Monday, February 23, 2009

Letupan di Kaherah 22/2/2009



Pihak berkuasa Mesir menyatakan bahawa letupan yg berlaku malam semalam di sebuah taman di hadapan Masjid Husain yg terletak di pusat bandar Kaherah telah membunuh seorang warga Perancis dan mencederakan 18 orang yg kebanyakan warga asing.

Kementerian Dalam Negeri pula menjelaskan bahawa mangsa-mangsa yg cedera ialah 10 orang pelancong Perancis dan Jerman, 3 orang warga Arab Saudi dan 4 orang warga tempatan. Akhbar Perancis melaporkan, Presiden Perancis menyatakan beliau sangat terkesan dengan kematian seorang pelancong Perancis yg berumur 17 tahun.

Pihak Kementerian Dalam Negeri menjelaskan petunjuk awal menunjukkan bahawa bahan letupan diletakkan di bawah sebuah bangku batu di tempat kejadian. Dan ini telah disahkan oleh ujian makmal.

Pihak akhbar juga menyatakan berdasarkan laporan pihak keselamatan, terdapat bom lain yg telah berjaya dihapuskan sebelum ia meledak.

Jemaah Ikhwanul Muslimin dalam kenyataannya mengutuk serangan tersebut dan menyatakan bahawa mereka menolak setiap bentuk keganasan yg dilakukan untuk apa-apa tujuan sekalipun.

Sumber: aljazeera.net

Saya masih belum mengantuk. Maka, saya buat laporan tidak rasmi sempena Hari Keluarga dan Mahabbah Anak-Anak Terengganu HIKMAT 2009 anjuran Keluarga Penuntut-Penuntut Terengganu(KPT). Alhamdulillah, dengarnya semua acara berlangsung dengan meriahnya. Malangnya, saya tidak dapat mengikuti sepenuhnya perjalanan program kerana urusan-urusan yg tidak dapat dielakkan. Walaubagaimanapun, acara sukaneka siang tadi tetap dihiasi sorak gembira. Suara anak-anak Terengganu memecahkan kesunyian waktu pagi di Perlembahan Nil ini. Tiada cacat celanya acara sukaneka tadi tanpa kewujudan saya.


Sebentar tadi, acara kuiz, pantun, sajak dan nasyid telah berlangsung. Macam-macam ragam dapat dilihat. Semua kelihatan ceria dan riang sekali. Saya juga turut terhibur. Saya tak mahu komen banyak-banyak. Nanti ada yg malu. Nanti ada yg marah. Harapnya tema HIKMAT 2009 dapat direalisasikan. Tema kali ini terdapat sedikit kelainan. Mungkin disebabkan kewujudan pelajar-pelajar Perubatan. Tema kali ini berbunyi, "The More We Get Together, The Happier We'll Be." Dan Insya Allah, objektif kali ini juga akan dapat diterjemahkan daripada sekadar tulisan kepada amali.

Sempena HIKMAT 2009 ini, saya telah ditaklifkan untuk menjadi panel pembuat soalan kuiz bagi Kategori Ilmu dan Ulama. Daripada sejumlah spotlight yg menetap di bumi Mesir ini, sebatang mancis juga yg dipilih. Daripada sejumlah ikan paus, seekor ikan bilis juga yg dilantik. Maka, saya dengan berbesar hatinya menyahut permintaan ini. Atas dasar husnu dzon terhadap saya, saya ucapkan, " Jazakumullah!"

Oleh kerana acara kuiz telah pun berlangsung, saya rasa tak salahnya jika saya bocorkan soalan-soalan yg telah saya buat. Untuk tujuan ilmu insya Allah. Peserta diberi pilihan untuk memilih nombor soalan. Jadi ada beberapa soalan yg tidak dipilih. Maka, baki soalan ini tidak akan saya dedahkan. Mungkin boleh dimasukkan ke dalam Bank Soalan Kuiz untuk HIKMAT yg akan datang.

Ada juga seorang pelajar Perubatan yg mencadangkan agar selepas ini diadakan juga kategori khas untuk soalan Perubatan. Katanya berkerut dahinya apabila mendengar soalan-soalan yg telah diajukan. Katanya, dia ingin melihat si ustaz pula yg berkerut dahi apabila dilontarkan soalan berkaitan perubatan. Cadangan yg baik. Pihak Jawatankuasa Program perlu pertimbangkan cadangan sebegini.

Ini merupakan soalan-soalan yg telah dijawab oleh peserta sebentar tadi. Tahniah kepada kumpulan D yg menjadi johan. Juga kepada kumpulan C, B dan A. Faham-fahamkan kenapa saya menyusun kumpulan dengan mendahulukan kumpulan C, B dan akhir sekali A. Ada hikmahnya di situ. :)

Soalan Kuiz HIKMAT 2009 [Kategori B: Ilmu dan Ulama]


Pusingan 1: Soalan Objektif

Pusingan 2: Soalan Subjektif


Pusingan 1: Soalan Objektif:


  1. Pada tahun berapakah Imam Suyuti meninggal dunia?
  1. 911 H
  2. 1115 H
  3. 807 H
  4. 325 H

Jawapan : A


  1. Kitab Kashfuz Zunun ‘an Asamil Kutub wal Funun menghimpunkan 14501 nama2 kitab dan risalah, dan 9512 nama2 pengarang kitab. Siapakah nama pengarang kitab Kashfuz Zunun?
  1. Haji Khalifah
  2. Haji Ahmad
  3. Imam Suyuti
  4. Ibnu Rejab Al-Hanbali

Jawapan: A. Al-Allamah As-Syeikh Mustafa b Abdillah Al-Hanafi Al-Istanbuli. Juga dikenali dgn nama Katib Jalabi


  1. Berikut merupakan murid2 Imam Syafie kecuali…
  1. Harmalah b Yahya
  2. Abu Ya’kub Al-Buwaiti
  3. AL-Karobisi
  4. Waki’ b Al-Jarroh

Jawapan: D. Syeikh kpd Imam Syafie. Muhaddith Negara Iraq


  1. Dalam kitab Bulughul Maram, apabila Imam Ibnu Hajar menyebut Akhrojahu Arbaah maka mereka ialah imam2 berikut kecuali…
  1. Imam Abu Daud
  2. Imam Muslim
  3. Imam Tirmizi
  4. Imam An-Nasaie

Jawapan:B. Yg dimaksudkan ialah Ashabus Sunan yg 4. Seorang lagi: Ibnu Majah.


  1. Antara kitab2 Dr Muhammad Said Ramadhan Al-Buti ialah…
  1. Al-Iqna’
  2. Ar-Rukhos As-Syarieyyah
  3. Kubra Al-Yaqiniyat Al-Kauniyah
  4. Tabyin Kazbil Muftari

Jawapan: C.


  1. Berikut merupakan kitab2 muktamad bagi Syiah Imamiyyah kecuali…
  1. Al-Kafi
  2. At-Tahzib
  3. Al-Istibsor
  4. Al-Qoddob Al- Mushtahir

Jawapan: D. Al-Qoddob Al-Mushtahir ‘ala Riqob Ibnil Mutohhir karangan Imam Fairuz Abadi, kitab yg menghentam Syiah


  1. Siapakah pengarang kitab Al-Isobah fi Tamyiz As-Sohabah?
  1. Ibnu Hajar Al-Asqolani
  2. Ibnu Hajar Al-Haitami
  3. Syeikh Abdul Fattah Abu Ghudah
  4. Dr. Yusuf Al-Qaradawi

Jawapan: A.


  1. Berikut merupakan Masodir mazhab Hanbali kecuali…
  1. Qiyas
  2. Qoul Ahli Madinah
  3. Ijma’
  4. Sadduz Zaraie’

Jawapan: B. Masdar Mazhab Maliki


9. Siapakah yg mengarang kitab Takmilah Majmuk sebelum dilengkapkan oleh Syeikh Al-Mutie’?

A. Ibnu Hajar Al-Haitami

B. Taqiuddin As-Subki

C. Tajuddin As-Subki

D. Imam Romli

Jawapan: B. –Nama sebenarnya, Imam Ali b Abd Kafi As-Subki.


10.Kitab Irsyadul Fuhul yg membicarakan ilmu Usul Fiqh merupakan kitab karangan…

  1. As-Syaukani
  2. As-Son’ani
  3. Ar-Razi
  4. Al-Ghazali

Jawapan: A. –Imam Muhammad b Ali As-Syaukani , meninggal pd tahun 1250 H


11.Berikut merupakan kitab2 dalam ilmu Mustolah Hadith kecuali…

  1. Tadrib Ar-Rowi
  2. Muqaddimah Ibn Solah
  3. Nukhbatul Fikar
  4. Sofwatuz Zubad

Jawapan: D. Matan Fiqh Syafie.


12.Berikut merupakan kitab yg mensyarahkan matan Abi Syujak kecuali…

  1. Al-Iqna’
  2. An-Nihayah
  3. Fathul Qorib
  4. Manhajut Tullab

Jawapan: D. Kitab Mukhtasar bagi Minhajut Tolibin, karangan Syeikhul Islam Zakaria Al-Ansori


Pusingan 2: Soalan Subjektif:


  1. Kitab Lathoiful Maarif fi ma li Mawasimil ‘Am minal Wazoif menceritakan tentang bulan2 Islam. Siapakah pengarangnya?

Jawapan: Ibnu Rejab Al-Hanbali


  1. Kitab Syamail Muhammadiyyah karangan Imam Tirmizi telah disyarahkan oleh Imam Ibrahim Al-Bajuri. Apakah nama kitab tersebut?

Jawapan: Al-Mawahib Al-Laddunniyyah ‘ala Syamail Muhammadiyyah


  1. Kitab Al-Funun menbincangkan pelbagai jenis ilmu spt Tafsir, Fiqh, Usul Fiqh, Usuluddin, Nahu, Lughah, Tarikh dsb. Dikatakan jumlahnya ialah 800 jilid. Siapakah pengarangnya?

Jawapan: Abul Wafa’ Ibnu ‘Aqil Al-Hanbali


  1. Gelaran Sohiba Abi Hanifah ialah untuk 2 orang imam iaitu Imam Abu Yusuf dan?

Jawapan: Imam Muhammad b Hasan As-Syaibani


  1. Siapakah pengarang kitab Tafsir Al-Kashhaf?

Jawapan: Az-Zamakhshari


  1. Siapakah ulama yg mengarang kitab Al-Mughni ‘an Hamlil Asfar fi Takhriji Ma fil Ihya’ min Akhbar? Iaitu kitab yg mentakhrihkan hadith2 di dalam Ihya’ Ulumiddin.

Jawapan: Al-Hafiz Al-Iraqi –Zainuddin Abul Fadl Abd Rahim ibn Husain Al-Iraqi


  1. Al-Majmuk, karangan Imam Nawawi merupakan kitab yg mensyarahkan kitab apa?

Jawapan: Al-Muhazzab, karangan Abu Ishak As-Syirazi


  1. Sebutkan mazhab awal Imam Abu Hasan Asyaari sebelum berpindah ke mazhab Ahlu Sunnah wal Jamaah.

Jawapan: Muktazilah


  1. Syarah Ibnu Aqil merupakan kitab nahu yg mensyarahkan matan…

Jawapan: Alfiah ibn Malik


  1. Pada tahun berapakah Imam Muslim meninggal dunia?

Jawapan: 261 H


  1. Apabila disebut Al-Muhashhi dalam kitab Hashiyah Al-Baijuri, maka ia merujuk kepada Imam…

Jawapan: Al-Birmawi


  1. Imam Syafie lahir pada tahun…

Jawapan: 150 H, di Gaza.


Soalan selesai...


p/s: Akhirnya, blog ini terupdate jua.

Sunday, February 15, 2009

Ada apa dengan blog?

Sibuk, sibuk, sibuk. Kalau saya menganggap blog ini bukanlah satu wasilah dakwah, maka sudah lama saya tinggalkan dunia blog ini. Bahkan saya langsung tak akan wujudkan blog ini. Masa yg diperuntukkan selama 24 jam sehari seolah-olah tidak mencukupi untuk saya. Ke manakah masa saya menghilang? Saya perlukan masa tambahan. Jika tidak, masa untuk menulis blog perlu digantikan dengan kerja yg lebih utama. 'Mencari sebelum memberi.' Tapi oleh kerana ditinjau dari sudut dakwah dan dakwah itu luas medannya, di alam maya mahupun di alam siber, maka apa salahnya jika saya peruntukkan masa untuk menulis blog? 'Mencari sambil memberi.'

Lantaklah saya punya pengunjung mahupun tidak. Kalau tiada pengunjung sekalipun, saya tak akan berhenti menulis. Saya peduli apa. Saya akan terus berdegil. Walaubagaimanapun, saya akan terus cuba mengembangluaskan pengaruh blog ini agar mesej yg ingin disampaikan diterima oleh masyarakat di alam siber. Bahkan, tulisan-tulisan di blog ini juga sebenarnya akan saya cetak sebagai risalah tazkirah yg akan saya bentangkan kepada masyarakat kelak. Otak saya mesti selalu fikir tentang dakwah, dakwah dan dakwah.

Lagipun, ilmu-ilmu yg dibaca lebih elok jika dicatat kembali. Bak kata pepatah Arab,

كل علم ليس في القرطاس ضاع /// وكل سر جاوز الاثنين شاع
Maknanya lebih kurang seperti ini, "Setiap ilmu yg tiada di kertas akan hilang, setiap rahsia yg melebihi dua orang (yg mengetahuinya) akan tersebar."

Maka, saya menganggap skrin laptop ini sebagai kertas tempat saya menulis maklumat. Bahkan, saya akan mula print segala tulisan saya yg difikirkan berguna untuk saya. Lebih mudah jika tulisan ini wujud dalam bentuk yg sebenar. Tidak perlu kepada elektrik dan internet. Dan lebih menepati syair di atas.

Jadi inilah kepentingan blog untuk saya. Jika ditanya, "Ada apa dengan blog?" Secara peribadi, saya akan menjawab, "Ada dakwah."


p/s: Artikel ini ditulis pada waktu saya sedang membasuh baju dan mengemas rumah. Saya masih bujang. Maka, semalam saya makan megi. Atau lebih tepat, indomee. Sekadar membebel.

:: Rumah Sewa 700

Kami ahli Rumah Sewa 700. Kami akan berpisah. Semua akan membawa haluan masing-masing. Sewa rumah akan dinaikkan lagi. Jadi sempena perpisahan ini, saya memohon jutaan kemaafan di atas segala kesalahan. Kalau ada di kalangan kita yg melakukan kesalahan dan sememangnya ada, maka saya amat yakin bahawa kesalahan itu berlaku tanpa sengaja dan tanpa disedari. Tidak sanggup si kawan sengaja menyakitkan hati kawannya. Walaubagaimanapun, kesalahan tanpa sengaja dan tanpa disedari itu sebenarnya berpunca daripada kecuaian dan kelalaian diri sendiri. Setiap manusia melakukan kesalahan. Kadang-kadang kesibukan harian menghambat sehingga tidak waras akal rasanya. Minta maaf semua! Segala hutang piutang, sila tuntut semula ya. Minta maaf sekali lagi.

__________________________________________________________


:: 'Buruh-Buruh' KPT di Ekspo Kitab ke-41
KPT telah menyediakan perkhidmatan membeli dan menghantar kitab sehingga ke pintu rumah. Yang menempah kitab dengan selamba tersenyum berangan-angan melihat kitab tersusun rapi di atas rak di rumah. Yang menguruskan kerja-kerja tempahan pula hampir nak mati. Mengangkat berkotak-kotak kitab. Macam buruh. Tadi, ada yg tiga kali berhenti semasa mengangkat kitab. Kasihan dia. Yang lain jauh meninggalkannya. Akhirnya kotak yg diangkatnya terlucut dari tangannya. Tidak mampu lagi menanggung beban. Kesimpulannya, hargailah penat lelah mereka. Jangan terlalu cerewet.

Jika terdapat hanya sedikit keaiban, maka terimalah seadanya. Ya, anda punya hak untuk memulangkannya. Tapi, berfikirlah dua kali. Walaupun, anda membayar lebih, namun masih belum setimpal dan senilai dengan penat lelah 'buruh-buruh' sukarela yg mulia ini. Perkhidmatan ini lebih bersifat kebajikan bukan perniagaan walaupun ada seciput keuntungan yg disalurkan kepada persatuan.

Jangan pula kitab-kitab yg dibeli dijadikan semata-mata penyeri bilik anda. Jadikanlah ia sebagai teman hidup anda. Tidak semestinya membaca sampai habis berkotak-kotak kitab yg dibeli, tapi merujuknya mesti.

Sekadar muhasabah di pagi hari.

Sunday, February 1, 2009

Menjejaki Syeikhul Islam Mustafa Sabri

Syeikhul Islam Mustafa Sabri
Kubur Syeikhul Islam Mustafa Sabri akhirnya ditemui. Misi kami pada petang Jumaat itu berjaya. Saya, Ustaz Munir dan Doktor Anas berpuas hati. Alhamdulillah, segala-galanya berjalan lancar. Saya akan menceritakan tentang peribadi Syeikhul Islam ini dalam posting yg lain.

Sudah 3 tahun lebih saya melalui jalan yg sama tapi tidak pernah saya perasan kewujudan papan tanda tersebut. Kali pertama saya perasan ialah ketika pulang daripada peperiksaan, menaiki teksi. Kebetulan, jalan sesak. Teksi terpaksa bergerak perlahan. Ketika itu kami berada di kawasan perkuburan. Maka, tatkala itulah saya terpandang sebuah papan tanda kecil di dinding sebuah bangunan. Akan tetapi, saya agak ragu. Adakah Syeikhul Islam dikebumikan di sini?


Apabila tiba di rumah, saya mencari-cari kitab karangan Syeikhul Islam. Satu-satunya kitab karangan Syeikhul Islam yg saya miliki, tajuknya Qouli fil Mar'ah. Malangnya, ia tidak memuatkan biodata beliau. Seingat saya, perpustakaan di Rumah KPT ada tersimpan kitab karangan beliau, Mauqiful 'Aqli wal... Saya memulakan pencarian. Tujuan utama hanya untuk mendapatkan maklumat tentang lokasi kubur beliau. Juga tiada biodata beliau.

Jadi, saya terpaksa menggoogle untuk mencari maklumat ini. Walaupun sejak awal lagi saya memang boleh merujuk kepada Encik Google tapi akhlak penuntut ilmu cuba saya amalkan. Rujukan utama untuk ilmu bukanlah internet. Tapi ketika mana terlalu berhajat, maka harapnya dimaafkan. Kaedah fiqhiyyah menyebut,' الحاجة تنزل منزلة الضرورة '. Maklumat ditemui. Terima kasih Islamweb.

Ya, beliau memang meninggal dunia di Mesir dan dikebumikan di Mesir. Beliau meninggal pada tahun 1373 Hijrah bersamaan 1954 Masihi. Saya yakin di situlah tempatnya. Tulisan pada papan tanda itu bukan tulisan Arab. Sangkaan saya mengatakan ia ditulis dalam bahasa Turki. Tulisannya rumi tapi bukan bahasa Inggeris. Mungkin ditulis sendiri oleh orang Turki untuk memberitahu lokasi kubur syeikh besar pada zaman Khilafah Turki Uthmaniah. Misi untuk menjejaki Syeikhul Islam mesti dilakukan.

Maka, saya menetapkannya pada hari Jumaat. Misi bermula setelah solat Jumaat di Masjid Al-Azhar. Kami menaiki bas 24 Jim. Lalu, kami berhenti berdekatan kawasan bangunan yg tertampal padanya papan tanda kecil itu. Kami berjalan dan terus berjalan. Sambil mata kami meliar mencari-cari tulisan berkaitan. Kami berundur kembali ke belakang dan terus mencari. Alhamdulillah, misi menjejaki kubur Syeikhul Islam akhirnya berjaya tapi setelah sesat beberapa ketika dan disalak anjing. Kubur beliau terletak dalam sebuah kawasan yg dikelilingi pagar batu. Pintu pagarnya pula dikunci dengan mangga.

Kubur Syeikhul Islam Mustafa Sabri

Kebetulan penjaga kubur Syeikhul Islam ada di situ. Lalu kami meminta beliau membukakan pintu untuk kami. Kami masuk lalu membaca Al-Fatihah dan berdoa. Di sekitarnya terdapat 3 buah kubur yg lain. Salah satunya kubur seorang ulama Al-Azhar. Jika ada kesempatan saya akan menulis tentang Syeikhul Islam Mustafa Sabri, insya Allah.

Batu nisan yg telah patah


Serpihan batu nisan yg disimenkan


Tertera, 1286 Hijrah - 1373 Hijrah. Hanya sebahagian kecil tulisan pada kepingan batu ini ditulis dalam bahasa Arab. Abjadnya abjad Arab tapi bukan bahasa Arab. Mungkin seperti tulisan jawi di Tanah Melayu satu ketika dahulu.


Kubur di sebelah kiri gambar merupakan kubur seorang ulama Al-Azhar


Misi berjaya!

p/s: Klik gambar untuk paparan lebih besar.

Blog Widget by LinkWithin