Tuesday, June 16, 2009

Jangan hina ulama | siri 2

Tulisan saya yg difokuskan kepada ulama bukanlah bertujuan untuk memisah-misahkan ulama dan profesional. Cuma bertujuan mengembalikan semula kedudukan ulama yg semakin terhakis dewasa ini. Penghinaan ke atas ulama semakin menjadi-jadi. Ada yg menghina secara sedar dan sengaja. Jelas, ia tindakan musuh Islam untuk mencemarkan ikon agama Islam yg suci ini. Ada juga yg menghina secara tidak disedari dan tidak disengajakan. Emosi yg meracau-racau akhirnya diterjemahkan ke dalam bentuk perkataan atau penulisan. Maka, lahirlah kata-kata atau tulisan yg tidak enak untuk didengar atau dibaca. Ditambah pula dengan penghinaan ke atas makhluk mulia yg pernah tercipta, Sayyiduna Muhammad Sollallahu'alaihiwasallam. Sesungguhnya, dunia di ambang kehancuran...

Bentuk-bentuk penghinaan terhadap ulama:

Di Mesir, akhbar-akhbar dan majalah-majalah digunakan untuk menghina dan merendah-rendahkan golongan ulama. Para ulama dijadikan bahan ketawa dan sindiran. Antaranya:
Seorang yg celaka telah melukis karikatur seorang ulama yg sedang menaiki seekor keldai dalam keadaan terbalik. Kepala keldai berada di bahagian belakangnya, manakala punggung keldai berada di bahagian hadapannya. Serbannya pula jatuh ke tanah. Ini semua sebagai isyarat kepada kemunduran dan kejumudan ulama berdasarkan akal pendeknya.

Pelbagai cara digunakan untuk menghentam para ulama sehingga sanggup mereka-reka cerita dan mentohmah ulama dengan tujuan untuk menjauhkan masyarakat daripada ulama. Antaranya:
Tuduhan palsu terhadap Sayyid Qutb rahimahullah yg kononnya tidak mengotakan apa yg diseru olehnya sendiri. Kononnya, Sayyid Qutb rahimahullah telah membiarkan anak-anak perempuannya berhias-hias dan bersolek. Anak-anak perempuannya sering berulang alik ke kelab-kelab malam dan bergaul bebas dengan lelaki. Akhirnya, Allah membongkar pembohongan licik mereka apabila diketahui bahawa Sayyid Qutb rahimahullah tidak pernah pun berkahwin! Masakan mempunyai anak-anak?!

Sayyid Qutb ketika di penjara Mesir.

Tv dan panggung wayang turut menyumbang ke arah fitnah ini. Terdapat drama dan filem yg mempamerkan pelakon yg kononnya seorang ulama berserban putih tetapi melakonkan watak jenaka seperti seorang yg bodoh. Anehnya, tidak pernah pula dilihat perkara sebegini berlaku kepada tokoh agama Kristian atau Yahudi?!

Itu cerita di Mesir. Bagaimana pula dengan bumi tercinta? Dua kali lima, lima kali dua. Baca 'Kenyataan Mencabar Islam Serta Menghina Rasulullah dan Ulama' dalam petikan Memo Kepada Majlis Raja-Raja Melayu, 'Islam Dicabar, Rasulullah Sollallahualaihiwasallam dan Ulama Dihina' oleh Persatuan Ulama Malaysia (PUM). Antara kenyataan-kenyataan biadap yg menghina ulama ialah:

3.0 MENGHINA MUFTI DAN ULAMA'

"Perhaps the turbans of the mufti are too tight and therefore not enough oxygen is getting into their brains. They are not thinking straight."
("...Mungkin serban mufti-mufti terlalu ketat dan sebab itu tidak cukup oksigen masuk ke dalam otak mereka. Mereka tidak berfikran waras")

"make fatwa which most of the people, including other ulama and mufti, do not follow"
(membuat fatwa yang mana kebanyakan orang, termasuk ulama dan mufti lain, tidak ikuti)

"many ulama themselves are perveyours of...pagan practices"
(ramai dari ulama sendiri penjual amalan jahiliyah)

"the ulama themselves are incapable of intelligent thought"
(ulama sendiri tidak mampu berfikir dengan cerdik)

["Now The Mufti Blame Hindi Films", Akbar Ali - The Sun, 21 Februari 2001]

Isu Unity Government dan Adab

Semenjak isu Unity Government dipergunakan media, fitnah dan tohmah semakin bermaharajalela. Saya rasa semua setuju jika dikatakan Tuan Guru Presiden ialah ulama. Sekarang, ulama ini dihina. Mereka yg tidak sependapat dengan Tuan Guru Presiden menghentam beliau semahu-mahunya. Blogger juga penyumbang besar ke arah suburnya fitnah ini. Saya percaya hampir keseluruhan tulisan yg mengutuk beliau datangnya daripada blog-blog talibarut UMNO. Perkataan bodoh, celaka bahkan gelaran lembu dan laknat ditujukan kepada para ulama yg kononnya jahat di mata mereka. Saya bimbang di kala fitnah sedang marak menyala, ahli-ahli PAS jadi kurang marah kepada tulisan-tulisan durjana ini.


Tapi, yg lebih menyedihkan ialah ada juga tulisan sebegini datang daripada ahli-ahli gerakan sendiri semata-mata kerana tidak sekepala dengan Tuan Guru Presiden. Tuan Guru dituduh berbohong. Saya kira, tuduhan sebegini tersangat berat untuk dilontarkan kepada tokoh sehebat beliau. Saya tidak mendewakan beliau. Beliau layak untuk betul dan layak untuk salah. Tapi mengapa bersikap menyerang bahkan mengetepikan adab dan etika sebagai seorang muslim lebih-lebih lagi sebagai seorang ahli gerakan Islam?! Ini bukan soal Unity Government, ini soal adab dan akhlak. Kalau anda tidak sependapat dengannya sekalipun, sila jaga adab-adab anda. Jika anda sokong pendapat Tuan Guru Nik Aziz, maka hormatilah juga pendapat Tuan Guru Haji Hadi. Bukankah kedua-duanya tuan guru? Ayuh, kita kembali bersatu! Saya tegaskan, kita bersatu atas nama adab dan akhlak! Saya tidak menulis atas kapasiti penyokong Gagasan Unity Government mahupun penentangnya. Anggap saja saya neutral :)

Ikuti sambungan seterusnya...

5 comments:

AnjeRuby a.k.a Kak Abell said...

sakit hati membaca blog2 yg penulisannya ada menghina ulama. mmg la ulama x maksum, tetapi si penghina tersebut seharusnya tahu dalam adab2 menegur.

mungkin kita boleh mengajar manusia2 sebegini dalam bab menegur ni..

RdhanZ said...

Ulama tak maksum, tapi mahfuz.

Isu unity government adalah perbincangan ilmiah. Yang tak tahu adab tak layak jadi ahli ilmu, maka mereka tak layak untuk membincangkannya.

Fullstop.

al-aman said...

To AnjeRuby : Saya bersangka baik bahawa mereka ni jahil adab. Sebab kalau x, maka mereka memang jahat... bukan jahil.

To Rdhanz : Setuju2. Silakan untuk berbincang tapi pastikan beradab. Adab2 semakin dipinggirkan gara-gara berasa mereka berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dgn alim ulama. Fullstop.

Izzudin said...

insyaallah..mudah-mudahan segala kekalutan dan kekusutan yang sedang dialami ini akan dapat dileraikan dengan cara yang paling berhkmah..tetapi dalam keadaan sekarang ini..pejuang-pejuang islam tidak boleh termakan hasutan kaum munafiq yang ada dalam masyarakat hari ini...sama-samalah kita junjung pendekatan ulamak..insyaallah selamat.

Anonymous said...

قد أفلح من تزكى

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin