14 warga Amerika memeluk Islam melalui iklan yg terpampang pada bas yg beroperasi sekitar Chicago. Iklan yg terpampang membawa mesej ringkas yg berbunyi "ISLAM" Got Questions? Get Answers!". Kempen dakwah ini bertujuan membetulkan salah faham dan memperkenalkan Islam secara lebih mendalam kepada warga Amerika yg sedang dihantui Islamophobia.
Projek dakwah (GainPeace) ini diusahakan oleh Islamic Circle of North America (ICNA). Kempen ini tidak dijalankan di Chicago sahaja, bahkan juga di Seattle dan New York. Pertubuhan ini mengeluarkan kos sebanyak $30 900 untuk meletakkan iklan pada 25 buah bas yg bergerak mengelilingi Chicago. Pada iklan tersebut diletakkan nombor talian bebas dan alamat website untuk menjawab sebarang persoalan berkaitan Islam.
Kita sedang menyaksikan dakwah Islam sedang berkembang pesat di negara-negara Barat. Bagaimana pula usaha dakwah di tanah air kita? Satu persoalan yg perlu dijawab bersama.
Sumber: World Bulletin
cayok2... malatsia ada gambara aweks banyak...wat cuci mata..hehe
ReplyDeleteooo...ye ke? lama x balik mlysia. iklan apa2 pun, mesti pmpuan jd model. Malaysia sibuk tiru barat.Ustaz Fathi Yakan beritahu barat x mampu utk jual walau sekotak mancis pun melainkan jika diletakkan gambar wanita bogel d kotak mancis tu...
ReplyDeleteTapi kat Terengganu dan Kelantan lain sikit. Fara Fauzana pun pakai tudung bila sampai kat Terengganu (dalam papan iklan laa...).
ReplyDeleteKalu kat Trg tu byk iklan Islam Hadhari.Pastu iklan bil anak2 tadika khatam Quran.Iklan bil anak2 luar nikah yg kene buang xde pulak
ReplyDeletesalam ya akhi....saye share info ni gan kawan2 saye bole..
ReplyDeleteSalam Qistina... dengan segala hormatnya dipersilakan :)
ReplyDelete