Tulisan ini ialah sebagai satu nota yg saya sediakan untuk adik-adik usrah medik. Ianya sebagai satu pendahuluan sebelum para 'doktor' ini memulakan 'pembedahan' mereka terhadap kitab 'As-Sirah An-Nabawiyyah Durus wa 'Ibar' karangan Doktor Mustafa As-Siba'ie Rahimahullah.
Berikut ialah apa yg mampu si hina ini tulis berkenaan tajuk 'Keistimewaan Sirah Nabawiyyah':
Segala puji dan puja diucapkan kepada Allah yg mengutuskan para RasulNya dengan berbekalkan keterangan dan petunjuk, untuk mengeluarkan manusia daripada kegelapan kesesatan kepada cahaya kebenaran. Selawat dan salam diucapkan kepada Sayyidina Muhammad, Rasul sebaik-baik Rasul yg menjadi penghulu dan penutup kepada sekalian Rasul. Baginda makhluk termulia dan paling sempurna pernah tercipta.
Sirahnya menjadi qudwah setiap mukmin dalam segala urusan kehidupannya, dari sekecil-kecil perkara sehingga sebesar-besar perkara. Dari urusan bangun tidur dan beristinjak sehinggalah kepada urusan ekonomi dan pemerintahan negara. Syariatnya merupakan sebaik-baik syariat yg amat sesuai dilaksanakan di mana-mana sahaja, pada bila-bila masa sahaja dan kepada sesiapa sahaja. Siapa yg menafikannya, maka terbatallah keimanannya walaupun tidak disedari!
Sirah Rasulullah Sollallahu'alaihiwasallam mempunyai keistimewaan yg tidak didapati pada sirah atau perjalanan hidup tokoh-tokoh dunia yg lain. Kehebatan Baginda tiada bandingannya. Antara keistimewaan-keistimewaannya ialah seperti berikut:
1-Sirah Nabawiyyah merupakan sirah paling sahih yg pernah dirakamkan sejarah.
Tiada pun sirah seorang nabi yg diutuskan atau seorang tokoh islah yg sesahih sirah Rasulullah Sollallahu'alaihiwasallam. Kisah kehidupan Rasulullah Sollallahu'alaihiwasallam telah sampai kepada kita melalui kajian ilmiah yg dilakukan oleh para ulama dan terbukti kesahihannya!
Keistimewaan ini tidak terdapat pada sirah nabi atau tokoh yg lain. Sebagai contoh, sirah Nabi Musa 'alaihissalam telah dicampur adukkan dengan tokok tambah yg dilakukan oleh Yahudi. Ini tidak memungkinkan kita untuk merujuk Taurat pada hari ini untuk mengetahui sirah sebenar Nabi Musa 'alaihissalam.
Pengkritik dari Barat menyatakan kesangsian mereka terhadap sebahagian kitab suci mereka. Mereka menegaskan bahawa sebahagian kitab itu tidak ditulis pada zaman kehidupan Musa 'alaihissalam ataupun selepas zamannya dalam jarak masa yg dekat tetapi ia ditulis selepas itu dalam jarak masa yg jauh tanpa diketahui pula siapa penulisnya. Ini sudah mencukupi untuk berasa syak terhadap sirah Musa 'alaihissalam yg terdapat dalam Taurat. Jadi tidak mungkin bagi seorang Muslim yg ingin mengetahui sirah Musa 'alaihissalam merujuk Taurat bahkan hendaklah dia merujuk apa yg disebut oleh Al-Quran dan Hadith yg sahih.
Begitu juga halnya dengan sirah Isa 'alaihissalam. Injil-injil yg diiktiraf secara rasmi oleh gereja seluruh dunia pada hari ini diakui ditulis ratusan tahun selepas zaman Isa. Injil-injil ini telah dipilih daripada ratusan injil yg tersebar di tangan-tangan Kristian pada waktu itu dan pemilihannya tidak berpandukan manhaj yg ilmiah. Bahkan penisbahan injil-injil ini kepada penulisnya juga tidak dapat dipastikan secara ilmiah. Ia tidak diriwayatkan dengan sanad yg bersambung kepada penulisnya. Pengkritik dari Barat juga berkhilaf tentang nama-nama penulis injil-injil ini dan pada zaman manakah mereka sebenarnya? Rujuk 'Is The Bible God's Word' karangan Ahmad Deedat Rahimahullah.
Jika beginilah keadaan sirah Nabi Musa dan Isa 'alaihimassalam yg dianuti agamanya oleh sejumlah besar penduduk dunia, maka bagaimana pula dengan kisah hidup tokoh-tokoh agama dan falsafah yg dianuti fahaman mereka oleh jutaan manusia yg lain seperti Buddha dan Confucius? Riwayat-riwayat yg dinukilkan oleh pengikut mereka langsung tidak bersumberkan sumber yg dipercayai pada kaca mata kajian ilmiah. Bahkan ianya dihiasi dengan pendustaan oleh pendita-pendita mereka. Kemudian berlaku pula tokok tambah daripada generasi seterusnya.
Maka, sirah yg paling sahih, tepat dan mutawatir ialah sirah Nabi Muhammad Sollallahu'alaihiwasallam. Antara keistimewaan agama ini ialah sanadnya yg tidak terdapat pada mana-mana agama atau fahaman lain!
2-Kisah hidup Rasulullah diceritakan dengan jelas pada setiap peringkat kehidupannya.
Sejak dari peristiwa perkahwinan ibubapanya, Abdullah dan Aminah sehinggalah kepada kewafatan Rasulullah Sollallahu'alaihiwasallam. Kita mengetahui banyak peristiwa yg berlaku ketika kelahirannya, zaman kanak-kanaknya, zaman remajanya, pekerjaannya sebelum menjadi nabi, pengembaraannya ke luar Mekah sehinggalah Baginda diangkat menjadi Nabi. Kemudian kita mengetahui dengan teliti dan terperinci tentang segala keadaannya selepas kerasulannya. Maka, betapa terangnya sirah Rasulullah Sollallahu'alaihiwasallam umpama terangnya mentari yg memancar!
Sehingga pengkritik dari barat mengatakan bahawa, “Muhammadlah satu-satunya manusia yg lahir di atas sinaran mentari!” Kisahnya terlalu jelas, bahkan segalanya diriwayatkan secara bersanad!
Kita tidak mengetahui secara jelas kisah Nabi Musa 'alaihissalam ketika zaman kanak-kanaknya, zaman remajanya dan jalan hidupnya selepas kenabian. Kita hanya mengetahui sedikit tentang kehidupannya selepas kenabian. Maka, ini tidak mampu memberikan kita gambaran lengkap berkenaan peribadi Nabi Musa 'alaihissalam.
Begitu juga dengan Nabi Isa 'alaihissalam. Kita tidak tahu tentang zaman kecilnya melainkan apa yg disebut oleh injil-injil pada hari ini bahawa Nabi Isa 'alaihissalam ketika berusia 12 tahun telah memasuki Haikal Yahudi di Jerusalem dan berdialog dengan pendita-pendita Yahudi sehingga mengejutkan semua. Inilah satu-satunya kisah zaman kecilnya yg disebut di dalam Injil! Kita juga tidak mengetahui kehidupannya selepas kenabiannya melainkan apa yg berkait dengan dakwahnya dan sedikit tentang cara hidupnya.
Maka, bandingkannya dengan apa yg disebut oleh sumber sirah nabawiyyah secara terperinci tentang kehidupan Rasulullah Sollallahu'alaihiwasallam dari sudut keperibadiannya, cara makan dan minumnya, cara berdiri dan duduknya, pakaiannya, cara percakapannya, pergaulannya dengan keluarga, sahabat dan jirannya serta ibadatnya. Bahkan ada perawi yg teramat teliti sehingga meriwayatkan bilangan uban yg terdapat pada rambut dan janggutnya!
3-Sirah Rasulullah Sollallahu'alaihiwasallam ialah hikayat sirah seorang manusia yg dimuliakan dengan kenabian dan kerasulan dan tidak mengeluarkannya daripada sifat kemanusiannya. Ia tidak dicemari cerita dongeng dan langsung tidak dinisbahkan kepadanya sifat ketuhanan.
Bandingkan sirah nabawiyyah dengan apa yg diriwayatkan oleh penganut Kristian dan penyembah berhala yg lain. Yang menariknya, kisah hidup Buddha terlalu banyak persamaannya dengan kisah Isa yg dianuti Kristian. Bahkan, buku-buku agama Buddha juga saling bertentangan kandungannya disebabkan berbezanya anutan mereka terhadap Buddha. Pengikut Buddha di Utara China mempertuhankan Buddha dan teks -teks yg ada pada mereka penuh dengan khayalan manakala di Selatan China pula pengikutnya lebih bersih daripada khayalan khurafat itu[1].
Oleh sebab itu, cara hidup mereka tidak dapat berpandukan cara hidup tokoh agama mereka. Dakwa ketuhanan terhadap Isa 'alaihissalam dan Buddha menyebabkan mereka tidak dapat menjadikan kedua-duanya ikutan dan teladan bagi seorang manusia samada dari sudut kehidupan peribadi ataupun kemasyarakatan. Lain pula keadaannya dengan Rasulullah Sollallahu'alaihiwasallam yg dianggap manusia contoh yg paling sempurna untuk diikuti dari setiap aspek. Rujuk Surah Al-Ahzab ayat 21.
Bersambung...
Rujukan:
As-Sirah An-Nabawiyyah Durus wa 'Ibar karangan Dr. Mustafa As-Siba'ie Rahimahullah.
Muqoronat Al-Adyan karangan Imam Muhammad Abu Zahrah Rahimahullah.
____________________________
Nota kaki:
[1] Tetapi ajaran Buddha bermula di India. Kebanyakan penganutnya terdapat di China dan Jepun.

0 comments:
Post a Comment