Sibuk, sibuk, sibuk. Kalau saya menganggap blog ini bukanlah satu wasilah dakwah, maka sudah lama saya tinggalkan dunia blog ini. Bahkan saya langsung tak akan wujudkan blog ini. Masa yg diperuntukkan selama 24 jam sehari seolah-olah tidak mencukupi untuk saya. Ke manakah masa saya menghilang? Saya perlukan masa tambahan. Jika tidak, masa untuk menulis blog perlu digantikan dengan kerja yg lebih utama. 'Mencari sebelum memberi.' Tapi oleh kerana ditinjau dari sudut dakwah dan dakwah itu luas medannya, di alam maya mahupun di alam siber, maka apa salahnya jika saya peruntukkan masa untuk menulis blog? 'Mencari sambil memberi.'
Lantaklah saya punya pengunjung mahupun tidak. Kalau tiada pengunjung sekalipun, saya tak akan berhenti menulis. Saya peduli apa. Saya akan terus berdegil. Walaubagaimanapun, saya akan terus cuba mengembangluaskan pengaruh blog ini agar mesej yg ingin disampaikan diterima oleh masyarakat di alam siber. Bahkan, tulisan-tulisan di blog ini juga sebenarnya akan saya cetak sebagai risalah tazkirah yg akan saya bentangkan kepada masyarakat kelak. Otak saya mesti selalu fikir tentang dakwah, dakwah dan dakwah.
Lagipun, ilmu-ilmu yg dibaca lebih elok jika dicatat kembali. Bak kata pepatah Arab,
كل علم ليس في القرطاس ضاع /// وكل سر جاوز الاثنين شاع
Maknanya lebih kurang seperti ini, "Setiap ilmu yg tiada di kertas akan hilang, setiap rahsia yg melebihi dua orang (yg mengetahuinya) akan tersebar."Maka, saya menganggap skrin laptop ini sebagai kertas tempat saya menulis maklumat. Bahkan, saya akan mula print segala tulisan saya yg difikirkan berguna untuk saya. Lebih mudah jika tulisan ini wujud dalam bentuk yg sebenar. Tidak perlu kepada elektrik dan internet. Dan lebih menepati syair di atas.
Jadi inilah kepentingan blog untuk saya. Jika ditanya, "Ada apa dengan blog?" Secara peribadi, saya akan menjawab, "Ada dakwah."
p/s: Artikel ini ditulis pada waktu saya sedang membasuh baju dan mengemas rumah. Saya masih bujang. Maka, semalam saya makan megi. Atau lebih tepat, indomee. Sekadar membebel.
5 comments:
BUAT SESUATU HANYA UTK ISLAM
Terima kasih kerana mengajarkan saya sebab untuk berblog.
pesanan kat bawah tu yang power tuh..ayat 'masih bujan'...cepatlah cari calon..hehe
To Rdhanz: Terima kasih kerana mengajarkan saya ilmu berkaitan blog.
To kembara: Untuk makluman, saya x berniat menulis posting ni utk mencari jodoh ya. Huhu. Saja je tulis tu. Bangga sebab kemas rumah. Biasanya perkara yg jarang kita buat, kita riuh la. Huhu. Dan jgk nk mengajak yg masih bujang menghargai masa bujang. Makan megi tu salah satu cara menghargai kot???
"Time is Time". Kita tak mampu memotong & menambahnya, yg boleh kite buat ialah urus/manage masa. 24jam seorang Jepun berbeza dengan 24 jam seorang Melayu, begitu juga jam dinding pukul 8 waktu Jepun berbeza dengan jam dinding pukul 8 di Nicaragua.. Apatahlagi masa wujud melalui himpunan dan bandingan peristiwa lalu yg dihimpunkan dlm minda kite. Kalo tak dibandingkan adakah wujud masa..
Baguzla aktif berblog, blog aku tue dah brp bln tido.. Abg Chik.
Post a Comment