Wednesday, April 29, 2009

Pork Is Forbidden: But Why?

Dr. Zakir Naik, the president of Islamic Research Foundation, states the following:


“The fact that consumption of pork is prohibited in Islam is well known. The following points explain various aspects of this prohibition:

1. Pork prohibited in the Qur’an:

The Qur’an prohibits the consumption of pork in no less than 4 different places. It’s prohibited in 2:173, 5:3, 6:145 and 16:115. For instance, Allah says:

“Forbidden to you (for food) are: dead meat, blood, the flesh of swine, and that on which hath been invoked a name other than that of Allah.” (Al-Ma’idah: 3)

The above verses of the Glorious Qur’an are sufficient to satisfy a Muslim as to why pork is forbidden.

2. Pork prohibited in the Bible:

Addressing the Christian who is likely to be convinced by his religious scriptures, the Bible prohibits the consumption of pork, in the book of Leviticus:

“…and the swine, as he divideth the hoof, and be cloven footed, yet he cheweth not the cud; he is unclean to you. Of their flesh shall ye not eat, and their carcass shall ye not touch, they are unclean to you.” (Leviticus chapter 11 verse 7 and 8)

Pork is also prohibited in the book of Deuteronomy:

“And the swine, because it divideth the hoof, yet cheweth not the cud, it is unclean unto you. Ye shall not eat of their flesh, nor touch their dead carcass.” (Deuteronomy chapter 14 verse 8)

A similar prohibition is repeated in the book of Isaiah chapter 65 verse 2-5.

3. Consumption of pork causes several diseases:

The other non-Muslims and atheists will agree only if convinced through reason, logic and science. Eating of pork can cause no less than seventy different types of diseases.

A person can have various helminthes, like roundworm, pinworm, hookworm, etc. One of the most dangerous is Taenia Solium, which in a layman’s terminology is called tapeworm. It harbors in the intestine and is very long. Its ova, i.e. eggs, enter the blood stream and can reach almost all the organs of the body. If it enters the brain it can cause memory loss. If it enters the heart it can cause heart attack and if it enters the eye it can cause blindness. If it enters the liver it can cause liver damage. It can damage almost all the organs of the body.

Another dangerous helminthes is Taenia Trichuriasis. A common misconception about pork is that if it is cooked well, these ova die. In a research project undertaken in America, it was found that out of twenty-four people suffering from Taenia tichurasis, twenty two had cooked the pork very well. This indicates that the ovas present in the pork do not die under normal cooking temperature.

4. Pork has fat building material:

Pork has very little muscle building material and contains excess of fat. This fat gets deposited in the vessels and can cause hypertension and heart attack.

5. The pig is one of the filthiest animals on earth:

The pig is one of the filthiest animals on earth. It lives and thrives on muck, filth and dirt. In the villages they don’t have modern toilets and the villagers excrete in the open air. Very often excreta are cleared by pigs.

Some may argue that in advanced countries like Australia, pigs are bred in very clean and hygienic conditions. Even in these hygienic conditions the pigs are kept together in sties. No matter how hard you try to keep them clean they are filthy by nature. They eat and enjoy their own as well as their neighbor’s excreta. ”

Source: Islamonline.net


All you need to know about Swine Flu. Just click here!

Sunday, April 26, 2009

Sejenak bersama Dakwah...

Bilakah kali terakhir dirimu menangis mengenangkan keadaan ummah ini? Bilakah kali terakhir dirimu melihat seorang yg melakukan maksiat secara terang-terangan, lalu timbul rasa kasihan di hatimu lantas bermunajat kepada Allah untuk dirimu dan dirinya?


Lidah kita terlalu pantas melantunkan kata-kata kesat. Tangan kita terlalu ringan memukul dan menyakitkan. Kuasa yg ada digunakan semahu-mahunya. Semuanya dihalalkan atas nama dakwah. Mengapa? Tidak sepatutnya wahai pendakwah! Dakwah itu terlalu suci untuk dicemari sebegini rupa.


:: Islam ruh dan jasad

Untuk mengislahkan ummah, kita perlu kembali kepada Islam dengan maknanya yg hakiki. Ummah tidak menyelami hakikat sebenar Islam. Para pendakwah pula muflis akhlak dan ibadah. Kitalah golongan pendakwah itu. Ibadah kita tidak disertai rasa cinta. Rukuk dan sujud semata-mata tunduk tanpa khusyuk dan tawadhu'. Puasa hanya sekadar berlapar dan dahaga. Bacaan Al-Quran tidak mengalirkan air mata.

Dengan sebab inilah Imam Ghazali mengarang kitabnya Ihya' Ulumiddin. Ummah ketika itu berhajat kepada Islam yg sebenar. Islam secara ruh dan jasad. Ketika Al-Quds berada dalam genggaman tentera Salib, umat Islam pula berada dalam keadaan lemah dan hina. Imam Ghazali sedar penyakit yg menimpa ummah lalu menyediakan rawatan melalui kitabnya, Ihya. Maka lahirlah tokoh sehebat Nuruddin Zinki dan Solahuddin Al-Ayyubi.
Pada hari ini, seorang lelaki berkata dengan penuh semangat, "Keadaan umat tidak akan berubah melainkan dengan kemunculan seorang pemimpin sehebat Solahuddin Al-Ayyubi." [1] Lalu seorang yg pakar dengan ilmu dakwah menjawab, "Kalaulah Solahuddin Al-Ayyubi muncul pada hari ini, tentu beliau akan dijual kepada musuh. Solahuddin Al-Ayyubi tidak keseorangan pada zamannya, bahkan beliau merupakan produk tarbiyyah dan produk masyarakat yg hebat. Daripada masyarakat dan persekitaran inilah, munculnya Solahuddin Al-Ayyubi!
Masyarakat yg hebat akan melahirkan individu yg hebat. Masyarakat yg bangsat akan melahirkan individu yg bangsat. Rawati ruh kita. Kita rawati masyarakat.


:: Nasihat

Seorang pendakwah perlu memberi nasihat dan menerima nasihat. Hinakan diri untuk menerima nasihat hatta dari seorang gila di jalanan. Sebelum memberikan nasihat kepada orang lain, hadirkan dalam hati anda bahawa orang tersebut lebih mulia daripada anda. Susah bukan? Bersedialah untuk sebarang kemungkinan jika dia tidak menerima nasihat anda. Jangan takut kepada celaan orang yg mencela. Dan bersungguhlah untuk menasihatinya lagi.


Jangan juga membuatkan orang yg dinasihati berasa dirinya mulia. Kerana jiwa manusia kebiasaannya tidak akan menerima nasihat dalam keadaan merasakan dirinya mulia.

Secara peribadi, saya berpandangan bahawa nasihat atau teguran kepada orang yg melakukan maksiat di jalanan tidak sepatutnya dipanjang-panjangkan. Cukup dengan sekitar 30 saat dan minta izin untuk berlalu pergi. Kerana tujuan asal dia berada di situ bukan untuk mendengar tazkirah anda. Tazkirah yg berjela-jela akan menjemukan dan mengganggunya. Kecuali jika dia yg memohon penjelasan. Namun, jika anda punya kuasa maka gunakannya bersesuaian dengan keadaannya. Jangan menyiakannya dan jangan melampaui batasnya.


:: Mengambil manfaat dari setiap yg berfaedah

Kebijaksanaan umpama barang yg tercicir milik orang beriman, sesiapa yg menemuinya dialah yg paling berhak. Setiap perkara yg berfaedah perlu dimanfaatkan walaupun berasal dari bukan Islam. Pendakwah perlu tahu beza antara mengambil faedah daripada bukan Islam dan tasyabbuh dengan bukan Islam. Pendakwah perlu melihat dengan kacamata syara'. Adakah syara' memujinya atau mengejinya. Lalu, ambillah faedah daripada bukan Islam sekadar yg diharuskan syara'. Manfaatkan setiap peluang yg melintas di hadapan!

Pendapat yg mewajibkan untuk mengambil setiap amalan barat dengan alasan mereka telah mencapai kemajuan adalah pendapat yg batil. Begitu juga dengan pendapat yg mengatakan barat adalah musuh kita maka jangan manfaatkan apa-apa pun daripada mereka.


:: Niat ikhlas untuk menyampaikan kebaikan kepada semua

Timbul persoalan, "Adakah diri anda berasa suka untuk menyampaikan kebaikan walaupun kepada orang yg menyakiti dan mengutuk anda?" Jika jawapannya, "Ya", maka itu petanda kepada keikhlasan niat anda dalam berdakwah di jalan Allah.

"Adakah dakwah anda umum kepada semua? Atau sekadar kepada mereka yg sehaluan dengan anda?" Jika jawapannya, "Umum kepada semua", maka anda adalah pendakwah yg sebenar.

Pendakwah perlu sentiasa menghadirkan niat di dalam hati untuk menyampaikan hidayah kepada semua. Hatinya tidak boleh sunyi daripada niat ini dalam apa jua keadaannya. Sabda Baginda,
لا يؤمن أحدكم حتى يحب لأخيه ما يحب لنفسه
"Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinys sendiri." Riwayat Bukhari dan Muslim.

Imam Nawawi ketika mensyarahkan hadith ini berkata bahawa 'persaudaraan' dalam hadith ini bermakna persaudaraan yg umum iaitu persaudaraan kemanusiaan. Imam Nawawi berkata lagi,

ولهذا كان الدعاء بالهداية للكافر مستحبا
"Oleh sebab itu, berdoa hidayah kepada orang kafir hukumnya sunat."

Beliau juga berkata,
والمراد بالمحبة إرادة الخير والمنفعة
"Yang dimaksudkan dengan mengasihi (dalam hadith ini) ialah menginginkan kebaikan dan manfaat."


:: Tidak sibuk dengan perkara cabang

Perkara cabang atau furu' yg masih berada dalam ruang lingkup khilaf tidak seharusnya diperdebatkan. Si pendakwah perlu menghayati adab-adab dalam berkhilaf. Kaedah fiqhiyyah menyebut,
لا ينكر المختلف فيه وإنما ينكر المجمع عليه
"Tidak diingkari perkara yg khilaf padanya tetapi diingkari perkara yg telah diijmakkan ke atasnya." Maka seorang pendakwah mesti membezakan antara dua kategori tersebut. Sekiranya telah diijmakkan sesuatu perkara, maka wajib diingkari perkara yg berlawanan dengan ijmak ini.

Saya ada menulis tentang khilaf untuk bacaan ringan. Klik sini dan sini. Untuk bacaan berat, sila rujuk kitab-kitab berkaitan.


:: Pintu dakwah terbuka luas

Seorang pendakwah perlu tahu bahawa pintu dakwah tidak pernah tertutup. Lapangan dakwah terbentang luas. Pendakwah perlu sedar bahawa pintunya banyak dan dia boleh memasuki melalui mana-mana pintu yg sesuai dengan dirinya.

Jika di dalam penjara sekalipun, dia masih boleh berdakwah. Jika dipenjara seorang diri, maka penjaga penjara merupakan sasarannya. Jika penjaga penjara enggan berbicara dengannya, maka dakwahnya ialah melalui doanya dan melalui senyuman kepada setiap yg memandangnya. Dia hendaklah berniat bahawa keberadaannya di dalam penjara sebagai sebab hidayah kepada orang yg menzaliminya.


:: Tidak malu, tidak jumud dan berfikiran terbuka

Pendakwah juga tidak boleh malu dalam berdakwah. Abaikan siapa yg berada di hadapan anda. Tugas anda ialah menyampaikan kepada semua. Kawan mahupun lawan. Persetankan ejekan di sekeliling.



Berpegang dengan prinsip tetapi tidaklah sehingga jumud dan berfikiran terbuka tetapi tidaklah sehingga menggadai prinsip. Keterbukaan itu hendaklah tidak melepasi orbit Islam. Pendakwah juga hendaklah bersikap profesional dan mahir dalam menghukum sesuatu perkara. Tidak emosi dan tidak mengikut hawa nafsu.


:: Asal dakwah, lembut atau keras?

Sesungguhnya asalnya ialah lembut dan keras itu ialah cabangnya. Pendakwah hendaklah menggunakan kelembutan dalam ucapan dan tingkah lakunya. Digalakkan bergurau sekadarnya dan jangan bergurau kecuali dalam perkara yg benar.

Tetapi, dakwah juga berhajat kepada kekerasan dalam sesetengah keadaan. Rasulullah Sollallahu'alaihiwasallam sentiasa bergaul mesra dengan Usamah bin Zaid Radiyyahu'anhuma. Tetapi ketika mengetahui Usamah telah membunuh seorang musuh yg telahpun melafazkan syahadah dan beliau menggunakan alasan bahawa si musuh hanya ingin menyelamatkan diri, Baginda telah menggunakan kekerasan. Baginda berkata kepadanya, "Adakah kamu telah membelah hatinya?" Sehinggakan diketahui isi hatinya...?
Kekerasan dalam dakwah ibarat ubat bukannya makanan. Ilmu psikologi membuktikan bahawa seseorang manusia apabila kerap kali dilayan dengan keras, kasar dan denda, dia akan hilang perasaan rasa bersalah, menjadi lali atau kebal dengan nasihat dan bersikap tidak peduli. Tetapi jika selalu dilayan dengan lembut lalu ada keadaan yg memaksa supaya dilayan dengan kekerasan, maka digunakan kekerasan, ini akan memberikan kesan yg mendalam terhadapnya.

Bahkan penggunaan ubat yg berlebihan tanpa mematuhi disiplin akan mendedahkan pesakit kepada sakit yg lebih dahsyat. Apatah lagi jika pendakwah menggunakan kekerasan sebagai makanan dan bukan sebagai ubat, ini akan menambahkan lagi penyakit orang yg ingin dirawatinya.
Sebahagian pula tertipu dengan menganggap kelembutan ialah kelemahan. Jauhilah anggapan keji ini.


:: Jangan menghina orang

Sebahagian orang yg mengaku pendakwah dikira gagal dalam gerak kerjanya apabila menganggap sebahagian orang langsung tiada manfaat dan faedah kerana sikap buruk yg diamalkannya. Bahkan orang yg mengatakan orang ini atau itu tidak berfaedah sepatutnya bimbang tentang dirinya sendiri, adakah dia seorang yg berfaedah?

Adapun jika seseorang melakukan maksiat secara terang-terangan dan berbangga dengannya, maka dibenarkan untuk mengumpatnya. Untuk perincian, beleklah Ihya Ulumiddin, Kitab Aafaat Al-Lisan.



Mudah-mudahan tulisan ini dapat dijadikan pedoman untuk para pendakwah di luar sana.

_______________________
[1] Ucapan ini diucapkan oleh seorang peserta dalam sebuah muktamar yg dihadiri oleh Habib Ali di Perancis. Lalu, Habib Ali melontarkan pandangannya. (Dengan sedikit edit)


Rujukan:

1- Muqowwimat Ad-Daieyyah, ringkasan pengajian Al-Fikr Ad-Da'wi yg disampaikan oleh Habib Ali Al-Jifri
2- Syarah Al-Arbaien An-Nawawiyyah, karangan Imam Nawawi

Saya terbaca satu berita di Berita Harian Online yg amat menarik perhatian saya. 'Pakistan izin Syariah'. Saya mengucapkan syukur. Akhbar melaporkan ianya merupakan satu kejayaan kepada Taliban, manakala pada pandangan saya ianya satu kejayaan buat umat Islam seluruhnya. Mudah-mudahan hukum syariah yg dilaksanakan membuka mata masyarakat dunia agar melihat keadilan sistem Islam. Oh ya, Undang-undang Syariah yg dimaksudkan di sini bukanlah Undang-undang Syariah yg digunapakai di Mahkamah Syariah, tapi dengan makna Syariah yg sebenar.

Secara peribadi, saya agak tidak bersetuju dalam beberapa perkara berkaitan Taliban. Tetapi, janganlah kebaikan yg dilakukan orang yg kurang serasi dengan kita pun dilihat satu kejahatan. Saya tidak menyokong Taliban secara mutlak. Saya hanya menyokong tuntutan Taliban. Kerana ia tuntutan Islam. Selebihnya, terserah kepada Taliban untuk memulakan langkahan baru ke arah pelaksanaan Syariah di wilayah mereka. Jika mereka benar-benar adil, mengikut acuan sebenar Islam, maka berkat akan melimpah-limpah keluar dari bumi dan mencurah-curah turun dari langit.

Saya amat pelik dan hairan apabila terdapat pihak yg terlalu takutkan Undang-undang Syariah ini. Ada pula pihak yg berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan undang-undang ini tidak terlaksana di atas muka bumi. Di Pakistan, pihak pemerintah terpaksa tunduk dan akur kepada permintaan rakyatnya di kawasan Lembah Swat, barat laut negara itu.

Di Malaysia pula, kerajaan pusat terus memberikan amaran. Jika undang-undang ini dilaksanakan, tindakan keras akan diambil. Saya menggaru-garu kepala yg tidak gatal. Tak faham. Mengapa terlalu takutkan undang-undang yg telah dinaskan di dalam Al-Quran? Orang Islam sendiri yg takut. Masyarakat non-muslim pula yg menyokong ke arah pelaksanaan undang-undang ini. Pelik...pelik. Semua orang Islam tahu, Allah pencipta makhluk dan Allah tahu yg terbaik untuk makhluknya! Tapi apabila berbicara isu ini, seolah-olah mereka menafikan kebijaksanaan Tuhannya! Masyarakat non-muslim pula lebih 'islamik' berbanding mereka.

Hukuman Hudud dan Qisas tidak akan dijatuhkan kepada mereka yg tidak melakukan kesalahan. Hanya yg bersalah yg akan dihukum. Non-muslim di Malaysia memahaminya. Bahkan akal yg waras memang memahaminya. Cuma sekelompok orang Islam di Malaysia amat takut mendengar perkataan Hudud dan Qisas ini.
Hukuman Hudud hanya dikenakan terhadap beberapa kesalahan jenayah sahaja.
1- Zina
2- Qazaf (tuduhan zina terhadap orang lain)
3- Mencuri
4- Merompak
5- Minum arak
6- Murtad
7,8- Kes bunuh dan mencederakan orang. (Qisas)

Jika difikir dengan akal yg waras, kita akan mendapati bahawa jenayah-jenayah di atas termasuk dalam kategori jenayah berat yg boleh mengancam keamanan dan keselamatan individu, masyarakat dan negara. Jenayah-jenayah yg selebihnya pula akan diadili dengan undang-undang Takzir.

Mungkin akan timbul sifat kasihan masyarakat terhadap pesalah-pesalah yg akan dijatuhkan hukuman ini. Bahkan sebahagiannya menuduh hukuman ini sebagai zalim dan kuno. Maka, kita cuba bertanya kepada mangsa atau keluarga terdekat mangsa. Misalnya jenayah zina atau rogol. Jika anak gadis orang lain dirogol bahkan dibunuh, mungkin lidah masih mampu melafazkan kata-kata simpati kepada si perogol yg dihukum.
Tapi jika anak gadis, isteri, adik, kakak, ibu atau neneknya sendiri yg dirogol, tapi masih belum dibunuh dan mampu hidup dengan sihat walafiat, apa agaknya kalimah-kalimah yg akan keluar daripada mulutnya? Maki hamun, carut marut dan cacian. Akibat daripada kemarahan membuak-buak yg bersuara, "Bunuh perogol itu!" Bahkan kalau diziinkan untuk menghukum sendiri si perogol, mungkin tindakannya jauh lebih kejam berbanding hukuman syariah yg didakwanya sebagai kejam. Mungkin dikerat-kerat tubuh si perogol, dicincang-cincang dan dilempar ke dalam laut. Bahkan mungkin lebih dahsyat!
Jadikan kes-kes rogol, zina dan buang anak di negara kita sebagai pedoman.

Jenayah curi pula hukumannya potong tangan. Tapi tidak sewenang-wenangnya. Jika kecurian berlaku akibat kebuluran, maka hukum potong tangan tergugur. Pencuri yg disahkan bersalah setelah perbicaraan akan dipotong tangan kanannya di bahagian hujung pergelangan tangannya. Tapi jika diizinkan kepada mangsa yg asyik kehilangan barang-barang kesayangannya untuk menghukum si pencuri, apakah agaknya tindakannya? Barang yg dibeli hari ini, esoknya hilang. Dibeli lagi, esoknya hilang. Mungkin dia potong tangan pencuri di bahagian bahu! Bahkan mungkin dipotong kedua-dua belah tangan.

Ada pula seorang yg bergelar Doktor PhD menyarankan supaya si pencuri diberikan kerja sebagai hukuman. 'Genius' sungguh!

Si peminum arak pula dikenakan hukuman sebat 40 kali. Sebatan yg syari'e jauh berbeza dengan sebatan yg dijalankan pada hari ini. Cukup dengan satu sebatan sudah mampu menanggalkan kulit. Inilah sifat sebatan yg dilaksanakan di Malaysia. Jauh lebih zalim dan kejam.

Jadikan kes kemalangan akibat kemabukan sebagai pedoman.

Hukuman Hudud dan Qisas juga didahului perbicaraan yg jauh lebih teliti dan sukar untuk diputuskan. Hukuman Syariah hakikatnya lebih menjamin keselamatan tertuduh. Sebagai contoh, jika si tertuduh didakwa dengan kesalahan zina, maka wajib didatangkan empat orang saksi yg adil untuk memberikan penyaksian di mahkamah. Saksi-saksi pula hendaklah benar-benar menyaksikan kejadian 'keris masuk ke dalam sarungnya'. Cuba fikir, siapalah agaknya yg berkesempatan melihat adegan live sejelas itu? Amat ganjil. Saksi pula hendaklah adil dengan makna yg dikehendaki syara'.

Maka, jika syarat-syarat yg ditetapkan tidak terpenuhi, hukuman qazaf pula yg akan dijatuhkan. Disebat sebanyak 80 kali. Sebagai pengajaran kepada dirinya dan masyarakat sekeliling. Bunyi setiap sebatan tersebut seolah-olah berbunyi, 'Jangan terlalu mudah menuduh orang berzina!'

Jadikan kes tilam masuk mahkamah untuk jadi saksi kes liwat sebagai pedoman.

Andainya si tertuduh memang berzina sekalipun, maka dia hanya terlepas hukuman di dunia. Dia akan berhadapan pula dengan Hakim yg paling adil dan Dia punya ramai saksi. Mustahil si tertuduh terlepas. Tak usah bimbang. Bahkan di mahkamah dunia, syara' menyatakan bahawa hakim yg tersilap melepaskan penjenayah lebih afdhal daripada hakim yg tersilap menjatuhkan hukuman kepada yg tidak bersalah.

Hukuman Qisas pula terlalu jelas keadilannya. Satu nyawa dibalas dengan satu nyawa. Bahkan Islam memberikan ruang kepada keluarga si mangsa untuk menghukum atau memaafkan si penjenayah. Dalam sebuah hadith riwayat Abu Daud, Anas bin Malik Radiyallahu'anhu berkata bahawa setiap kes yg dibawa kepada Rasulullah Sollallahu'alaihiwasallam dan telah thabit padanya Qisas, Rasulullah Sollallahu'alaihiwasallam menyarankan supaya diberikan kemaafan kepada si pembunuh.

Jadikan juga kes bunuh dan rompakan bersenjata di negara kita sebagai pedoman. Bagaimana pula dengan murtad? Tiada jenayah yg lebih besar daripada jenayah murtad akidah! Adakah kes murtad yg berleluasa memerlukan Abu Bakar As-Siddiq untuk kembali membanteras jenayah ini? Jika beliau kembali sekalipun, maka tiada undang-undang lain yg dirujuknya kecuali Undang-undang Syariah!

Persoalan sebenarnya ialah, adakah mereka yg takutkan hukuman-hukuman ini ialah mereka yg melakukan kesalahan? Kalau mereka tidak melakukan kesalahan, maka tidak perlu takut. Yang melakukan kesalahan akan dihukum. Yang tidak melakukan kesalahan tidak akan dihukum. Sifirnya mudah. Jika tiada kesalahan, hukuman tidak akan dilaksanakan.

Sebarkan kefahaman Islam yg sebenar kepada masyarakat Muslim mahupun Non-muslim. Jangan biarkan mereka dimomokkan dengan fakta-fakta palsu. Beramal dengan Undang-undang Syariah tidak semestinya dengan melaksanakan hukuman. Kerana jika penjenayah tiada, hukumannya juga tiada. Tapi beramal dengan Undang-undang Syariah bermakna menjunjung Syariah dan meletakkannya di tempat yg selayaknya.

Bagaimana kita ingin menikmati rasa sebenar sesuatu masakan jika sebahagian resepinya kita abaikan? Bagaimana kita ingin menikmati keindahan sebenar Islam jika sebahagian ajarannya kita ketepikan?

Wednesday, April 15, 2009

Tahniah dan Takziah

Saya mewakili pihak usramedic mengucapkan lagi ucapan tahniah, 'Selamat Panjang Umur dan Banyak Amalan!' Kali ini kepada Ketua Biro Akademik KPT sesi ini, Ustaz Muhammad Syukri b. Muhammad Nazar. Beliau juga merupakan penulis jemputan di blog usramedic. Tarikh lahirnya berdasarkan kalendar hijrah ialah pada 19 Rabiul Akhir.


Kami juga ingin mengucapkan takziah kepada Ustaz Syukri dan Ustaz Abd Manan disebabkan kemalangan yg telah menimpa beliau pada pagi semalam ketika dalam perjalanan ke kelas pengajian Syeikh Yusri yg mensyarahkan Sunan Tirmizi di Jabal Muqattam. Walaubagaimanapun, tiada kecederaan parah yg dilaporkan.

Ustaz Abd Manan yg menunggang motosikal cedera ringan di bahagian lutut. Satu-satunya baju melayunya di Mesir ini akhirnya koyak. Walaupun begitu, beliau masih boleh berfikir dengan waras. Baju Melayu untuk majlis perkahwinan terpaksa diganti dengan yg lain. Ustaz Syukri yg membonceng pula luka ringan di bahagian tangan. Kedua-duanya, masih mampu mengukir senyuman.

Menurut mangsa, Ust Abd Manan yg juga selaku Ketua Biro Dakwah KPT, motosikal yg ditunggangnya hilang kawalan akibat tumpahan minyak yg terdapat di tengah jalan. Keadaan jalan yg licin itu menyebabkan mereka berdua bergeser sejauh 47 langkahan kaki berdasarkan langkahan kaki Ust Manan.

Tiada ucapan yg afdhal disebut apabila mendapat berita sebegini kecuali ucapan Istirja' , "Inna lillah wa inna ilaihi raaji'un."


p/s: Kepada sesiapa yg ingin menziarahi mereka, silalah bawa buah tangan. :)
Saya mewakili pihak usramedic mendoakan agar anda berdua sembuh kembali.

Blog Widget by LinkWithin