"Bercakaplah denganku...", kata seseorang kepada seorang tokoh tabiin, 'Amir bin Abdi Qais. Lalu 'Amir menjawab, "Peganglah matahari." Maksud beliau, "Hentikanlah pergerakan matahari dan sekatlah ia daripada terus bergerak, barulah aku akan bercakap denganmu."
Sesungguhnya masa akan terus bergerak dan ia tidak akan pulang kembali setelah ia berlalu. Apabila masa mengucapkan selamat tinggal, maka ia benar-benar memaksudkannya. Kerugian masa ialah kerugian mutlak. Kerugian yg tidak mungkin digantirugi dan tidak mungkin dituntut kembali. Manusia sekaya Bill Gates dan Warren Buffett pun pasti bankrup untuk membayar gantirugi. Fikir sejenak, jika jam 9 hingga 10 pagi ialah waktu membaca lalu ditangguhkan dan dibiarkan waktu itu kosong sehingga ke jam 10, sebenarnya satu jam yg telah berlalu itu tidak terganti dengan sejam selepasnya. Walaupun anda benar-benar membaca bermula jam 10 dan selesai pada jam 11. Anda fikir anda menggantikan sejam yg telah berlalu. Tapi secara hakikatnya, jam 10 hingga jam 11 juga sememangnya telah ditetapkan untuk anda membaca. Ini bererti, sejam yg lalu kosong tanpa gantian! Kerana setiap waktu itu punya kerja yg mengisinya.
Kesibukan yg melanda bukanlah satu alasan yg bijak untuk saya berhenti menulis. Disiplin dalam kehidupan dan bijak mengatur masa ialah kunci kejayaan para ulama. Ditambah pula dengan keberkatan waktu yg dikurniakan oleh Allah, maka terhasil satu keajaiban yg jarang mendapat perhatian manusia melainkan bagi mereka yg meneliti.
Bagaimana agaknya Ibnu 'Aqil Al-Hanbali mampu mengarang kitab Al-Funun yg tersangat besar kuantitinya?! Jumlah keseluruhannya memenuhi sebuah perpustakaan! Sebuah kitab yg membicarakan pelbagai disiplin ilmu; Tafsir, Fiqah, Usul Fiqah, Akidah, Nahu, Lughah, Syair, Sejarah ... ...
Imam Az-Zahabi menyebut, "Tidak pernah dikarang di dalam dunia sebuah kitab yg lebih besar daripada kitab ini." Imam Ibnu Rejab pula menyebut, "Jumlahnya 800 jilid." Sedangkan karangan Ibnu 'Aqil berjumlah 20 buah karangan dan sebahagiannya pula ada yg mencapai 10 jilid. Mungkinkah tempoh satu hari bagi Ibnu 'Aqil melebihi 24 jam?
Masa bukanlah seperti botol plastik. Tiada istilah kitar semula atau guna semula. "Masa itu kehidupan." Itulah antara kata-kata Imam Hasan Al-Banna. Selagi mana mentari berputar, selagi itulah masa bergerak. Andai ku mampu menghentikan pergerakanmu sang mentari...
Kitab Qimat Az-Zaman karya Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah merupakan motivasi terbaik untuk menyedarkan saya hakikat masa. Jazakumullah Syeikh!
p/s: Fiqah: Ini ejaan yg betul, berdasarkan Kamus Dewan edisi keempat. Kamus Dewan, teman saya sejak beberapa minggu.

3 comments:
Jazakumullah juga utk Us Fahmi atas ilmu yg dicurahkan di KPT,Jazakumullah buat guru murabbi..
baarakallahu fiik..semoga Allah sentiasa meletakkan kita semua dikalangan mereka yang selalu menjaga masa dan juga menetapkan hati kita semua dalam perjuangan yang penuh dengan cabaran...insyaAllah...
To anonymous: Siapa ni haa? Letak la nama, jgn malu. Em,kalau saya murabbi, maka anda murabba huhu. Cek kamus apa makna murabba. Doakan saya.
To kembara: Amiinnn... kerja, kerja. EGP 09 dah dekat. Niat khidmat utk umat.
Post a Comment