Musibah demi musibah datang menimpa. Yang terbaru, kemalangan yg melibatkan lima orang pelajar Perubatan di Mesir. Salah seorang daripada mereka telah kembali ke Rahmatullah. Innalillah... Saya tak mahu tulis panjang tentang ini. Saya sedih. Anda boleh baca di sini dan di sini.
~Takziah saya ucapkan kepada keluarga dan rakan-rakan mangsa yg terlibat.
Musibah lain ialah konflik antara Indonesia dan Malaysia merebut Pulau Ambalat. Demi mempertahankan Pulau Ambalat, Indonesia rela berperang. Indonesia seolah-olah tidak teragak-agak untuk mengerahkan tenteranya menyerang Malaysia jika rundingan dengan Malaysia tidak membuahkan hasil yg baik. Isu Ambalat dipanaskan lagi dengan isu-isu hangat sebelum ini seperti isu Manohara, amah didera dan Malaysia curi budaya Indonesia. Malaysia... Malaysia... Memalukan.
Ambalat adalah blok laut seluas 15,235 kilometer persegi yang terletak di Laut Sulawesi atau Selat Makassar. Isu Ambalat timbul berpunca daripada salah faham lantaran tiada kejelasan garis sempadan di kawasan tuntutan bertindih oleh Malaysia-Indonesia. Perairan Ambalat kaya dengan minyak dan gas. Oleh sebab itu, kedua-dua negara tidak akan mudah mengalah untuk 'menyedekahkan' hasil kekayaan bumi itu kepada jirannya.
~Jika Ambalat milik saya, saya akan sedekahkan hasil kekayaannya kepada Palestin.
Musibah lain ialah berlakunya pertembungan antara dua blok dalam PAS. Dan yg penting untuk difahami, dua blok ini bukan blok profesional dan blok ulama. Saya yakin dua blok ini mampu diruntuhkan melalui perbincangan dan toleransi. Secara ringkasnya, dua blok ini wujud kesan daripada perselisihan faham tentang Gagasan 'Unity Government' yg kemudiannya membawa kepada terwujudnya dua pasukan. Dan setiap pasukan masing-masing diwakili oleh golongan profesional dan ulama. Saya lihat isu ini semakin dipergunakan media. Kenyataan-kenyataan yg disiarkan sering menghangatkan semula isu yg kian sejuk. Sepatutnya, sebagaimana kata Timbalan Presiden, Ust Nasarudin, waktu selepas muktamar ialah waktu untuk merapatkan saf.
Pertembungan ini juga mewujudkan beberapa suasana yg tidak sihat di kalangan ahli PAS. Sikap biadap dan tidak menghormati ulama kian menular. Jari-jemari yg menaip tidak lagi kenal siapakah ulama dan tok-tok guru. Asalkan mereka tidak sependapat dengan dirinya, maka berhamburlah kutukan, tohmahan, cercaan dan fitnah yg ditujukan kepada mereka. Jelas, masih ramai yg buta adab. Blogger-blogger (bukan semua) merupakan penyumbang utama ke arah bahana fitnah ini. Malangnya, ada juga ustaz yg tidak melepaskan peluang menyertai acara kutuk-mengutuk ulama dan rakan-rakan seangkatan mereka. Adab telah mati.
Ya Allah satukanlah hati-hati pejuang Islam! Amiinn...
~Saya bersama Presiden dan Mursyidul Am ??!! Kerana kedua-duanya sepakat tidak akan bergabung dengan UMNO. Media, anda jawab di akhirat!
Terlalu banyak musibah yg melanda. Tetapi saya percaya kepada kata-kata ini,
Mudarat secara tersurat tetapi manfaat secara tersirat. Contohnya mudah. Abu berjanji akan menghantar Mat, rakan sekampungnya ke airport untuk penerbangan jam 3 petang. Malangnya, Abu tertidur. Mat pula tiada pengangkutan lain untuk ke sana. Maka, Mat terlepas penerbangan. Marah betul si Mat kepada si Abu. Lalu, Mat buka tv. Berita terkini melaporkan pesawat bagi penerbangan jam 3 petang tadi terhempas. Syukur. Nasib baik Mat terlepas kapal terbang. Nasib baik Abu tertidur.رُبَّ ضارّة نافعة"Boleh jadi perkara yg memudaratkan itu bermanfaat."
Apabila musibah datang melanda, maka ucaplah Istirja' :
إنا لله وإنا إليه راجعون
"Sesungguhnya kita milik Allah dan kepadaNya kita kembali."
Ramai yg beranggapan Istirja' hanya diucapkan ketika berlaku kematian. Ini merupakan satu pemahaman yg salah dan perlu diperbetulkan. Pemahaman yg betul ialah, setiap musibah yg melanda, kita ucapkan Istirja'.
Ketahuilah, tiada ungkapan yg paling afdhal untuk diucapkan apabila ditimpa musibah melainkan Istirja'. Imam Said bin Jubair rahimahullah berkata, lafaz Istirja' merupakan khususiyyat yg hanya dikurniakan kepada Nabi Muhammad Sollallahualaihiwasallam sahaja. Ia tidak pernah dikurniakan kepada Nabi-nabi lain sebelumnya. Beruntungnya kita menjadi ummat Baginda.
2 comments:
....rubba dhorrotin naafiah....
huhu...amt berat bagiku..
belum jumpe mane manfaah nye..
sabor aje ler..
~ jagung ~
to Jagung: Sabo2... kan tersirat manfaatnya. Mungkin Allah nak didik supaya lebih cakna kepada barang-barang ~ Jagung hilang MP3.
Tapi jangan pula anggap segala mudarat itu manfaat, sebab mungkin juga bala. Nauzubillah...
Post a Comment