Sunday, January 3, 2010

Sebulan lagi sebelum terbang

Sebulan sahaja lagi. Tempoh empat tahun dirasakan terlalu singkat. Rasanya seperti baru sahaja saya keluar daripada pesawat Qatar Airways dan menjejakkan kaki buat kali pertama ke bumi Mesir. Saya masih ingat saya ditahan seketika di airport, gara-gara gambar saya di pasport seperti seorang samurai dari Jepun. Entah mengapa gambar itu tidak seiras muka sebenar saya. Kini, pasport saya itu hampir tamat tempohnya. Sudah banyak cop imigresen yg menghiasi halaman-halamannya. Bermula dengan Mesir, Yaman, Jordan, Syria, Turki dan diakhiri dengan Arab Saudi. Pengembaraan ke negara-negara ini seolah-olah baru selesai sebentar tadi. Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah pernah berkata bahawa perumpamaan waktu muda itu seperti sesuatu yg berada di dalam lengan baju, lalu tercicir. Mungkin beliau ingin menyifatkan bahawa berlalunya waktu muda itu tanpa disedari.

Pepatah Melayu berbunyi 'Masa itu emas'. Pepatah Arab pula, 'Masa itu umpama pedang, jika engkau tidak memotongnya, ia akan memotongmu'. Imam Hasan Al-Banna rahimahullah mengatakan 'Masa itu ialah kehidupan'. Semuanya benar. Saya mengatakan, masa ialah makhluk Allah yg 'sombong', ia tidak akan sama sekali berpaling dan berundur semula walaupun dipanggil berkali-kali. Masa yg berlalu tidak mungkin kembali. Saya membelek-belek kitab Yatimat Ad-Dahr fi Tafsir Surah Al-'Asr. Lalu, saya memandang kitab Qimatuz Zaman, kitab tulisan tokoh kegemaran saya, Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah rahimahullah. Kedua-dua kitab membicarakan tentang masa.

Imam Abu Yusuf rahimahullah, anak murid setia Imam Abu Hanifah rahimahullah rela menyerahkan urusan jenazah anaknya yg meninggalkan dunia kepada jiran dan keluarganya kerana takut terlepas pengajian bersama gurunya. Masyarakat hari ini tentu menyifatkan perbuatannya sebagai melampau kerana mereka tidak sehandal Imam Abu Yusuf dalam menilai masa. Imam Jamaluddin Al-Qasimi rahimahullah yg telah menghabiskan usianya lebih kurang 50 tahun, hasil karangannya melebihi 50 buah karangan, waktu hidupnya dipenuhi dengan ilmu, namun masih lagi merungut, "Andainya masa itu dijual, maka bolehlah aku membelinya."


Sungguh saya merasakan saya hanya bermain-main dengan masa. Terlalu banyak perkara yg ditangguhkan. Alangkah indahnya jika tempoh sebulan yg berbaki ini diberkati Allah, lalu saya dapat manfaatkannya sebaik-baik mungkin. Mudah-mudahan juga tempoh sebulan ini ibarat sehari buat keluarga yg sejak lama merindu. Debaran untuk menghadapi cabaran masyarakat majmuk di tanah air semakin kuat.

40 minit lagi akan masuk waktu Maghrib. Saya ada projek dengan Nasir Al-Mubtasim. Saya gelarnya sedemikian kerana dia sungguh murah dengan senyuman. Namun, senyuman istimewanya masih disimpan untuk seseorang yg masih menjadi misteri.

7 comments:

Hares Takeery said...

Nasiruddin alIbtisamiy....haha

al-aman said...

Nak jgk ke Abreh? Boleh je nak beri se sorang. Kalau Manan, As-Sa'ati. Ada persamaan dgn ayah Imam Hasan Al-Banna, Syeikh Ahmad bin Abdul Rahman As-Sa'ati, sebab beliau kerja baiki jam. Manan plk jual jam. Syeikh Ahmad As-Sa'ati susun kitab2 hadith, kitab Musnad je beliau habiskan 33 tahun utk siapkan. Manan plk kumpul syarah bg kitab hadith:arbaien nawawiyah, ke dia nak duk Mesir 33 tahun? biar bnyak skit persamaan :)

mizi said...

u.fahmi sedap..mentang2 dh habis..hahaha

al-aman said...

Sebenarnya jeles dgn Ustaz Mizi, sbb boleh blajar ikut tangga. Ambe ni guna lif. Insya Allah, ambe mai mesir semula dan menuntut dgn Syeikh Mizi. Nak guna nama Syeikh Mizi ke? Takut org keliru dgn Syeikh Mizi Taha plk kekgi :) X pe2... ni Syeikh Mizi Halim.

ibnuziyad_12 said...

Kepulangan enta ssungguhnya amat ditunggu2 krn Malaysia merupakan tmpt utk kita mlontarkan kembali ilmu2 yg pernah dikutip tidak kira di mana jua pun.1001 masalah sosial di 1001 tmpt mewarnai malaysia kini.hari ini ana telah ditakdirkan utk bertugas di polteknik kota kinabalu.moga Allah permudahkan tugasan ana di sini yg blh dikatakan bakal mhadapi 1001 karenah manusia yg lebih bbeza dri smnnjung.golongan yg mpunyai ilmu agama masih krg di sini...tak kira lah mana2 skali pun.asalkan Islam itu dpt disebar dan diberi pengertian sebenar...

Anonymous said...

akhi,dok tw pulok mu kne tahan psl muke mu mcm samurai X.hehe.semoge dipermudhkan urusan oleh Allah utk pulang ke tanah air.jgn kne tahan pulok kali ni.tkut die kate muke skang mcm syeikh arab pulok.kang se fmly dok knl..=)

al-aman said...

Hmmm, makin debar ni... isu panas2 belake.

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin