Wednesday, November 26, 2008

Hati-hati Muslimah! Anda dalam bahaya!

Semenjak menceburi dunia siber ini saya rasa semakin bertanggungjawab terutama apabila ingin menyiarkan artikel saya. Saya perlu bertanggungjawab terhadap setiap tulisan saya. Saya akan menyertakan sekali sumber atau rujukan saya terhadap sesebuah artikel yg ditulis. Jika rujukan saya itu ialah kitab maka saya akan tulis nama kitab dan pengarangnya. Jika sumber artikel saya itu laman web, maka saya akan sertakan alamatnya.

Kini, saya sudah tidak suka forward e-mail walaupun ianya mengandungi pelbagai maklumat. Ini kerana saya rasa bertanggungjawab untuk mengesahkan dahulu kebenaran setiap patah perkataannya. Saya juga tidak suka copy paste mesej-mesej yg melayang di alam siber ini. Tapi pada saat ini saya rasa tidak salah untuk saya abaikan dahulu sikap tidak suka saya untuk copy paste mesej-mesej yg berterbangan ini. Ada satu mesej yg saya berkenan. Saya agak yakin ianya dari Indonesia. Saya tidak kisah samada mesej ini sudah ketinggalan zaman atau masih dalam tempoh sah lakunya. Bahkan, andainya mesej ini tidak benar sekalipun, sesungguhnya ia mengandungi satu peringatan penting buat semua khasnya para muslimah! Anda dalam bahaya!

Saya copy paste mesej ini daripada lutfimj2006.blogspot.com . Mesejnya seperti berikut:

"penting untuk para akhwat! telah ditemukan beberapa website porno yang mengeksplitasi wajah2 muslimah, mulai dari istri aa gym hingga saskia mecca, bahkan banyak foto akhwat yang di download entah via friendster, multiply atau sejenisnya yang di edit dengan gambar gambar artis porno menjijikkan yang di ganti gambar kepalanya dengan foto foto akhwat tersebut seakan akhwat akhwat / wanita berjilbab itu sedang melakukan seks bebas dengan sembarang orang. maaf alamat situs tidak bisa di tulis takut menjadi lahan promosi gratis. PARA AKHWAT ATAU MUSLIMAH DIHARAPKAN BERHENTI MENAMPILKAN FOTO2 MEREKA ATAU KERABAT MEREKA UNTUK MENCEGAH DARI PENYALAGUNAAN TIDAK BERTANGGUNG JAWAB INI. Tolong sebarkan! ================="

:: Langkah berjaga-jaga
Jadi, untuk mengelakkan perkara ini melanda anda maka pastikan anda tidak meng'upload' foto-foto anda ke dalam laman-laman yg berkenaan dan yg sewaktu dengannya. Kalau anda ingin berkongsi gambar dengan rakan-rakan perempuan, maka 'private'kannya. Berkongsi dengan rakan-rakan lelaki? Tidak perlu! Saya tidak bersikap jumud bahkan saya yakin saya sedang berada di atas garisan wasatiyah. Lebih-lebih lagi jika foto tersebut dibiarkan beresolusi tinggi sehingga memenuhi skrin sebesar sekian-sekian inci. Sang buaya boleh mengintai sehingga ke liang roma anda.

Bagi saya, alam siber ini ibarat peti simpanan yg mengandungi bermacam-macam maklumat. Foto-foto anda tersimpan di dalam peti ini. Hakikatnya, foto-foto anda sedang berada di dalam 'peti simpanan' buaya-buaya dan sedang berada di dalam zon yg amat tidak selamat. 'Peti simpanan' yg tidak terkunci pula lebih mudah dibuka. Seolah-olah anda memberi izin untuk diperlakukan seenaknya. Jangan terlalu mudah memberi peluang kepada sang buaya. Bimbang dingappppnya!

Walaupun pahit untuk ditelan tapi inilah hakikatnya. Kita sedia maklum bahawa tiada yg mustahil di dunia teknologi ini. Kepala anda boleh terbang berpindah ke badan orang lain bahkan ke badan haiwan atau apa-apa sahaja! Semuanya boleh berlaku hanya dengan menggunakan jari-jemari dan kekreatifan akal yg disalahguna.

Tentang gambar-gambar lelaki pula saya kurang pasti. Adakah ia cukup berpotensi untuk dieksploitasi sebagaimana gambar-gambar wanita? Jadi fikirlah masak-masak sebelum pamerkan 'keaiban' anda kepada umum!

Ya Allah, selamatkanlah kami dari fitnah yg melanda ini! Aminnn... Ya Allah, saksikanlah sesungguhnya aku telah menyampaikan!

p/s: Seingat saya, isu foto yg dipamerkan untuk umum ini pernah dibincangkan di iluvislam.com

4 comments:

  1. sye stuju srtus peratus la..payoh ah org puang lening.bkn nk trime kite kabo..alasan..'biase'!
    alah bise tegal biase.

    ReplyDelete
  2. syukran atas nasihat ini...ana pun pernah juga letak gambar kat frenster dulu,sekejap.pastu bila ada seorang shbt ana tegur, ana terus buang.terima kasih buat shbt yang tegur ana tu.menyesal sgt rasanya.ana ingat xde la fitnah sgt.rupa-rupanya byk sgt fitnah yg boleh berlaku,yg kdg2 perempuan x sedar dan x jangka sikit pun.utk shbt2 perempuan,tolonglah ambil berat pasal perkara ni...untuk kebaikan anda juga.

    ReplyDelete
  3. Sepatutnya artikel ni posting lame doh.xpe lah.sebagai peringatan semasa.lepas ni,kl diaorg tak sedar2 jg kn posting balik.bahkan kena sebar luas lagi.frenster,flickr,tagged,utusan,bharian dn mcm2 lg la.

    ReplyDelete
  4. Tak kisah samada artikel ini dianggap sudah ketinggalan zaman atau masih dalam tempoh sah lakunya. 'Ma takarroro taqorroro'

    ReplyDelete