Tuesday, January 26, 2010

Jangan jadi serangga perosak

Maka saya menyeru kepada akhawat, janganlah 'merosakkan' ikhwah. Begitu juga dengan ikhwah, janganlah 'merosakkan' akhawat. Saya mulakan dengan menyebut akhawat kerana menuruti Al-Quran. Apabila Allah berbicara tentang maksiat zina, Allah menyebut wanita terlebih dahulu kemudian menyebut lelaki. Ini kerana fitnah daripada wanita jauh lebih merbahaya berbanding lelaki. Fitnah pertama yg menimpa Bani Israel juga ialah fitnah wanita.

Kepada ikhwah dan akhawat, mainkan peranan masing-masing. Janganlah menjadi serangga perosak kepada pokok yg sedang membesar. Jangan bimbang akan jodohmu. Segalanya di dalam jaminan Allah, Tuhan Sebaik-baik Pemberi Jaminan.

Ibnu 'Athaillah As-Sakandari rahimahullah menyebut di dalam Hikamnya,

[1]

Artinya: Bersungguh-sungguh engkau pada barang [perkara] yang telah diakui [Allah] bagimu daripada rezeki dan taqsir [lalai, tidak ambil berat] engkau pada barang yang telah dituntut [Allah – yakni perkara yang ditakhlif oleh Allah keatas hambaNYA iaitu mengenalNya dan mengabdikan diri kepadaNya] daripadamu daripada ibadat menunjukkan atas ketiadaan yaqinmu dan hapus [nur] mata hatimu daripadamu.

~Terjemahan Tok Ku Pulau Manis rahimahullah. Sumber: http://al-fanshuri.blogspot.com/


Tazkirah pendek daripada saya, yang lemah tiada daya, yg terdedah kepada pelbagai maksiat dan noda, yg banyak berdosa. Ya Allah, Kau kurniakanlah kepadaku kesihatan ruh dan jasad. Amiiinnn.

Tazkirah ini bukan menafikan perlunya usaha mencari jodoh tetapi menafikan usaha itu sebelum tiba masanya apatah lagi untuk bersuka-suka.


Nota kaki:
[1] Terdapat kesilapan pada matan hikam di atas. Iaitu pada lafaz فيمن sepatutnya فيما

2 comments:

  1. singkat tp padat dan penuh dgn pengajaran utk ksedaran bsama..syukran utk segalanya ^_^...believe it or not u r a gem ^_^

    ReplyDelete
  2. i am a gem or a germ? i beg your pardon :) gem means batu permata right? tq anon..

    ReplyDelete