Saturday, June 21, 2008

Abu Gharib versi Malaysia


Dipukul dan dipaksa lakukan seks oral sesama sendiri

Anis Nazri
Fri | Jun 20, 08 | 6:17:08 pm MYT

KUALA LUMPUR, 20 Jun (Hrkh) - Pegawai polis Kajang didakwa memukul empat tahanan, termasuk dua daripadanya dipaksa melakukan sek oral sesama mereka sambil diperhatikan pihak polis.

Selain dipukul dan dipaksa melakukan seks oral, mereka juga mendakwa disembur dengan penyembur serangga dan dipaksa menjilat kasut anggota polis dalam tempoh tahanan reman mereka.

Dakwaan tersebut disampaikan peguam tahanan tersebut, Kartigesan Shamugam, di hadapan Pesuruhjaya Suhakam, Dato' Siva Subramaniam, di pejabat Suhakam, petang tadi.

Menurut Kartigesan, mereka ditahan pada 29 Mei lalu, di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan.

Bagaimanapun, tarikh mereka didera tidak dimaklumkan kepada Suhakam, namun dipercayai kejadian itu berlaku ketika tempoh tahanan reman tujuh hari mereka.

Mereka kemudiannya dibawa ke Mahkamah Majistret untuk disambung reman selama tiga hari lagi, dan berpeluang mengadu kepada Majistret mengenai deraan tersebut.

Difahamkan, mereka kemudiannya dibawa semula ke Balai Polis Kajang untuk lanjutan tahanan reman dan sekali lagi didakwa didera kerana mengadu kepada Majistret mengenai deraan sebelum itu.

Sehubungan itu, bapa kepada seorang mangsa, bertindak membuat laporan berhubung deraan seksual tersebut di Suhakam pada 11 Jun lalu.

Sementara itu, Dato' Siva dalam responsnya, berkata Suhakam telah memberikan surat kepada Ketua Polis Daerah Kajang setelah menerima aduan tersebut bagi mendapatkan maklumat terperinci mengenai dakwaan tersebut.

"Setelah Suhakam mendapat jawapan dari Ketua Polis Daerah Kajang, Suhakam akan meneruskan siasatan kerana dakwaan ini adalah sesuatu yang serius jika dibuktikan, dan ia jelas melanggar prinsip asasi yang dijamin perlembagaan," tegas beliau.

Dalam pada itu, Siva berkata surat tersebut juga telah dihantar salinannya kepada Ketua Polis Negara untuk makluman dan tindakan pihak terbabit. - mns_

Sumber: HarakahDaily.Net

Tuesday, June 10, 2008

Akal tanpa wahyu, binasa...

Saya biarkan jari jemari ini menaip untuk berkongsi sedikit maklumat tentang kebod*han dan keganjilan manusia era jahiliyyah moden ini. Manusia masa kini seolah-olah tidak mampu untuk berfikir waras untuk kebaikan diri mahupun orang lain. Benarlah, apabila akal yg dijadikan pemandu, tentu anda akan terbabas kemalangan. Oleh itu, prinsip kami Ahlus Sunnah wal Jamaah tidak menjadikan akal mendahului wahyu sebagaimana mazhab Muktazilah. Bahkan berbeza terus dengan prinsip agama batil si kafir yg bertuhankan hawa nafsu. Kitab suci mereka ditinggalkan di belakang bahkan bertindak sesuka hati pula merubah isi kandungannya.

Pada hari ini, dunia siber telah menawarkan berbagai-bagai perkara. Jumlah laman web yg bersarang mencapai angka yg amat besar. Kesimpulannya, terdapat beberapa jenis laman web yg bertapak di alam siber ini. Ada yg bersifat informasi, bisnes, hiburan dan laman peribadi. Ada yg bertindak membantu. Ada yg merosakkan. Ada yg membantu untuk merosakkan. Anda akan faham apakah maksud ayat 'membantu untuk merosakkan' ini.

Baru-baru ini beberapa laman web dan chatroom yg berpusat di Britain akan mula ditutup. Kerana ia berstatus 'membantu untuk merosakkan'. Laman-laman web ini dibina bertujuan untuk menggalakkan insiden bunuh diri dan memberikan maklumat kepada orang ramai tentang cara-cara untuk membunuh diri. Kewujudan laman-laman web ini telah menyebabkan sekurang-kurangnya 27 kes kematian di Britain sejak enam tahun lalu. Sila klik sini atau sini.


Malangnya, setelah enam tahun barulah manusia-manusia yg memegang tampuk pemerintahan di Britain mempertimbangkan untuk mengharamkan laman-laman web ini dan bercadang untuk meminda undang-undang yg sedia ada kerana dilihat tidak mampu untuk menangani kes ini.

Orang yg membunuh diri akibat terpengaruh dengan laman-laman web ini ialah orang yg bod*h. Manakala yg menguruskan laman-laman web ini juga bod*h kerana membantu untuk merosakkan dan membunuh jiwa rakan sespesies mereka. Akal tidak boleh menerima sikap sebegini. Tapi yg paling layak untuk menerima anugerah paling bod*h ialah mereka yg dipilih untuk mewakili masyarakat menjaga kebajikan, lalu hanya duduk-duduk di kerusi parlimen tanpa mampu meminda undang-undang bod*h ciptaan akal.

Walaubagimanapun, mereka masih masih lagi layak untuk diucapkan tahniah kerana akhirnya sedar tanggungjawab mereka walaupun kebod*han mereka telah memakan 27 nyawa manusia yg juga bod*h. Akal jadi mandul dan bod*h apabila tiada panduan wahyu.

Ah, agak keras...asyik melabelkan bod*h kepada orang lain. Oleh itu, saya akan cuba untuk menjadi cerdik. Semoga Allah menggolongkan saya dan anda di kalangan orang-orang yg cerdik yg sentiasa menjadikan Wahyu sebagai pemandu untuk bergerak ke mana-mana sahaja. Aminnn...


Semalam, saya berkesempatan untuk menghadiri satu majlis Maulid. Majlis tersebut telah dihadiri oleh beberapa orang tetamu istimewa, mereka ialah rombongan Ad-Daie Al-Habib Muhammad bin Abd Rahman As-Saggaf. Sungguh bertuah apabila dapat bersama-sama dengan orang alim dan soleh dalam satu majlis.

Harapnya, keberadaan bersama Al-Habib Muhammad semalam menyebabkan rahmat Allah turun kepada hamba yg hina ini dan memberikan satu semangat baru untuk terus menceburi bidang dakwah. Sufyan bin 'Uyainah[1] berkata "عند ذكر الصالحين تنزل الرحمة " bermaksud, " Apabila menyebut tentang orang-orang soleh, rahmat akan turun".[2] Jika hanya menyebut tentang mereka , rahmat akan turun maka jika hadir bersama-sama mereka insya Allah lebih-lebih lagi.

Kata-kata di atas bukanlah hadith Rasulullah Sollahualahiwasallam walaubagaimanapun, kata-kata ini telah masyhur lalu dinisbahkan kepada Sayyidina Rasulullah Sollallahualaihiwasallam. Ini bukanlah medan untuk memperdebatkan takhrij kata-kata ini dan saya juga bukanlah orang yg ahli dalam bidang ini. Tapi insya Allah saya akan senaraikan sedikit maklumat tentangnya di nota kaki. Kembali ke topik asal.

Biodata

Al-Habib Muhammad bin Abd Rahman bin 'Alawi bin Abdullah bin Husain bin Muhsin bin 'Alawi bin Saggaf. Beliau merupakan seorang ulama berketurunan Sayyidina Rasulullah Sollallahualaihiwasallam melalui nasab Sayyidina Husain RadiAllahu'anhu. Beliau dilahirkan di Bandar Seioun di Hadramaut, Yaman pada tahun 1972. Maknanya umur beliau sekarang ialah 36 tahun. Kemudian 3 tahun setelah kelahirannya, beliau bersama ibubapanya telah berpindah ke Hijaz dan menetap di Jeddah.

Beliau mempelajari ilmu daripada para Masyayikh dan sanad pengajian beliau bersambung sehingga ke datuknya yg mulia, Sayyidina Rasulullah Sollallahualaihiwasallam. Antara para ulama yg berperanan mendidik beliau ialah:

1-Al-Imam Al-Allamah Al-Habib Abdul Qadir As-Saggaf Hafizohullah
2-Al-Imam Al-Allamah Al-Habib Ahmad Masyhur bin Toha Al-Haddad Rahimahullah
3-Al-Imam Al-Allamah Muhadith Haramain Al-Habib Muhammad bin Alawi Al-Maliki Rahimahullah
4-Al-Imam Al-Allamah Al-Habib Abu Bakar Al-'Adni bin Ali Al-Masyhur Hafizohullah
5-Al-Imam Al-Allamah Al-Habib Umar bin Hafiz Hafizohullah

Memadailah dengan menyebut nama mereka di atas bagi memperkenalkan sedikit-sebanyak tentang keilmuan dan sanad pengajian beliau.

Operasi Dakwah

Beliau sibuk menceburkan diri dalam bidang dakwah kepada Allah Subhanahuwataala melalui cara yg berhikmah dan gaya penyampaian yg hebat. Keistimewaan dakwah beliau ialah pengorbanan beliau melakukan rihlah dakwah ke negara-negara yg jauh daripada para ulama dan masyarakat Muslim. Beliau menerokai dunia-dunia asing ini dengan membawa mesej Tauhid dalam situasi masyarakat dunia hari ini yg terlalu sibuk dengan kehidupan duniawi lalu melupakan penciptanya. Muslim sendiri seolah-olah terlupa tanggungjawab mereka terhadap ummatul dakwah yg tinggal di ceruk-ceruk terpencil di dunia ini. Antara negara-negara yg pernah dijejaki beliau dalam meneruskan usaha dakwab ialah negara-negara di sebelah Afrika, seperti Kenya, Tanzania, Uganda. Beliau juga melakukan dakwah di Amerika, negara-negara Teluk, Yaman, Lubnan, Mesir dan Jordan.

Kisah di Afrika

Sebenarnya beliau baru sahaja pulang berdakwah di Afrika. Keletihan tampak di wajah beliau. Walaubagaimanpun, Alhamdulillah, dengan hidayah Allah Subhanahuwataala ratusan penduduk negara dunia ketiga itu mengucapkan kalimah syahadah. Pergolakan politik di negara tersebut tidak menghalang usaha dakwah beliau untuk memperkenalkan cahaya kebenaran kepada mereka. Mereka mendakwa bahawa tiada siapa yg membawa ajaran Islam dan membentangkannya kepada mereka. Mungkin sahaja usaha dakwah pernah dilakukan terhadap generasi sebelum mereka, tapi masa telah menelan segalanya. Maka, Al-Habib mengambil peranan mulia ini untuk mempamerkan Islam. Akhlak dan tuturkata yg indah amat penting dalam melumatkan kekufuran dan membenihkan keimanan di dalam hati-hati mereka.

Yang menariknya, beliau ada menceritakan tentang seorang Muslim yg menasihati beliau supaya membiarkan mereka dengan agama kufur mereka dengan alasan bahawa mereka tidak akan menerima Islam dan akan berkeras untuk kekal dalam agama asal. Anehnya, lelaki itu merupakan seorang yg terpelajar dan bukanlah orang awam. Tanggungjawab dakwah tidak boleh diabaikan. Lalu Al-Habib menjawab bahawa beliau ingin mencuba terlebih dahulu. Kerana Hidayah adalah milik Allah Subhanahuwataala dan Dia akan berikannya kepada sesiapa sahaja yg Dia kehendaki.

Al-Habib terus melaksanakan operasi dakwahnya itu. Tiba-tiba, dalam setengah jam atau sejam sahaja mereka sudah mahu memeluk Islam. Allahu Akbar!!! Ratusan manusia telah berjaya diislamkan! Lihatlah dunia, Islam itu akan tersebar dengan mulianya! Lalu Al-Habib berkata bahawa masalah sekarang ialah bukan mereka yg tidak mahu menerima Islam tapi kamu yg tidak mahu mereka menerima Islam!

Beliau juga menjelaskan lagi bahawa masyarakat awam sebenarnya seolah-olah sedang berkata-kata kepada para penuntut ilmu " Ajarlah kami, ajarlah kami..." Sesungguhnya Lisanul Hal afsoh min lisanil maqol...Sabda Rasululullah Sollallahualaihiwasallam " بلغوا عني ولو أية " bermaksud "Sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat".

Beliau juga menceritakan tentang seorang ulama Hadramaut yg berpindah ke Makkah untuk menuntut ilmu. Setiap hari beliau akan berdiri di hadapan Kaabah dan berdoa supaya ilmu yg dipelajari dapat dimanfaatkan dan disampaikan ke seluruh pelusuk alam. Tetapi keadaan ketika itu seolah-olah tidak memungkin beliau untuk mencapai hasrat besarnya itu. Maka, beliau pulang ke Hadramaut dan mengajar di Ribat, Tarim. Hasilnya, kita sedang menyaksikan bahawa doanya itu dimakbulkan Allah. Para pelajar dari seluruh pelusuk dunia telah datang untuk belajar di Ribat, Tarim. Mereka yg datang kepada ilmu beliau. Rahsianya menurut Al-Habib ialah keikhlasan yg sebenar kepada Allah.

Benarlah, tidak semestinya natijah usaha kita akan kita lihat sendiri. Tapi mungkin, ia akan terhasil setelah beberapa ketika. Pokoknya, usaha dan terus usaha. Allah tidak pernah mempertanggungjawabkan kita untuk membahagi-bahagikan hidayah kepada makhluk. Kerana hidayah itu bukan hak kita. Hatta Rasulullah Sollallahualaihiwasallam sendiri tidak diberikan tanggungjawab sebegitu. Hidayah adalah hak milik mutlak Allah Subhanahuwataala.

Maka, Allah Taala tidak akan menyoal adakah ada manusia mahupun jin telah menerima dakwah kamu? Tapi soalan yg akan diajukan ialah adakah kamu telah berdakwah? Oh ya, kembali ke topik asal.

Karya-karya beliau:

  • [3] الطوالع السعدية في بيان مهام الدعوة الفردية
  • رسالة الغريب (1) و (2
  • رسالة الأمر بالمعروف والنهي عن المنكر
  • الجواهر من كلام السادة الأكابر
Untuk ke website Al-Habib, sila tekan sini.

Nota kaki:

[1] Imam Abu Muhammad Sufyan bin 'Uyainah bin Abi Imran Maimun Al-Hilali. Salah seorang Huffaz dlm Ilmu Hadith. Menetap di Kufah kemudian berpindah ke Makkah dan meninggal di sana pada tahun 198H.

[2] -Berkata Ali Al-Qari: Hadith عند ذكر الصالحين تنزل الرحمة ialah daripada kata-kata Sufyan bin 'Uyainah.(Al-Masnu')
-Berkata Al-Hafiz Ibn Hajar: Tiada asal baginya.
-Berkata Al-Iraqi ketika mentakhrij Hadith-Hadith Ihya': Tiada baginya asal yg marfu sesungguhnya ia adalah kata-kata Sufyan bin 'Uyainah.
-Di antara yg menyatakan ianya kalam Sufyan bin 'Uyainah ialah Abu Nuaim di dalam kitabnya Hilyatul Awliya', Ibn Abdil Barr di dalam At-Tamhid, Ibn Abi 'Asim di dalam Az-Zuhd.

Sumber: Tashihul Afham fi ma yansibu ila Nabiyyina alahissolatu wassalam, karangan Syeikh 'Alawi bin Hamid bin Muhammad bin Syihabuddin.

[3] Kitab ini diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia oleh Ustaz Muhammad Fauzi bin Abd Aziz Al-Yamani.

  • Keturunan
  • Kelahiran
  • Nama-nama
  • Penyusuan
  • Kematian ibubapa
  • Anak-anak

Keturunan:

Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Mutalib bin Hashim ibn ‘Abdu Manaf ibn Qusai ibn Kilab bin Murrah bin Ka’ab bin Luai bin Gholib bin Fihr bin Malik bin Nadr bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrikah bin Ilyas bin Mudhar bin Nizar bin Ma’ad bin ‘Adnan.

Nasab Rasulullah Sollallahualaihiwasallam hingga ke ‘Adnan ialah nasab yg telah disepakati ulama akan kesahihannya.

Dan yg dipastikan juga, nasab Rasulullah Sollallahualaihiwasallam sampai kepada Nabi Ismail bin Ibrahim 'Alaihimassalam.



“Sesungguhnya Allah telah memilih Kinanah daripada anak-anak Ismail, lalu memilih Quraisy daripada Kinanah, lalu memilih Hashim daripada Quraisy, lalu memilihku daripada Bani Hashim.” Riwayat Muslim.

Bapa Rasulullah Sollallahualaihiwasallam iaitu Abdullah bin Abdul Mutalib ialah anak yang paling dikasihi oleh Abdul Mutalib.

Ibunya ialah Aminah binti Wahb bin ‘Abdu Manaf bin Zahrah bin Kilab bin Murrah.Beliau dianggap sebagai wanita yang paling mulia pada zamannya.

Kelahiran:

Ibunya, Aminah berkata beliau tidak berasa seperti sedang hamil ketika mengandungkan Rasulullah Sollallahualaihiwasallam, bahkan beliau tidak berasa berat seperti yang dirasakan oleh seorang wanita yg sedang sarat mengandung.

Hari kelahiran Baginda Sollallahualaihiwasallam ialah pada hari Isnin. Walaubagaimanapun,ulama berbeza pendapat dalam menentukan tarikh sebenar kelahiran Nabi Sollallahualaihiwasallam. Adakah pada 9 atau 12 Rabiul Awwal Tahun Gajah.[1]

Tahun tersebut dinamakan Tahun Gajah kerana angkatan tentera bergajah Abrahah Al-Asyram menceroboh Makkah bertujuan memusnahkan Ka’bah tetapi dibinasakan oleh burung Ababil sebagaimana yang disebut di dalam Surah Al-Fil. Peristiwa pencerobohan itu berlaku pada bulan Muharram, 50 hari sebelum hari kelahiran Nabi SAW. Walaubagaimanapun, pendapat kebanyakan ulama ialah 55 hari sebelum kelahiran Nabi Sollallahualaihiwasallam.

Setelah itu, Rasulullah Sollallahualaihiwasallam dihantar kepada datuknya, Abdul Mutalib sebagai berita gembira dengan kelahiran cucunya. Beliau telah membawa Rasulullah Sollallahualaihiwasallam ke dalam Kaabah, lalu berdoa kepada Allah dan bersyukur kepadanya. Lalu memilih nama ‘Muhammad’ bagi Rasulullah Sollallahualaihiwasallam. Nama ‘Muhammad’ merupakan nama yg tidak pernah dikenali oleh bangsa Arab sebelum itu.

Nama-Nama Nabi Sollallahualaihiwasallam:

Terdapat sebanyak 201 nama dan sifat Nabi Sollallahualaihiwasallam yang tertulis di Masjid Rasulullah daripada pintu hingga ke mihrab. Antaranya, Muhammad, Ahmad, Al-Mahi, Al-Hashir, Al-‘Aqib, Al-Amin, Al-Mustofa, Al-Khatam, Al-Fatih, Ar-Rasul, An-Nabi, Al-Ummiy, Toha dan Yasin.

Penyusuan:

Ibu susunya yang pertama ialah Suwaibah. Kemudian disusui oleh seorang perempuan dari Bani Sa’ad bin Bakr, Halimah binti Abi Zuaib atau Halimah As-Sa’diyyah.

Kematian bapanya:

Bapanya pergi ke Syam bersama rombongan perniagaan Quraisy. Ketika pulang, bapanya sakit dan tinggal di Madinah bersama sanak-saudaranya, Bani ‘Adi bin An-Najjar selama sebulan. Lalu, beliau meninggal di sana dan umurnya ketika itu 25 tahun. Ketika itu, Nabi Sollallahualaihiwasallam berada 2 bulan di dalam kandungan ibunya.

Kematian ibunya:

Baginda Sollallahualaihiwasallam bersama ibunya pergi ke Madinah bertemu saudara-mara baginda, Bani An-Najjar ketika berumur 6 tahun. Di samping mereka berdua, terdapat seorang pengasuh iaitu, Ummu Aiman dan namanya yang sebenar ialah Barokah. Mereka menetap di sana selama sebulan. Ketika pulang, ibunya meninggal dan dikebumikan di Abwa’. Lalu Baginda Sollahualaihiwasaalam dipelihara oleh datuknya, Abdul Mutalib sehingga beliau meninggal iaitu ketika Baginda Sollallahualaihiwasallam berumur 8 tahun. Lalu, Baginda Sollallahualaihiwasallam dipelihara oleh bapa saudaranya, Abu Tolib.

Anak-anak:

3 Lelaki, 4 Perempuan:

Berdasarkan turutan:

  1. Al-Qosim
  2. Zainab
  3. Ruqoyyah
  4. Fatimah Az-Zahra'
  5. Ummu Kalthum
  6. Abdullah
  7. Ibrahim
-Kesemuanya ialah anak Baginda Sollallahualaihiwasallam bersama Khodijah RA, kecuali Ibrahim. Ibunya, Mariah Al-Qibtiyyah.

Fakta Ringkas:

  • Al-Qosim. Oleh kerana itu, Baginda Sollallahualaihiwasallam digelar Abul Qosim. Beliau juga merupakan anak Rasulullah Sollahualaiwasallam yg pertama meninggal dunia.Meninggal di Makkah ketika berusia 2 tahun.
  • Zainab. Berkahwin dengan sepupunya, Abul 'Ash bin Ar-Robi'. Ibu Abul 'Ash, Halah binti Khuwailid ialah adik beradik Sayyidah Khadijah Radiallahuanha. Melahirkan 2 org anak, Ali & Umamah. Zainab meninggal pada Tahun 8 Hijrah.
  • Ruqoyyah. Berkahwin dengan Sayyidina Uthman bin Affan Radiallahuanhu. Ruqoyyah meninggal pada hari perang Badar, bulan Ramadhan Tahun 2 Hijrah.
  • Fatimah Az-Zahra’. Berkahwin dengan Sayyidina Ali Radiallahuanhu selepas pulang dari perang Badar.Ketika itu Sayyidatina Fatimah Radiallahuanha berumur 15 tahun, manakala Sayyidina Ali berumur 21 tahun 5 bulan.
    Melahirkan 6 orang anak.
-3 lelaki: 1-Al-Hasan 2-Al-Husain 3-Al-Muhassin.
-3 perempuan: 1-Zainab 2-Ummu Kalthum, dikatakan berkahwin dengan Sayyidina Umar Radiallahuanhu 3-Ruqoyyah.

Sayyidatina Fatimah Radiallahuanha meninggal 6 bulan selepas kewafatan Nabi Sollallahualaihiwasallam, pada 3 Ramadhan Tahun 11 Hijrah. Sayyidina Ali mengebumikannya pada waktu malam.

  • Ummu Kalthum. Berkahwin dengan Sayyidina Uthman Radiallahuanhu selepas kematian Ruqoyyah. Oleh kerana itu, Sayyidina Uthman digelar 'Zun-Nurain' yg bermaksud 'yg mempunyai 2 cahaya' iaitu 2 isterinya: Ruqoyyah & Ummu Kalthum yg merupakan anak Rasulullah Sollahualahiwasallam. Meninggal pada tahun 9 Hijrah.
  • Abdullah. Digelar dengan At-Toyyib dan At-Tohir. Beliau merupakan anak yg kedua meninggal selepas Al-Qosim. Juga meninggal di Makkah sewaktu kecil.
  • Ibrahim. Anak Baginda bersama Mariah Al-Qibtiyyah. Lahir pada Zulhijjah tahun 8 Hijrah. Nabi Sollallahualaihiwasallam melakukan aqiqah dan menamakannya pada hari ketujuh kelahirannya. Baginda mencukur rambutnya dan menyedekahkan perak berdasarkan kadar timbangan rambut Ibrahim yg dicukur. Ibrahim meninggal pada tahun 10 Hijrah ketika berumur 16 bulan. Dikatakan ketika 18 bulan.
Allah memerintahkan supaya mencintai ahli keluarga Nabi Sollallahualaihiwasallam berdasarkan firmanNya dalam Surah As-Syura, ayat 23:

قُل لَّآ أَسۡـَٔلُكُمۡ عَلَيۡهِ أَجۡرًا إِلَّا ٱلۡمَوَدَّةَ فِى ٱلۡقُرۡبَىٰ‌ۗ

"Katakanlah(Muhammad), Aku tidak meminta sesuatu upah pun atas seruanku kecuali kecintaan dalam kekeluargaan"

~Cintailah Rasulullah Sollallahualaihiwasallam dan ahli keluarganya yg mulia~


Nota kaki:

[1]Berdasarkan kajian seorang pakar ilmu falak Mesir, Syeikh Mahmud Basha, tarikh kelahiran yg tepat ialah 9 Rabiul Awwal bersamaan 20 April 571 Masihi. Pendapat ini juga dipersetujui oleh Al-Imam Al-Muhaqqiq Muhammad Zahid Al-Kauthari Rahimahullah.

Walaubagaimanapun,
terdapat ulama yg beramal dengan kedua-dua pendapat, lalu menyambut Maulid Nabi Sollallahualaihiwasallam pada kedua-dua tarikh tersebut.

Rujukan:
-Ta'araf 'ala Habibika, Dar As-Sundus,Kaherah. Izin cetak dengan pengesahan Al-Azhar.
-Fiqh As-Sirah karangan Dr Muhammad Sa'id Ramadhan Al-Buti, Darul Salam, Kaherah.
-Ar-Rohiq Al-Makhtum karangan Al-Mubarakfuri, Darul Mustaqbal. Dicetak dengan izin khas dari Rabitah 'Alam Islami.
-Jalaul Afham Syarah 'Aqidatul Awam karangan Kiyai Ustaz Muhammad Ihya' Ulumiddin, Mahrasah Maktabah Al-Malik Fadh Al-Wataniyyah.
-Maqolat Al-Kauthari, himpunan tulisan Imam Muhammad Zahid Al-Kauthari, Darul Salam, Kaherah.

Marilah sama-sama kita kenali Nabi kita...Oh silap, maafkan saya kerana semuanya sudah kenali Nabi kita Muhammad Sollallahualaihiwasallam. Kita sudah tahu nama-namanya, isteri-isterinya, anak-anaknya dan segala yg berkaitan dengannya. Tetapi terdapat para ulama dan ustaz yg menggunakan peluang hari kelahiran Nabi Sollallahualaihiwasallam atau Maulid sebagai hari untuk lebih mengenali siapakah insan mulia ini, kerana hari-hari lain mungkin sibuk dengan pengajian-pengajian lain. Tapi, saya agak-agak mungkin SEMUA telah mengenali Nabi Sollahualaiwasallam sehingga ada pihak yg mahu mengharamkan Maulid dengan alasan kita wajib memperingati dan mencintai Nabi Sollahualaiwasallam sepanjang waktu.

Mengapa perlu dikhususkan hari tertentu untuk memperingatinya? Maulid ini bidaah munkarah, berdasarkan dakwaan mereka. Ah, ini bukan medan untuk debat isu yg tak pernah berkesudahan itu. Jadi, andainya anda telah pun mengenali Nabi Sollallahualaihiwasallam, maka anggaplah tulisan ini sebagai satu ulangkaji terhadap pengetahuan anda yg telah sedia ada itu. Jika ada maklumat baru, maka tambahkan ke dalam minda anda yg telah sarat dengan data dan maklumat yg berkaitan. Ini hanya setitik atau setengah titik maklumat ringkas daripada limpahan ilmu para ulama Sirah. Insya Allah, sama-sama kita ambil manfaat daripada tulisan hamba yg hina ini. Sekadar menterjemah daripada kutaib* dan mengumpul sedikit fakta daripada kitab-kitab Sirah.

Berselawatlah ke atas junjungan Nabi Muhammad Sollahualaiwasallam!!!

*kutaib = kitab yg bersaiz kecil

Tuesday, May 13, 2008

Ummah Films: Tomorrow Never Comes

Enjoy it!



If tomorrow never comes... (- -)

Qasidah Burdah Chapter 5: Concerning the Mu'jizat of Rasulullah Sollahu alaihi wasallam



"We have not sent you (O Prophet) but as rahmah to all the worlds." (21:107)

Blog Widget by LinkWithin