Saturday, February 6, 2010

Selamat tinggal!

Tiada apa yg mahu dicoretkan. Sekadar memaklumkan jadual penerbangan pulang ke tanah air. Doakan agar segalanya dipermudahkan. Amiinnn.

Saya akan bertolak pada 8 Feb 2010, jam 12.15 am (waktu Mesir) dari Terminal 3, Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah.




Insya Allah akan tiba di KLIA pada 8 Feb 2010, jam 3.50 pm (waktu Malaysia) di Terminal M. Di kesempatan ini saya ingin memohon maaf kepada semua. Jazakumullah juga kepada semua. Gunakan kesempatan berada di bumi Mesir ini dengan sebaik-baiknya. Kepada adik-adik perubatan khasnya ahli-ahli usramedic, manfaatkan keberadaan di Mesir dengan menghimpunkan ilmu agama dan ilmu perubatan. Jangan lupa tugas dakwah! Selamat tinggal Al-Azhar. Selamat tinggal Sayyiduna Husain radiyallahuanhu. Selamat tinggal para ulama dan auliya. Selamat tinggal kawan-kawan. Selamat tinggal... Selamat tinggal... Selamat tinggal... Selamat tinggal Mesir, bumi para nabi. Saya sedang berfikir apa yg ingin dibawa pulang untuk keluarga tercinta...

p/s: Saya mahu shopping dengan Ust Manan. Manan, anda masih dibuai mimpi atau sudah jaga?

Easy Cafe, H 10, Madinah Nasr

2 comments:

IBNUIDIRIS said...

Tabarakallah...
moga dipermudahkan segala urusan..
sedihnya..hilangnya seorang murobbi
barakahallahgufik..syukaran alla kulli hal

al-aman said...

Alhamdulillah... segala urusan penerbangan dipermudahkan.. yg susahnya ialah bila dh smpai... cabaran demi cabaran datang menduga.. doakan ambe yg lemah ini...

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin