Sunday, May 10, 2009

Adab-adab Ikhtilaf siri 1

Saya tak mampu untuk meneruskan penulisan tentang khilaf sebagaimana yg dirancang. Entah mengapa perbincangan tentang khilaf, bidaah dan yg berkait dengannya benar-benar mengganggu otak saya. Sebab-sebab berlakunya khilaf fiqh boleh dirujuk dalam kitab-kitab yg menimbun di perpustakaan. Saya akan jadi jemu untuk bicara soal khilaf. Isu yg tak pernah berkesudahan.

Kalau perbincangan tentang khilaf dari sudut fiqh perbandingan mazhab, maka ia memang menyeronokkan. Tapi jika dari sudut perbincangan untuk menghapuskan khilaf dan menyatukan semua pendapat, maka ia satu usaha yg sia-sia dan amat membosankan. Perhatikanlah sebab-sebab yg melahirkan perbezaan pendapat. Rujuklah kitab-kitab berkaitan. Sifar khilaf adalah mustahil. Memaksa orang lain mengikut pendapat yg dirasakannya betul adalah satu kebodohan. Berlapang dada merupakan jalan penyelesaian.

Cukuplah siri-siri tentang adab-adab ikhtilaf ini sebagai penutup kepada entri ini dan ini. Jika semua mengamalkan adab-adab dalam berkhilaf, maka insya Allah perbalahan akan semakin reda dan beransur-ansur selesai. Itulah yg dilaungkan para ulama dan du'at zaman berzaman. Akan tetapi, slogan "Tinggalkan perkara cabang" dikatakan menyekat perkembangan ilmu fiqh. Jika perkara cabang fiqh dikaji secara amanah dan berlapang dada, maka tiada yg menyeru supaya meninggalkannya bahkan itulah yg diajarkan di pusat-pusat pengajian. Masalahnya ialah setelah kajian selesai, wujudnya puak yg seakan-akan memaksa ke arah satu pendapat sahaja dan menganggap kononnya pendapat selain yg dianutinya itu batil! Slogan "Tinggalkan perkara cabang" bukannya bermaksud tinggalkan perbincangan tentangnya tapi tinggalkan perbalahan tentangnya.


Insya Allah, saya akan cuba menyelesaikan penulisan tentang adab-adab ikhtilaf ini! Saya akan cuba untuk tidak meleret-leret.

5 comments:

  1. jgnlah gaduh2 nanti ana bg syuklatah..huhu

    ReplyDelete
  2. Kalaulah pergaduhan ni dapat diselesaikan dengan hanya sekadar memberi hadiah coklat... saya sanggup beli satu bumi coklat untuk dihadiahkan... huhu

    ReplyDelete
  3. Emm..dlm permulaan tulisan ada disebut perkataan khilaf.kmdn disebut ikhtilaf.saya cdngkan nta rungkaikan dl perbezaan antara khilaf dan ikhtilaf krn ana percaya ada di klngn pbaca adalh dri klngn pbaca biasa yg bkn dri bidang spt kita.harap ambil perhatian.

    ReplyDelete
  4. mmg pun..kmi pun "di kalangan pembaca biasa"dh byk khilaf ngan istilah2..di dlm artikel ni...huhu

    ReplyDelete
  5. Insya Allah, saya cuba untuk merungkaikan permasalahan tu... huhu

    ReplyDelete