Entri kali yg ke 100. Allah telah tetapkan ianya untukmu berdua guruku, Ust Syed Abdul Kadir Al-Jofree dan sahabatku, Ustaz Safwan. Saya baru sahaja bangun dari tidur setelah bersengkang mata selama 5 jam di dalam kelas pengajian Ustaz Syed Abdul Kadir. Alhamdulillah tamat juga daurah kitab Tazkirah As-Sami' wal Mutakallim karangan Ibnu Jama'ah rahimahullah. Semalam jam 3.30 pagi, saya tiba di rumah setelah pulang dari airport menghantar Ustaz Safwan. Turut pulang bersama ialah Ust Alif Mahari yg akan kembali semula ke sini bertemankan isteri, insya Allah. Esok, Ustaz Syed Abdul Kadir pula akan pulang ke tanahair. Dua kehilangan yg teramat-amat dirasai.
Saya masih belum menyiapkan kerja-kerja Sutra. Masih berbaki 60%. Saya tidak mahu menulis panjang, cuma sekadar meluahkan apa yg terbuku di hati.
Selamat pulang guruku dan sahabatku. Semoga kita bertemu lagi. Teruskan perjuangan.
Siapalah saya untuk menasihati kalian. Lebih-lebih lagi kepada guru yg dikasihi, Ustaz Syed. Bahkan mungkin sahaja kewujudan blog saya yg hina ini tidak pernah disedari olehnya. Jazakumullah khairan kathira saya ucapkan kepada Al-Fadhil Ustaz Syed Abdul Kadir. Mudahan-mudahan ilmu dan tarbiyah yg dicurahkan selama ini dapat saya amalkan, insya Allah.
Kepada Ustaz Safwan secara khasnya, jaga adik-adik medic kita di sana. Mereka ibarat permata-permata yg menunggu masa untuk digilap agar semakin bersinar kilauannya. Teruskan belajar dan mengajar. Ingatlah, ilmu dan perjuangan tidak pernah terpisah. Semarakkan Islam dengan ilmu. Masyarakat memerlukanmu.
Cukuplah dahulu sekadar ini. Untuk mereka berdua, saya doakan agar terus thabat di dalam dunia dakwah yg penuh mencabar ini.
Jika selepas saat ini kita tidak bertemu lagi di dunia, Syurga Allah tempat pertemuan kita insya Allah!

3 comments:
Assalamu'alaikum tuan,
Memang akan rasa satu kehilangan apabila orang yang disayangi di jalan ALlah ini berpisah. Namun walaupun hilangnya jasad di mata, tapi dekatnya masih di hati.
Tuan masih boleh berhubung dengan beliau melalui YM.
:)
Waalaikumussalam wa rahmatullah, ustaz Ibnu Nafis.
Teringat saya kata-kata Habib Umar, "Berapa ramaikah orang yg dekat tapi (hakikatnya) jauh dan berapa ramaikah orang yg jauh tapi (hakikatnya) dekat..."
Semoga kita semua berdekatan di jalan Allah, menegakkan yg hak, menumbangkan yg batil.
Takbirrr!!!
"Ambillah sepotong limau yang masam itu untuk dijadikan segelas air yang lazat"
Post a Comment