Alhamdulillah, majlis akad nikah Kak Ngah telah selesai. Semoga berbahagia hingga ke syurga! Maafkan saya, Kak Ngah. Saya tak mampu untuk hadiri majlis yg amat bermakna buat Kak Ngah. Saya tahu andainya saya minta support tiket kapal terbang untuk pulang ke Malaysia, mesti Kak Ngah akan segera tunaikan permintaan saya. Kalau bukan kerana majlis ini pun Kak Ngah sudah beritahu Kak Ngah sanggup support. Terima kasih, Kak Ngah.

Sabda Baginda,
والله في عون العبد ما كان العبد في عون أخيه
Maksudnya, "Allah akan membantu hambanya selagi hambanya itu membantu saudaranya." Riwayat Muslim. Insya Allah niat baik Kak Ngah akan Allah balas.

Tapi apakan daya, saya punya tanggungjawab yg perlu saya tunaikan. Doakan saya berjaya. Saya harap ketidakhadiran saya akan membuahkan kebanggaan dan kegembiraan untuk Kak Ngah satu hari kelak. Sedih juga sebab tak dapat hadir majlis Kak Ngah.

Tapi perasaan sedih ini telah bertukar sifat menjadi gembira. Gembira sekali saya apabila mendapat tahu majlis Kak Ngah diadakan pada bulan Rabiul Awwal yg mulia. Hakikatnya bulan ini menumpang kemuliaan Rasulullah Sollallahu'alaihiwasallam. Kalau bukan kerana lahirnya insan agung pada bulan ini, maka bulan ini tidaklah dimuliakan sebegini rupa.

Maka, majlis akad nikah Kak Ngah juga menjadi mulia kerana kemuliaan bulan ini yg menumpang kemuliaan Rasulullah, insya Allah. Majlis walimah juga meriah dengarnya. Alhamdulillah, tuntutan sunat muakkad telah Kak Ngah tunaikan. Sabda Baginda,
أولم ولو بشاة
"Buatlah kenduri kahwin walaupun dengan menyembelih seekor kambing." Riwayat Bukhari. Satu demi satu sunnah Nabi telah terlaksana.

Bahkan orang yg dijemput pula diwajibkan hadir jika tiada alasan munasabah. Sabda Baginda,
ومن لم يجب الدعوة فقد عصى ألله ورسوله
Maksudnya, "Sesiapa yg tidak memenuhi jemputan, maka dia telah menderhakai Allah dan Rasulnya." Riwayat Muslim. Ibnu Umar Radiallahu'anhu adalah antara orang yg paling kuat beramal dengan sunnah. Maka, beliau akan tetap menghadirkan diri apabila dijemput samada ke majlis walimah atau selain walimah walaupun dia sedang berpuasa.

Dengarnya sanak saudara dan jiran tetangga ramai yg hadir, Alhamdulillah. Kalau saya hadir pada hari itu, tentu saya dendangkan burdah di hadapan para tetamu yg hadir. :)

Saya tidak punya hadiah untuk diberikan. Bahkan Kak Ngah yg selalu berikan hadiah kepada saya. Insya Allah, saya akan berusaha untuk memastikan Kak Ngah tidak akan menyesal dengan hadiah-hadiah yg telah Kak Ngah berikan.

Kalau saya pandai bersajak, saya dah karang satu sajak. Tapi saya ini tidak puitis orangnya. Saya tidak pandai menyusun kata-kata. Saya tidak pandai bermadah pujangga. Tapi saya punya sesuatu yg lebih berharga. Harganya tidak akan terbayar dengan wang dan seluruh harta.

Iaitu sebuah doa yg telah Rasulullah wariskan. Maka, saya doakan Kak Ngah dan abang ipar, Abang Mustafa dengan doa yg telah diajarkan oleh Rasulullah Sollallahu'alaihiwasallam. Doa yg diriwayatkan oleh Imam Tirmizi, Abu Daud dan Ibnu Majah.

بارك الله لك وبارك عليك وجمع بينكما في خير

Selamat menempuh alam perkahwinan!

p/s: Buat kali keduanya blog ini mendoakan pasangan pengantin ! Kali pertama pada tahun lepas untuk Ustaz Azizi dan Ustazah Hura. Sekarang mereka jadi pengantin kurang baru. Jadi, sekarang saya sedang menanti untuk membaca doa ini untuk ...?

4 comments:

Anonymous said...

Selamat berbahagia k ngah dan suaminya. Nanti balik Malaysia boleh jumpa mereka.

Insya Allah, kami call mereka dari jauh :)

al-aman said...

Cik de, Ayah de dah start menulis kan? ada apa2 lagi yg boleh kami bantu?

Baru ni masa cari tesis d Cairo Uni. kami pergi dgn penuh selamba. Pakai jubah n kain pelekat... dan pakai selipar. Masa dlm library, kami telah melanggar peraturan2 library. Manan minum air dlm library. Fahmi pulak dgn selamba jawab telefon. Nasib baik x kena warning keluar library. Huhu

toqki said...

ana menanti doa ini khas buat penulis lah
weeding of year nmpknye nnt
bertuahnya wanita yg memilki rijal spt fahmi!!!

d'udin said...

kita tunggu bacaan burdah tuk dirinya sndiri lak... fahmi, nanti ambe dendangkan burdah ke demo nanti... hehe

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin