Sejak kebelakangan ini, saya sering tertidur keletihan apabila menaiki bas. Jazakumullah khairan kathira saya ucapkan kepada kawan-kawan yg mengejutkan saya apabila bas sudah sampai ke Seksyen 6. Kalau tidak, tentu saya dah terlajak dan terpaksa berpatah balik... Terima kasih juga kepada seorang kawan Indonesia yg selalu belanja saya tambang bas. Namanya saya telah lupa sejak lama. Tapi masih belum mampu untuk tanya semula. Teruk betul... Bersembang macam kenal rapat.
Duit dalam poket hanya tinggal LE2. Saya beli indomee dengan harga LE 1.50. Nasib baik duit cukup. Sebelum ini, saya pernah kehabisan duit hingga terpaksa berjalan kaki sejauh beberapa kilometer ke rumah kawan, semata-mata untuk pinjam duit sebagai tambang pulang ke rumah. Al-kisahnya begini, saya terlalu asyik beli buku-buku yg dipesan kawan-kawan sehinggalah duit berbaki LE5.25. Tak mengapa. Masih mencukupi untuk pulang ke rumah.
Ketika sedang duduk di dalam bas menunggu bas bergerak, ada seorang makcik tua meminta sedekah. Saya berniat dalam hati untuk beri LE0.25 sahaja. Maka, saya ambil duit tersebut dan saya kepitkan antara lengan saya dan buku. Duit LE5 pula saya biarkan di dalam poket baju saya. Apabila makcik tersebut datang, saya serahkan duit kepadanya. Lalu saya lihat ke poket baju saya. Aikk...tiada LE5? Saya lihat pula, ada duit LE0.25 antara lengan dan buku. Rupa-rupanya saya tersilap beri. Saya langsung tak sedar saya berikan LE5 tadi. Oh, itu rezeki makcik tua.
Saya tak boleh terus berada di dalam bas. Sebelum bas bergerak, saya kena turun terlebih dahulu kerana duit saya tak mencukupi untuk bayar tambang pun. Sebelum saya dihalau turun baik saya turun sendiri. LE0.25 saya masukkan semula ke dalam poket. Saya bergegas ke ATM untuk ambil duit. Berdekatan dengan ATM, terdapat seorang anak kecil comot yg berusia lingkungan 3-4 tahun. Dia datang kepada saya dan menghulur tisu supaya dibeli. Saya berikan sahaja LE.025 yg ada dalam poket .Duit tu tak mencukupi untuk membawa saya pulang. Bahkan tak mencukupi pun untuk beli tisu. Lagipun saya sedang berada di hadapan ATM dan hanya perlu masukkan kad untuk keluarkan duit dan terus pulang ke rumah. Hanya semudah ABC...
Tiba-tiba, berlaku perkara yg tidak diduga-duga. Kejadian yg amat menyayatkan hati. Terpampang di skrin ATM, 'PLEASE WAIT' atau tulisan yg sewaktu dengannya. Dan kebiasaannya 'PLEASE WAIT' itu bermakna 'PLEASE WAIT FOREVER' selagi mana mesin itu tak dibaiki. Tekkaanngggg....!!! Ni ayat popular yg digunakan oleh kawan-kawan untuk menyatakan tekanan tahap maksima. Ya Allah, saya sudah kering. Saya cuba telefon kawan-kawan yg bersama saya di dalam kelas tadi. Semuanya tak dapat dihubungi. Mungkin handphone dimatikan. Mereka masih terus mengikuti pengajian sesi petang. Saya pula perlu segera pulang kerana ada mesyuarat. Saya tak tahu apa yg perlu dilakukan. Adakah ada barang-barang yg boleh saya gadaikan untuk dapatkan sedikit duit? Tidak...saya masih belum begitu terdesak untuk menggadai barang-barang saya.
Wal hasil, maka bermulalah perjalanan seorang anak muda yg membawa beg plastik yg sarat dengan buku...perjalanan menuju ke rumah seorang kawan untuk menagih simpati meminjamkan duit untuk pulang. Sebelumnya saya ada bertemu dengan beberapa pelajar perempuan. Untuk minta duit dengan mereka...tak terfikir pula saya. Tapi, kalau saya terfikir pun ketika itu, saya tak akan mampu memintanya. Maluuu... Ada 3 buah bas yg sepatutnya membawa saya pulang ke rumah berlalu begitu sahaja. Dipendekkan cerita, akhirnya saya berjaya menagih simpati Haji Muda untuk pinjamkan duit dan pulang ke rumah. Terima kasih Haji Muda. Tapi saya sampai sudah agak lewat. Mesyuarat? Maaflah ya...tak sempat.
LE5 jadi rezeki makcik tua. LE0.25 rezeki anak kecil. Sudah tertulis di suratan takdir bahawa duit tersebut akan berada di dalam tangan mereka pada hari itu.
Em, malam ini saya terpaksa makan indomee lagi sebab kehabisan lauk. Duit yg ada dalam poket pun tak cukup untuk beli lauk. Indomee ni adik beradik kepada megi. Ada orang cakap, "Makanlah megi untuk menghayati zaman bujang anda". Jadi saya terpaksa gunakan pepatah itu dalam waktu-waktu begini untuk mengisi perut. Tapi kawan saya, Syukur memang tak sentuh makanan-makanan macam ni. Sesuai dengan status sebagai seorang 'jejaka impian setiap wanita' yg dah hafaz 30 Juzu' Al-Quran. Air minuman pun dipilih-pilihnya. Yang saya tahu dia hanya minum air masak, air tok bomoh atau air limau nipis dan kopi Radix HPA. Dia juga seorang yg aktif menjual kopi Radix ketika di Malaysia dulu. Terkempen untuk Syukur pula! Tapi, hakikatnya sahamnya sudah cukup tinggi tanpa perlu dikempen oleh kawan-kawan.
Sebenarnya tiada apa yg nak dicoretkan. Sebab itulah ceritanya lintang pukang. Tiada fokus.
Hanya untuk meluahkan semata-semata.
0 comments:
Post a Comment