Industri hiburan khususnya perfileman di Malaysia tidak mampu melahirkan generasi yg berguna, ini pendapat saya. Bahkan, sepatutnya UMNO yg merupakan parti komponen terpenting BN menggunakan kuasanya menghasilkan filem yg mempromosikan gagasan 1 Malaysia. Bukankah anak-anak muda sekarang gilakan hiburan? Undi mereka dalam PRU 13 amat berguna untuk memenangkan mana-mana parti yg bertanding. Arahan PM kepada mana-mana pengarah filem supaya menghasilkan satu filem gempak yg berlatarbelakangkan konsep 1Malaysia (walaupun sebenarnya hanya 1 retorik sebagaimana slogan-slogan yg lalu) pasti akan disambut hebat. Tapi rupanya UMNO tidak bijak menggunakan peluang. Sekarang mereka sibuk meminang PAS sehingga Khairi Jamaludin terpaksa meluahkan kata-kata, "Utusan makes UMNO look desperate!" gara-gara akhbar itu yg menggila, mewar-warkan berita yg akhirnya menunjukkan seolah-olah UMNO seorang yg gila talak!

Kembali kepada topik. Ke manakah halatuju industri perfileman tempatan sebenarnya?



Filem-filem import sudah terbiasa dengan adegan dan babak yg mengghairahkan, aksi yg merosakkan, jalan cerita yg menggugat akidah dan kepercayaan, dan memang itulah agenda syaitan-syaitan dan Dajjal Freemason yg berdiri di sebalik Hollywood. Tetapi, bagaimana pula dengan filem-filem tempatan? Banyak sungguh filem-filem seram dan tahyul yg ditayangkan sekarang. Oleh sebab filem-filem ini dianggap tidak melanggar garis panduan yg ditetapkan LPF, maka ia bebas ditayangkan di pawagam dan dijual dalam bentuk VCD. Apakah filem tempatan yg serius memberikan faedah selain dari faedah hiburan ya? Sesiapa yg ada cadangan, silalah utarakan. Mungkin sedikit sebanyak mampu mengubah persepsi saya terhadap industri perfileman tempatan.

Sebenarnya, saya irihati dengan industri perfileman di negara jiran kita, Indonesia. Filem seperti Laskar Pelangi sungguh menarik untuk ditonton. Filem garapan sutradara Riri Riza itu telah memenangi kategori The Best Picture pada Asia Pacific Film Festival tahun 2009. Filem Sepet yg juga pernah menang anugerah, bagi saya merupakan satu kebodohan juri yg buta menilai. Oh, ini bukan bidang saya. Persetankan sahaja. Saya pun tak pernah menonton filem bodoh itu kecuali trailernya.

Indonesia kelihatannya semakin rancak menghasilkan filem yg mengisahkan riwayat hidup tokoh-tokoh negara itu. Kumpulan-kumpulan Islam di sana sudah maju selangkah ke hadapan, menggunakan wasilah filem untuk tujuan dakwah mereka. Misalnya, Filem Sang Pencerah yg akan ditayangkan Aidilfitri ini. Kelihatannya menarik. Filem ini diadaptasi dari kisah hidup KH Ahmad Dahlan (1868-1923), pengasas gerakan Muhammadiyah di Indonesia. Secara jujurnya, saya kurang setuju dengan beberapa perkara dalam Muhammadiyah atas sebab-sebab tertentu. Saya tak mahu suarakannya. Bahkan Muhammadiyah sekarang tidak lagi seperti Muhammadiyah di awal penubuhannya dulu. Virus sekular-liberal telah meresap masuk dan menjangkiti organisasi yg berusia lebih kurang 100 tahun itu. Usaha Islah yg dibawa oleh Muhammadiyah kini tercemar dengan gelagat anak mudanya yg berkiblatkan barat dan mengkagumi orientalis. Akibatnya, al-Quran yg dipersoalkan. Mungkin filem ini ialah satu usaha murni Muhammadiyah untuk membersihkan semula dirinya serta memperkenalkan siapa sebenarnya KH Ahmad Dahlan yg mengasaskan Muhammadiyah dengan semangat pemurnian ajaran Islam, setelah terpengaruh dengan idea-idea al-Afghani, Muhammad Abduh dan Rashid Ridha.

PKS (Partai Keadilan Sejahtera), sebuah parti politik aliran Islam di Indonesia sebelum ini pernah muncul di medan perfileman melalui filem Sang Murabbi. Mungkin filem haraki ini tidak meletup seperti filem Ketika Cinta Bertasbih tapi ia berjaya menampilkan peribadi murabbi parti itu, Ustaz Rahmat Abdullah yg bertanggungjawab melahirkan kader-kader dakwah dalam PKS. Jujurnya, saya tidak pernah kenal nama ini kecuali setelah terbitnya filem Sang Murabbi.



Nampaknya PKS dan Muhammadiyah sudah mengorak langkah. Mungkinkah FPI (Front Pembela Islam) juga bakal menghasilkan filem? 'Sang Pembela Akidah', mungkin? Yg menceritakan kisah hidup pemimpinnya Habib Rizieq bin Shihab. FPI ialah NGO terbesar di Indonesia yg menjalankan operasi amar makruf, nahi munkar. Ketegasannya menentang Ahmadiyah (Qadiyani) yg kafir itu dibantah keras oleh kelompok liberal di sana. Kesan daripada itu, Habib Rizieq masuk penjara buat yg kesekian kalinya. Beliau pernah berkunjung ke Malaysia dan menyampaikan pidatonya di masjid berdekatan rumah saya. Pidatonya cukup bertenaga dan meyakinkan. Bilalah lagi saya akan bertemu beliau.

Mungkinkah NU (Nahdatul Ulama) juga akan tampil dengan filem yg menceritakan kisah hidup pengasasnya, KH Hashim Asyaari? Judulnya mungkin 'Sang Kiai'? Mungkin Majelis Rasulullah pimpinan Habib Munzir al-Musawa juga akan menghasilkan 'Sang Pendakwah'? Yg menceritakan kisah dakwah Habib Munzir yg telah berjaya menghimpunkan sejuta umat Islam di kota Jakarta. Mudah-mudahan usaha beliau untuk menjadikan Jakarta sebagai Kota Rasulullah berhasil, insya Allah. JIL (Jaringan Islam Liberal) yg sesat itu pula mungkin akan tampil dengan Pak Nurcholis Majidnya, pentaklid Harvey Cox.


Lajnah Seni dan Budaya

PAS di Malaysia telah maju setapak ke hadapan apabila menubuhkan satu lajnah baru yg diwar-warkan penubuhannya dalam muktamar ke-56 baru-baru ini. Lajnah Seni dan Budaya. Satu lajnah yg saya kira bakal berhadapan dengan 1001 cabaran dalam mempromosikan hiburan alternatif di bumi Malaysia. Produk pertama lajnah ini ialah Konsert Naskhah Cinta yg diadakan di PUTIK ketika muktamar baru-baru ini. Melalui lajnah ini, saya percaya PAS mampu pergi lebih jauh dalam dakwahnya dan ini akan menjadi mimpi ngeri yg menakutkan UMNO. Saya amat teruja jika PAS berjaya menghasilkan filem sebagaimana PKS dan Muhammadiyah di Indonesia. Mungkin peribadi yg layak ditampilkan ialah mereka yg telah menghadap Allah dengan janjinya seperti Prof Burhanuddin al-Helmi yg sufi lagi haraki atau mungkin Ust Fadhil Noor yg amat tegas dan berani.


p/s: Saya sedang menunggu terbitnya animasi Aiman Kembara yg lebih berunsur dakwah, jika nak dibandingkan dengan animasi Upin dan Ipin. Tahniah Al-Azhar Media!

6 comments:

Affan Ruslan said...

Salam.
Hehe. Betul jugak tu.
Ni tak habis2 cerita melayu yg semakin kontroversi.
Sekarang dah berani berbogel, ikut barat.

al-aman said...

Kalau la yg berbogel tu perempuan... gawatttttt. Nasib baik Rais Yatim pun bangkang. Katanya pelakon kita terikut-ikut sangat dengan barat. Masih ingat lagi dulu dia suruh hentikan pengaraban budaya Melayu. Kononnya Melayu banyak terpengaruh dgn Arab. Dia x nampak bahawa ini pengaruh Islam, dia nampak ini pengaruh Arab. Hmm, dia lupa kot nama dia pun bahasa Arab. Tukar la nama jadi nama melayu klasik.. Tuah ke, Jebat ke.. hehe.

Anonymous said...

well-done!!!keep coming up with Islamic ideas...our faith need a 'purification' by removing foreign ideas that had been added in 'error'..bharap sgenap lapisan masyarakat akan bangun dari tidur dgn mbuka mata dan mlihat kemanisan hidup sebenar sbg seorang muslim...ya bukan hanya pd nama smata2 tp jadikan Islam sbg 1 gaya hidup n matlamat yg utama...

Hiromi Ichiban said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Assalamualaikum
kok tau sih kalau NU juga akan buat film dengan judul SANG KYAI? film tentang KH. HASYIM ASHARI akan tayang akhir mei 2013 di Indonesia dengan judul SANG KYAI

Unknown said...

Alhamdulillah :)
Islam Di Indonesia sudah semakin berkembang melalui media perfliman
I Love Indonesia
Bhineka Tunggal Ika :)

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin