:: Rumah Sewa 700
Kami ahli Rumah Sewa 700. Kami akan berpisah. Semua akan membawa haluan masing-masing. Sewa rumah akan dinaikkan lagi. Jadi sempena perpisahan ini, saya memohon jutaan kemaafan di atas segala kesalahan. Kalau ada di kalangan kita yg melakukan kesalahan dan sememangnya ada, maka saya amat yakin bahawa kesalahan itu berlaku tanpa sengaja dan tanpa disedari. Tidak sanggup si kawan sengaja menyakitkan hati kawannya. Walaubagaimanapun, kesalahan tanpa sengaja dan tanpa disedari itu sebenarnya berpunca daripada kecuaian dan kelalaian diri sendiri. Setiap manusia melakukan kesalahan. Kadang-kadang kesibukan harian menghambat sehingga tidak waras akal rasanya. Minta maaf semua! Segala hutang piutang, sila tuntut semula ya. Minta maaf sekali lagi.
__________________________________________________________
:: 'Buruh-Buruh' KPT di Ekspo Kitab ke-41
KPT telah menyediakan perkhidmatan membeli dan menghantar kitab sehingga ke pintu rumah. Yang menempah kitab dengan selamba tersenyum berangan-angan melihat kitab tersusun rapi di atas rak di rumah. Yang menguruskan kerja-kerja tempahan pula hampir nak mati. Mengangkat berkotak-kotak kitab. Macam buruh. Tadi, ada yg tiga kali berhenti semasa mengangkat kitab. Kasihan dia. Yang lain jauh meninggalkannya. Akhirnya kotak yg diangkatnya terlucut dari tangannya. Tidak mampu lagi menanggung beban. Kesimpulannya, hargailah penat lelah mereka. Jangan terlalu cerewet.
Jika terdapat hanya sedikit keaiban, maka terimalah seadanya. Ya, anda punya hak untuk memulangkannya. Tapi, berfikirlah dua kali. Walaupun, anda membayar lebih, namun masih belum setimpal dan senilai dengan penat lelah 'buruh-buruh' sukarela yg mulia ini. Perkhidmatan ini lebih bersifat kebajikan bukan perniagaan walaupun ada seciput keuntungan yg disalurkan kepada persatuan.
Jangan pula kitab-kitab yg dibeli dijadikan semata-mata penyeri bilik anda. Jadikanlah ia sebagai teman hidup anda. Tidak semestinya membaca sampai habis berkotak-kotak kitab yg dibeli, tapi merujuknya mesti.
Sekadar muhasabah di pagi hari.

4 comments:
menjaga kebajikan pelajar ialah manifesto utama kita sebagai pemimpin gerakan mahasiswa.
hebat ust fahmi ni..pe2 pun tq kerana mengajar ku mengenali erti ilmu....semoga ust fahmi sentasa di rahmati oleh ALLAH TAALA.
berat sama dipikul ringan sama dijinjing..us fahmi, bila kita nak wat daurah?
Thank you for writing and sharing this
Post a Comment