah meminta Malaysia menghantar pulang dua suspek pemisah yg didakwa menjadi dalang kekacauan di Selatan Thailand. PULO dan kerajaan Thailand juga pernah mengadakan beberapa perbincangan. Tetapi masih belum mampu mencapai penyelesaian.

Ketua Hal Ehwal Luar PULO, Kasturi Mahkuta yg berpengkalan di Sweden, menafikan sebarang pembabitan Malaysia dalam konflik yang berlarutan itu dan berkata banyak pihak sering tersalah anggap bahawa negara jiran itu terbabit, semata-mata kerana mereka bertutur dalam bahasa yang sama.

Beliau berkata kumpulan pemisah itu tidak berhasrat menyertai Malaysia sekiranya mereka berjaya mendapatkan kemerdekaan dari Thailand, dan sebaliknya bercadang mewujudkan Republik Islam Pattani yang boleh menjadikan sistem pentadbiran Malaysia sebagai model dan menggunakan undang-undang Syariah.

"Kami juga akan menggunakan Undang-undang Syariah, tapi tidak akan menguatkuasakan ia terhadap bukan Muslim," katanya.


sumber:
Puloinfo.net
Pataninews.net
Patanikini.wordpress.com

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin