Bulan Rejab bakal tiba. Bersempena kedatangan bulan mulia ini, saya rasa cukup dengan tulisan saya untuk bulan Rejab tahun lalu, 'Bulan Rejab & Peristiwa Israk Mi'raj' siri 1 dan siri 2.
Bulan Rejab dan Peristiwa Israk Mi'raj siri 1
إِنَّ عِدَّةَ ٱلشُّہُورِ عِندَ ٱللَّهِ ٱثۡنَا عَشَرَ شَہۡرً۬ا فِى ڪِتَـٰبِ ٱللَّهِ يَوۡمَ خَلَقَ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ مِنۡہَآ أَرۡبَعَةٌ حُرُمٌ۬ۚ ذَٲلِكَ ٱلدِّينُ ٱلۡقَيِّمُۚ فَلَا تَظۡلِمُواْ فِيہِنَّ أَنفُسَڪُمۡۚ وَقَـٰتِلُواْ ٱلۡمُشۡرِڪِينَ كَآفَّةً۬ ڪَمَا يُقَـٰتِلُونَكُمۡ ڪَآفَّةً۬ۚ وَٱعۡلَمُوٓاْ أَنَّ ٱللَّهَ مَعَ ٱلۡمُتَّقِينَ -سورة التوبة الأية 36 "Sesungguhnya jumlah bulan menurut Allah ialah 12 bulan, (sebagaimana) dalam ketetapan Allah pada waktu Dia menciptakan langit & bumi, di antaranya ada 4 bulan haram. Itulah (ketetapan) agama yg lurus, maka janganlah kamu menzalimi dirimu dalam (bulan yg empat) itu, dan perangilah kaum musyrikin semuanya sebagaimana mereka pun memerangi kamu semuanya. Dan ketahuilah bahawa Allah bersama orang-orang yg bertaqwa." Surah At-Taubah Ayat 36.
Ulama berselisih pendapat dalam menentukan bulan manakah yg paling afdhal di antara bulan-bulan haram tersebut. Sebahagian Syafieyyah berpendapat bulan Rejab. Pendapat ini dikatakan lemah oleh Imam Nawawi. Imam Nawawi mentarjihkan pendapat Hasan Basri iaitu bulan Muharram. Pendapat Sa’id ibn Jubair ialah bulan Zulhijjah.
- Bulan Zulqaedah: Kerana berlakunya perjalanan menuju ke Makkah untuk mengerjakan umrah & haji
- Bulan Zulhijjah: Kerana berlakunya haji padanya.
- Bulan Muharram: Supaya manusia pulang ke rumah mereka selepas mengerjakan haji dalam keadaan selamat & aman.
- Bulan Rejab: Kerana manusia mengerjakan umrah pada bulan ini iaitu pada pertengahan tahun.Mereka yg tinggal berdekatan dengan Makkah akan mengerjakan umrah pada bulan ini.
Rejab
Solat Raghaib
Puasa Rejab
أفضل الصيام بعد رمضان شهر الله الحرام وأفضل الصلاة بعد الفريضة صلاة الليل ~ رواه مسلم“ Puasa yg paling afdhal selepas Ramadhan ialah puasa pada bulan-bulan haram, dan solat yg paling afdhal selepas solat fardhu ialah ialah solat malam.” Riwayat Muslim.
Anas bin Malik berkata apabila tiba bulan Rejab, Baginda Sollallahualaihiwasallam berdoa,
اللهم بارِكْ لنا في رجب وشعبان وبَلِّغْـنا رمضان
“Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab & Syaaban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan.” Walaupun sanad hadith ini dhaif tetapi sebagaimana yg disepakati oleh kebanyakan ulama, harus & sunat beramal dengan hadith dhaif selagimana tidak maudu’.
Israk Mi'raj
Mereka terbahagi kepada beberapa kumpulan:
- Ulama salaf terbahagi kepada 2 kumpulan. Terdapat salaf yg menyatakan ia berlaku secara sedar.
- Terdapat salaf yg menyatakan secara mimpi.
- Sebahagian ulama antaranya, Abu Bakar ibn Al-‘Arabi. Beliau telah membenarkan kedua-dua pendapat salaf dengan menyatakan peristiwa Israk Mi’raj berlaku 2 kali. Pendapat ini ialah hasil gabungan sejumlah hadith yg merakamkan peristiwa bersejarah ini. Kali pertama secara mimpi sebagai persediaan kepada Nabi Sollallahualaihiwasallam untuk memudahkan baginda menghadapi perjalanan sebenar kerana perjalanan ini merupakan perjalanan yg cukup mencabar. Israk Mi’raj yg kedua pula secara sedar.
- Terdapat ulama yg menyatakan Israk ke Baitul Maqdis berlaku secara sedar dengan jasadnya manakala Mi’raj menembusi 7 petala langit pula berlaku dengan ruhnya sahaja.
Jumhur ulama berpendapat Isra’ Mi’raj berlaku hanya sekali iaitu pada waktu malam, secara ruh dan jasad dan secara sedar. Ulama juga sepakat bahawa ibadat Solat difardhukan pada malam Mi’raj.
Imam Nawawi mentarjihkan bahawa Israk Mi’raj berlaku pada malam 27 Rejab. Pendapat ini juga dipegang oleh Ibnul Athir dan Imam Rafie’…bersambung…
Lathoiful Ma'arif, karangan Imam Ibn Rejab Al-Hanbali
Dhous-Siraj fi fadli Rejab wa Qissatil Mi'raj, karangan Syeikh Muhammad Amin Al-Kurdi
Maqolat Al-Kauthari, himpunan tulisan Imam Muhammad Zahid Al-Kauthari
_______________________________
Bulan Rejab dan Peristiwa Israk Mi'raj siri 2
:: Hujjah menolak pendapat Isra' Mikraj berlaku secara ruh dan mimpi sahaja, bukan secara ruh dan jasad dan dalam keadaan sedar:
Adapun tentang ayat 60 Surah Al-Isra':
وَمَا جَعَلۡنَا ٱلرُّءۡيَا ٱلَّتِىٓ أَرَيۡنَـٰكَ إِلَّا فِتۡنَةً۬ لِّلنَّاسِ"Dan Kami tidak menjadikan Ar-Ru'ya yg telah kami perlihatkan kepadamu melainkan sebagai ujian kepada manusia"
Maka telah jelas lagi bersuluh bahawa Isra' Mikraj itu berlaku secara sedar dalam keadaan ruh dan jasad sebagaimana pendapat jumhur ulama.
:: Perhimpunan agung
Perhimpunan para nabi dan rasul 'alahimussalam pada malam yg bersejarah itu membuktikan kesatuan akidah & iman para nabi dan rasul 'alahimussalam. Pertemuan Rasulullah Sollallahualaihiwasallam dengan para nabi & rasul 'alaihimussalam pada malam itu merupakan pertemuan rohani & Taaruf maknawi di antara para utusan Allah. Sekaligus memperkenalkan kepada mereka kedudukan Rasulullah Sollallahualaihiwasallam di sisi Allah. Solat yg didirikan pada malam itu yg diimamkan oleh Rasulullah Sollallahualaihiwasallam dan diikuti oleh sekalian nabi itu membuktikan kepimpinan Rasulullah terhadap seluruh nabi bahkan seluruh makhluk!
:: Hikmah Mi'raj berlaku dari Masjidil Aqsa bukan Masjidil Haram
Bahkan peristiwa Mi'raj merupakan isyarat bahawa Masjidil Aqsa satu ketika nanti akan dicabuli kehormatannya dan ummat Islam wajib mempertahankannya kerana ia merupakan kiblat pertama & lokasi Mi'raj Rasulullah Sollahualaihiwasalam.
:: Isra' Mikraj: Mukjizat atau Khususiyyat?
Kesan daripada isu hangat yg melanda penduduk Makkah ini, maka berlakulah kes murtad di kalangan umat Islam yg masih daif imannya. Dari sudut yg berlainan, makin bertambah iman sebahagian yg lain. Oleh itu, sebahagian ulama tidak menganggap peristiwa Isra' Mikraj ini sebagai mukjizat tapi menyenaraikannya dalam kategori Khususiyyat Rasul iaitu perkara yg hanya dikurniakan kepada Rasulullah Sollallahualaihiwasallam sahaja. Hujjah mereka ialah mukjizat sepatutnya melemahkan dan menundukkan orang kafir tapi peristiwa ini pula sebaliknya. Menurut mereka, peristiwa ini sebenarnya lebih bersifat ujian dan fitnah terhadap manusia ketika itu.
Orang yg paling bersungguh membenarkan kejadian yg mustahil saat itu ialah Sayyiduna Abu Bakar As-Siddiq Radiyallahu'anhu. Dengan sikapnya itu, beliau telah mendapat gelaran As-Siddiq. Kesimpulannya, Isra' Mikraj merupakan mukjizat & khususiyyat. Dan ini sekaligus meraikan pendapat kedua-dua belah pihak.
:: Soalan Akidah berkaitan Isra' Mikraj:
- Adakah perisitwa Mikraj menunjukkan Allah berada di langit?
- Adakah Mikraj ke langit untuk mendekatkan Rasulullah Sollallahualaihiwasallam kepada Allah, dengan hujjah Allah itu di langit?
:: Jawapan:
- Tidak!!! Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah menyatakan bahawa Allah tidak bertempat. Belajarlah dengan alim ulama yg pakar dalam ilmu akidah. Belajar secara berguru dan lebih elok berkitab. Jangan jadikan kitab sebagai guru. Dan internet bukan madrasah untuk belajar Ma'rifatullah dengan serius!
- Mikraj bukanlah untuk mendekatkan Rasulullah Sollallahualaihiwasallam kepada Allah dengan hujjah semakin tinggi Rasulullah Sollallahualaihiwasallam diangkat, semakin hampir baginda kepada Allah. Kerana untuk mendekatkan diri kepada Allah bukanlah dengan mendekatkan jarak.
1-Ayat 19, Surah Al'Alaq:
وَٱسۡجُدۡ وَٱقۡتَرِب
"Dan sujudlah serta dekatkanlah (dirimu kepada Allah)"
2-Hadith:
أقرب ما يكون العبد من ربه وهو ساجد" Paling hampir sesorang hamba itu dengan tuhannya dalam keadaan dia sujud"
لا تفضلوني على يونس بن متى
" Janganlah kamu melebih-lebihkan aku melebihi Yunus bin Matta".
Oleh sebab itulah Rasulullah Sollallahualaihiwasallam bersabda supaya janganlah melebih-lebihkan baginda melebihi Nabi Yunus dari segi hampirnya kepada Allah dalam situasi tersebut kerana kononnya jarak baginda lebih hampir dengan Allah kerana baginda berada tinggi di atas langit. Fahamilah, sesungguhnya hampirnya seseorang kepada Allah tidak melibatkan jarak kerana Allah suci dari bertempat. Tempat & jarak merupakan sifat makhluk dan tidak layak bagi Khaliq!
[1] Menurut sebahagian ulama tafsir, kalimah Ar-Ru'ya dalam ayat tersebut bermaksud mimpi tentang Perang Badar yg dialami oleh Rasulullah sebelum perang itu terjadi.
Rujukan:
Lathoiful Ma'arif, karangan Imam Ibn Rejab Al-Hanbali
Dhous-Siraj fi fadli Rejab wa Qissatil Mi'raj, karangan Syeikh Muhammad Amin Al-Kurdi
Maqolat Al-Kauthari, himpunan tulisan Imam Muhammad Zahid Al-Kauthari
Syaamil Al-Quran(terjemahan Al-Quran)
p/s: Entri 'Jangan hina ulama' siri akhir terpaksa saya tangguhkan.
Doktor Azhan, jangan marah ya! Saya sedang usaha untuk siapkan entri khas untuk anda sekarang :)
0 comments:
Post a Comment