Semua orang pernah hilang barang. Saya hilang kunci rumah. Entah di mana letaknya. Terpaksa menyusahkan kawan-kawan untuk membuka pintu rumah. Biasanya ia menghilang selama 2-3 hari sahaja, tapi sekarang dah mencecah minggu. Sedih rasanya. Syukri pula hilang kaca matanya. Teraba-raba mencari barang. Sedih rasanya. Terlalu seksa saya lihat keadaannya. Tak sanggup melihatnya.
Azizi juga hilang sesuatu. Tapi, langsung tak kelihatan sedih di raut wajahnya. Makin gembira pula. Satu kehilangan yg menggembirakan. Azizi hilang zaman bujangnya. Selepas ini dia tidak akan makan Megi lagi. Bahkan dilarang makan Megi bagi yg sudah berkahwin kerana ia hak orang-orang bujang. Jangan cerobohi hak kami.
Tahniah saya ucapkan buat Ustaz Azizi dan Ustazah Nor Hura. Selamat menempuh alam perkahwinan. Semoga berbahagia hingga akhirat. Rasulullah mengajar supaya mengucapkan,
بارك الله لكما وبارك عليكما وجمع بينكما في خير
kepada pasangan yg telah berkahwin. Kawan-kawan tumpang gembira dengan berita baik ini. Bahkan Nasir yg teramat girang dan gembira tersasul ketika menyebut ucapan di atas. Huhu. Bilakah saya akan ucapkan ucapan ini kepada Nasir agaknya ya?
p/s: Saya hilang mood untuk buat urusan kuliah dan urusan visa sejak 3 tahun lalu. Saya juga kehilangan Manan sejak 3 bulan lalu. Hari ini saya akan menemuinya kembali. Saya rindukan kelunakan suaranya mengalunkan Qasidah dan Burdah.
5 comments:
ampeh tol... nama kita pun ada gak.. ish ish ish.. mmg satu kehilangan perkataan... :D
salam..kami semua tergelak2 baca...kami doakan ustaz jmp balik yg hilang..(anas,zuket,fahmi..)
Tahniah untuk Zizi...Emang guane dok hilang apa ke?
Emang ada hilang barang jgk tahun lepas,tapi dah terganti. Kalau x, maka terjejas la kehenseman emang. Tanya la dia hilang apa. Huhu.
ana ingat nak tnggu us fahmi nikah dlu, tp lambat sgt sih..ngn xmalu nye ana langkah bendul laaa
Post a Comment