Esok saya ada peperiksaan tapi saya tak mahu melambatkan khabar gembira ini. Selepas solat fardhu Zuhur di Masjid Al-Azhar petang tadi, telah didirikan solat jenazah ghaib ke atas jenazah Allahyarham Mohd Hatta. Sungguh gembira hati apabila mendengar berita baik ini. Jazakumullah kepada Akhi Toha Al-Qolyubi yg memaklumkan tentang kematian Allahyarham kepada Imam Masjid Al-Azhar.

Kebetulan pada hari ini terdapat peperiksaan bagi pelajar Tahun 3 Kuliah Syariah, maka bayangkanlah jumlah mereka yg solat jenazah ghaib untuk Allahyarham. Ditambah pula dengan jumlah makmum selain daripada pelajar yg hadir di situ. Sudah tentu yg hadir termasuk syeikh-syeikh pensyarah Uni. Al-Azhar.

Syeikh Ahmad Al-Hajin juga telah mengumumkan tentang kematian Allahyarham Mohd Hatta di hadapan para penuntut ilmu setelah selesai pengajian Syarah Syamail Muhammadiah di Masjid Azhar selepas asar tadi. Seterusnya beliau mendoakan Allahyarham sambil didoakan oleh para penuntut ilmu yg menghadiri pengajian. Jazakumullah sekali lagi kepada Akhi Toha yg memaklumkan berita ini kepada Syeikh Ahmad.

Ketika solat jenazah di Dataran Hayyu Asyir tempoh hari, antara makmum yg menyembahyangkan Allahyarham ialah Syeikh Umar bin Habib Zain bin Sumait, anak kepada seorang ulama tersohor di Tanah Suci Madinah. Bahkan, sudah beberapa hari Allahyarham pergi, tapi kita masih lagi menyebut-nyebut tentang kebaikan beliau. Saya percaya ini merupakan tanda penerimaan di sisi Allah!

Apabila Allah cintakan si fulan, maka Jibril juga turut sama mencintainya. Lalu Jibril memberitahu pula tentang cinta Allah terhadap si fulan kepada penghuni langit yg lain di kalangan para malaikat muqarrabin. Maka, apabila penghuni langit juga mencintainya, si fulan akan mendapat penerimaan yg baik daripada penghuni bumi.

Bersabarlah wahai ahli keluarga Allahyarham! Insya Allah ruh Allahyarham bersama para Anbiya, Siddiqin, Syuhada' dan Solihin! Bekalan 30 juzuk Al-Quran di dalam dadanya merupakan teman rapatnya di alam barzakh sana. Syafaat Al-Quran yg amat mahal sedang memelihara beliau.

p/s: Doakan saya dan kawan-kawan untuk peperiksaan esok. -Last paper-  

2 comments:

Shahibul Afzan Wahab said...

alhamdulillah...untungnya beliau mendapat 'husnul khatimah' ini...

Insan said...

insyaAllah roh nya akan tergolong dalam orang2 yang beriman...amin.

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin