Objek yg bulat atau lebih tepat berbentuk sfera itu dipanggil bola. Dalam bahasa Arab, ia dipanggil 'كرة' (kuroh), dalam bahasa Inggeris, ia dipanggil 'ball'. Tapi ia bukan objek biasa. Ia mempunyai kuasa sakti yg membunuh. Ia pernah meluru laju tepat ke arah muka saya. Ia juga telah berkali-kali bergerak dengan kelajuan yg luar biasa menuju ke perut saya. Ia datang dari tendangan bertenaga dari pemain lawan bahkan kadang-kadang dari rakan sepasukan. Senaknya hanya Allah yg tahu. Kadangkala saya berlagak gagah, walaupun rakan-rakan sekeliling sudah sedia maklum akan kesakitan yg masing-masing biasa alami itu. Kadangkala tak mampu menahan kesakitan, lalu mula buat senaman perut. Benarlah, bola yg bulat itu memang berkuasa. Ia juga berpotensi merosakkan hubungan baik sesama rakan baik yg berlainan pasukan.
Ketika di sekolah rendah, saya hanya wakil kelas. Kami tidak pernah memenangi sebarang kejohanan. Seingat saya, kekalahan paling teruk yg pernah kami alami ialah 7-0. Maklumlah, saya dikelilingi pelajar-pelajar skema yg rajin membaca dan buat kerja sekolah. Tahun 2003, ketika berada di tingkatan 5, saya berubah status dari pemain bola sepak biasa kepada pemain bola sepak sekolah. Saya bukanlah pemain yg bagus tapi entah bagaimana boleh terpilih mewakili sekolah. Saya bukan merendah diri, I mean it bro! Semasa perlawanan akhir antara sekolah saya, SMAASZA vs SMA Mahmudiyah, saya terus berstatus pemain simpanan, setia menunggu di tepi padang. Kami tewas 1-0. Seingat saya sepanjang perlawanan dari peringkat awal hingga ke peringkat akhir, saya tidak pernah masuk padang. Saya hanya bermain ketika perlawanan persahabatan. Nah, bukankah itu dalil bahawa saya memang bukan pemain yg bagus?! Tapi sekurang-kurangnya saya pernah disarungkan pingat perak.
Ketika di Mesir, bola terus menunjukkan kuasanya. Sukan Mahabbah KPT yg sepatutnya menambahkan kasih sayang kadang-kadang berubah lalu mencetuskan perbalahan. Begitu juga Piala Presiden atau apa-apa sahaja piala anjuran PMRAM. Nastaghfirullah... Tahun lepas menyaksikan Mesir dan Algeria bertarung di dalam stadium dan berperang di jalanan. Syaikh al-Qaradawi mengulas, katanya yg menang ialah Yahudi!!
Saya bukan seorang anti bola sepak bahkan hobi saya bermain bola sepak. Saya suka bersukan tapi saya benci semangat kesukanan yg membunuh ukhuwwah sesama umat Islam. Kini, hubungan antara rakyat negara Indonesia dan Malaysia semakin meretak. Indonesia pernah menentang penubuhan Malaysia, bahkan Dr. Burhanuddin al-Helmy pernah dituduh bersubahat dengan Indonesia menentang penubuhan negara baru itu. Malaysia dituduh mencuri budaya jirannya, antara sebabnya ialah kerana lagu Rasa Sayang itu miliknya Indonesia. Malaysia lantas digelar Malingsia. Sebahagian rakyat Malaysia yg tidak bertanggungjawab pula bertindak mendera amah dari Indonesia yg berkhidmat sehingga separuh mati. Perebutan daerah perbatasan antara kedua-dua negara juga masih berlaku. Segelintir rakyat Indonesia berhimpun di Kedutaan Malaysia di Jakarta membakar Jalur Gemilang. Sampai bila masyarakat dari satu rumpun ini akan bertelagah? Siapa yg bersembunyi di sebalik tabir persengketaan ini? Kartun animasi Upin dan Ipin pernah menjadi duta untuk memulihkan hubungan kedua-dua negara. Upin dan Ipin menjadi ikon dalam klip video lagu 'Sahabat Selamanya' dendangan Padi Band, sebuah kumpulan muzik terkenal di Indonesia. Namin usaha dua beradik kembar itu seolah-olah gagal.
Beberapa hari lagi, perlawanan bola sepak antara kedua-dua negara akan berlangsung di Indonesia. Saya tidak ambil peduli tarikhnya akibat berang dengan perlawanan bola bulat itu yg membunuh kedamaian. Perlawanan sebelum ini yg menyaksikan kemenangan berpihak kepada Malaysia membangkitkan kemarahan sebahagian rakyat Indonesia. Pelbagai alasan diberikan, menunjukkan Malaysia main kotor. Laser dan serbuk gatal antara bahan yg disebut-sebut sebagai senjata yg menyebabkan kekalahan Indonesia. Malaysia tampil membela diri mendatangkan bukti bahawa Malaysia sendiri pernah diserang dengan senjata laser. Saya percaya orang yg tidak ambil tahu tidak akan tahu rupa bentuk senjata laser itu dan bagaimana ia digunakan untuk menyerang.
Hakikatnya, bola yg bulat itu tidak bersalah. Ia tidak punya kuasa. Yang bersalah ialah orang yg menendangnya membabi buta sehingga memecahkan pasu rumah orang, juga yg sengaja menendangnya untuk menyakitkan lawan. Yang bersalah ialah orang yg minat perlawanan bola lalu minat itu berevolusi menjadi taksub yg keji. Yang bersalah ialah yg jahil ilmu akidah sehingga terpengaruh dengan Paul, si sotong kurita yg kononnya sentiasa membuat ramalan tepat dalam Piala Dunia. Oh ya, sotong itu telah menemui ajal dan peranannya diambil alih oleh binatang tidak berakal yg lain. Yang bersalah ialah yg bertaruh, berjudi. Yang bersalah ialah kerajaan yg menghalalkan judi bola Piala Dunia dengan memberikan lesen kononnya untuk menyekat judi haram. Ringkasnya, yg bersalah ialah manusia berakal yg tidak menggunakan akal, yg membiarkan nafsu menyelubungi diri, yg melupakan persaudaraan suci atas nama Islam. Lupakah kamu sekalian wahai saudaraku dari Indonesia dan Malaysia akan ayat Allah yg bermaksud, "Sesungguhnya orang-orang beriman itu bersaudara.."
p/s: Habib Umar akan berkunjung ke Indonesia dan Malaysia. Saya harap pihak penganjur program di kedua-dua negara memaklumkan kepada beliau tentang konflik yg sedang melanda sejak dulu dan dihangatkan lagi sekarang dengan perlawanan bola sepak yg membunuh ukhuwwah sesama muslim. Habib Umar punya pengaruh besar terutama di Indonesia.
Saya cadangkan sebelum perlawanan berlangsung, pasangkan lagu 'Sahabat Selamanya' dendangan Padi Band feat Upin Ipin di dalam stadium. Kalau perlu, datangkan maskot Upin Ipin. Mana tahu sedikit sebanyak boleh mengurangkan ketegangan di kalangan penyokong fanatik kedua-dua pasukan? Siapa yg boleh suarakan cadangan saya ini kepada pihak penguasa Indonesia?

Ya Allah, selamatkan kami dari fitnah ini!