Saya tertarik dengan kisah di akhir matan sebuah hadith riwayat Imam Bukhari rahimahullah. Kisah cinta satu pasangan Yahudi yg berzina lalu dijatuhkan hukuman rejam, setelah thabit wujudnya hukuman ini di dalam kitab Taurat walaupun hukuman ini cuba untuk disembunyikan oleh Yahudi ketika itu.
"... maka Baginda memerintahkan kedua-duanya (direjam) maka mereka berdua direjam dekat dengan tapak perkuburan di sisi masjid lalu aku melihat si lelaki mencondongkan badannya kepada si perempuan untuk melindunginya daripada terkena batu." (Riwayat Bukhari)
Si lelaki Yahudi itu berjaya membuktikan kecintaannya kepada buah hatinya sebelum menghembuskan nafas yg terakhir. Bahkan bukti cinta itu juga disaksikan masyarakat sekitarnya sehingga perawi hadith iaitu Ibnu Umar radiyallahuanhuma menyebut tentangnya. Cinta lelaki yahudi itu dibuktikan sehingga ke titisan darah yg terakhir.
Bagaimana pula dengan cinta lelaki-lelaki Melayu pada hari ini? Ke manakah mereka menghilangkan diri setelah membuntingkan anak-anak gadis orang? Titik noktah kisah cinta mereka ialah setelah berakhirnya ayat-ayat pujukan dan rayuan. Cinta semata-mata berlampiaskan nafsu. Cinta yg hanya dibuktikan sehingga ke titisan ........ yg terakhir sahaja, tidak lebih dari itu. Setelah puas, mereka lesap. Kekasih ditinggalkan menangis sendirian. Menangislah air mata darah sekalipun, jika sudah ditakdirkan Allah, perut yg pada asalnya kempis akan membesar.
Malaysia gempar dengan satu pendedahan terbaru iaitu seramai 17 303 anak luar nikah Melayu didaftarkan pada tahun 2009. Semua sedia maklum bahawa anak luar nikah a.k.a anak tidak sah taraf lahir melalui persetubuhan yg haram iaitu sama ada secara zina ataupun rogol. Oh, jika begitu ramai juga orang Melayu yg berzina. Zina ialah maksiat yg dilakukan sekurang-kurangnya antara dua individu iaitu secara berpasang antara lelaki dan perempuan. Tapi, bagaimana pula jika zina itu dilakukan secara beramai-ramai bahkan dianjurkan di tempat yg berlesen?! Gambar di bawah ini mungkin membantu menjawab persoalan yg timbul.
Saya tak pasti ini iklan zaman bila. Tapi yg saya pasti Melaka diperintah UMNO sejak zaman berzaman.
Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Alwi Ibrahim, berkata bilangan itu meningkat 762 kes berbanding tahun sebelumnya. Pada 2008 seramai 16,541 anak luar nikah didaftarkan di JPN manakala pada 2007 seramai 16,100 orang. Malaysiaku memang cemerlang.
# Anak luar nikah tidak semestinya lahir daripada persetubuhan suka sama suka bahkan juga melalui jenayah rogol. Cuma saya berkhayal, bagaimanakah jika sejumlah besar anak luar nikah ini lahirnya memang hasil daripada zina. Maka, angka belasan ribu ini akan terhasil hanya jika sekurang-kurangnya berbelas-belas ribu pasangan telah berzina, lalu sperma si lelaki berjaya mensenyawakan ovum si perempuan. Dipendekkan cerita, bayi-bayi pun lahir dan seramai berbelas-belas ribu yg didaftarkan di JPN.
# Tapi, bagaimana pula jika ada bayi-bayi yg lahir tidak didaftarkan, bahkan dibuang sesuka hati? Berapa pula angka pasangan berzina yg terlibat dalam kes buang bayi? Malaysia mungkin berpeluang cerah menjadi juara dunia bagi acara buang bayi. Malaysia Boleh!
# Bagaimana pula jika bayi-bayi yg mana sains menghukum bahawa mereka sepatutnya lahir ke dunia, namun hukum Allah mendahului lalu mereka mati akibat digugurkan atau keguguran? Berapa pula angka pasangan berzina yg terlibat dalam kes pengguguran atau keguguran ini?
# Baiklah, bayi-bayi itu lahir atau sepatutnya lahir biasanya apabila hubungan zina dilakukan tanpa menggunakan kondom. Jika begitu berapa pula angka pasangan berzina dengan menggunakan kondom?
# Itu jika yg berzina. Bagaimana pula jika tidak berzina tapi cuma 'ringan-ringan' yg berat di sisi syarak?!
# Hmmm, berapakah jumlah kes rogol yg dilaporkan dan mengakibatkan kehamilan lalu melahirkan anak? Berapakah pula kes rogol yg dilaporkan tapi tidak mengakibatkan kehamilan? Berapakah pula kes rogol yg langsung tidak dilaporkan?!
# Oh ya, jangan lupa yg 17 303 itu angka anak luar nikah berbangsa Melayu! Ketuanan Melayu!
# Kesimpulannya cinta Melayu melahirkan ribuan anak luar nikah. Inikah sahaja bukti cinta Melayu?! Ada lagi, buang bayi juga bukti cinta Melayu! Berapakah kes buang bayi tahun 2009?
p/s: Apabila saya menyebut cinta Melayu maka saya maksudkan ialah cinta sebahagian orang Melayu bukan kesemuanya. Orang Melayu yg tak terlibat jangan pula terasa ya! Saya tahu cinta anda ialah cinta sejati.
11 comments:
terima kasih utk peringatan di atas..smoga Allah selamatkan n beri hidayah kita sebelum terlambat..dan kita harus berusaha juga ke arah itu..bukan hanya menunggu
lupa pulak nk btanya pendapat saudara al aman...apa pula pendapat saudara tentang cinta sebelum kahwin...atau memendam perasaan terhadap seseorang...adakah ia dibolehkan atau diharamkan dan perlu dijauhkan sama sekali??
terima kasih atas peringatan saudara :) tapi kelihatan saudara mahu memburuk-burukkan pihak umno, dan saya rasa itu tidak perlu.
saya tidka layak beri pendapat dalam isu ni. Saya mengambil pendapat ulama, cinta sebelum kahwin dan segala perkara yg menjurus ke arah itu hukumnya haram.
Adapun perasaan cinta yg terdetik di hati ialah perkara biasa kerana naluri lelaki cintakan wanita, begitu juga sebaliknya. Cinta x boleh dipaksa, ia datang dengan tiba-tiba. Maka, yg salah ialah cara menyalurkan cinta itu dan satu-satunya jalan halal hanyalah kahwin.
Tentang UMNO, saya fikir jika terus dibiarkan,maka murtad akan terus berkembang, maksiat bermaharajalela... apakah langkah UMNO ke arah membasminya? Yg kelihatan hanya ke arah memajukan industri maksiat dan itu perlu disekat. Di kawasan saya, nyaris2 satu konsert akan diadakah bertepatan dgn tarikh sambutan maulid, mujurlah bantahan dibuat. Kami membuat bantahan bukan kerana konsert hanya haram pd sambutan maulid cuma kami terpaksa berhujah dengan hujah sila hormati maulid, kami tahu mereka x akan berhenti jika bantahan semata-mata kerana hukumnya haram. Saya kenal masyarakat kawasan saya. Cukuplah dengan hiburan yg sedia ada sudah berjaya untuk merosakkan kami. Jangan rosakkan kami. Saya bukan benci zat orang UMNO tapi tingkahlaku mereka. Maaf,ini cuma pendapat saya yg terdedah kpd betul ataupun salah.
allahuakhbar...
selamatkn malaysia dari terkena bala allah...
moga diriku yg cetek iman nya ini dijauhi daripada semua ini
amin
syukran di atas pjelasan di atas..rsnya saya perlu mbuang cinta tersebut walaupun ianya mendorong saya ke arah kebaikan...rsnya sekarang seperti saya sujud kepada Allah kerana mharapkan cinta manusia..astaghfirullahalazim....doakan saya berjaya bermujahadah hanya kerana Allah..
saya bukan mnolak pkahwinan ttapi cinta bertepuk sebelah tangan..dan bila saya mengadu hal ini kpd Allah sy mrasa tenang skali...sy rs spt sy tidak mmerlukan cinta dr kaum adam...mmg benar dgn mcintai Allah kita akan memiliki segala2nya wpon pd mata kasar manusia kita bersendirian(^_^)
Jodoh merupakan ketentuan Allah sejak azali, ia termasuk dalam kategori rezeki yg telah dijamin Allah, x akan lebih dan x berkurang. Dan cinta x semestinya membawa ke alam perkahwinan.
Akidah yg perlu dipegang ialah... andai makhluk seluruh dunia berusaha utk menyatukan pasangan yg bercinta, mereka pulang saling mencintai sepenuh hati dan perasaan, namun jika Allah telah menetapkan mereka x akan bersama, maka mereka tetap x akan bersama.. misal paling mudah, ketika akad telah pun berlangsung.. tp selesai lafaz akad, tiba-tiba ajal datang menjemput. siapa yg mampu menyekatnya? maka ketahuilah bahawa jodoh anda telah ditetapkan Allah.. tapi ini x menafikan usaha kerana usaha itu tuntutan namun hasilnya terserah kpd Tuhan. Berkata Imam Ibnu Ataillah, "Bersungguh2nya engkau pada perkara yg telah dijamin Allah.. dan lalainya engkau pada perkara yg dituntut Allah.. ialah tanda kpd hapusnya mata hatimu."
Andai makhluk seluruhnya berusaha utk memisahkan pasangan itu bahkan mereka juga saling membenci, namun jika Allah menetapkan mereka itu bersama.. maka mereka akan tetap bersama, hati yg benci bertukar sekelip mata menjadi cinta..
kesimpulan: cinta sebelum kahwin x menjamin apa2 bahkan mungkin hanya cinta nafsu yg dihiaskan syaitan agar ia tampak suci. jika semua faham perkara ni, mereka hanya akan serius bercinta setelah kahwin.
dh boleh buat posting baru ni huhu.. fullstop.
semua paham tp wat2 x paham kerana ikutkan nafsu..astaghfirullahalazim..pendek kata jika dh ada yg berkenan kt hati tu cepat2 lah kahwin yer..jgn beri byk alasan..insyallah pas kahwin Allah akan mudahkan segalanya bg kita if kita mementingkan syariat dr semua mende....hehe ape kate tuan umah??
Betul 3x..
hehe alhamdulillah..x lama lg mrasa nasi minyak saudara al aman ler kite yerr...jgn lupa menginvite pengikut setia nih(^_^)
Post a Comment