Sunday, March 28, 2010

Motivasi pagi

Perjalanan pulang semalam mengambil masa lebih kurang sejam. Walaupun mata mengantuk, saya gagahkan juga diri untuk menunggang motosikal dari Shah Alam terus pulang ke Kajang. Tuan motosikal pula hanya mahu membonceng. Terpaksalah saya merempit sambil mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran, selawat, zikir munajat dan beberapa bait Qasidah Burdah yg terhafal. Alunan yg mendayu-dayu bererti menambahkan lagi perencah mengantuk, maka saya laungkan kalimah-kalimah suci itu sehingga tekak pun kering. Tips Ustaz Azhar Idrus untuk hilangkan mengantuk ialah tuangkan minyak cap kapak ke dalam mata. Saya yakin ia memang mujarab. Mata masih mengantuk. Ditambah pula dengan keletihan+kebosanan seharian berada di Pesta Buku PWTC. Tingkat-tingkat bawah PWTC dibanjiri manusia. Keadaan yg terlalu sesak memaksa saya untuk naik ke tingkat-tingkat atas yg kelihatan agak lengang.

Kami berhenti di stesen minyak untuk memberi minum kepada motosikal yg kelihatannya tersangatlah dahaga. Mujur motosikal tidak merajuk di tengah-tengah lebuhraya lalu memaksa saya untuk mengheretnya. Si pembonceng hanya kelihatan handal berlagak menjadi tukang tunjuk arah. Kanan, kiri, kanan, kiri, tapi tetap juga terlajak. Setelah menghabiskan setin Ali Cafe, kami kembali beraksi di lebuhraya. Saya menunggang dengan penuh berhemat, taat dan patuh pada setiap arahan di bahu jalan. Kalau derhaka pun cuma lebih 10km/j.

Pagi ini saya bangkit dengan tubuh yg masih letih+mengantuk. Teringat kisah Imam Haramain rahimahullah, guru kepada Hujjatul Islam Al-Ghazali rahimahullah. Semalam, karya teragung Imam Ghazali iaitu Ihya' Ulumiddin merupakan asas kepada syarahan Syeikh Dr. Abdul Hakim Murad hafizahullah. Jika tidak silap saya, di dalam kitab Qimat Az-Zaman karangan Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah rahimahullah ada menceritakan tentang sikap unik Imam Haramain rahimahullah iaitu tidak akan tidur melainkan tertidur dan tidak akan makan melainkan terlalu lapar. Bagaimana dengan KITA? Tidur walaupun tidak mengantuk dan makan walaupun setelah beberapa kali lidah mengucap Hamdalah dan tali pinggang terpaksa dilonggarkan. Oh, maafkan saya. Bukan KITA tapi mungkin saya. Maaf ya!

Membaca kisah-kisah ulama memang satu motivasi.

Jika diikutkan nafsu, saya akan mencari alasan untuk tidak ke Masjid Negara pada hari ini. Workshop mengenai 'The Crisis of Modern Consciousness' selama hampir sehari yg akan menampilkan Syeikh Dr. Abdul Hakim Murad dan Syeikh Siraj Hendricks mungkin tidak mampu mengalahkan nafsu mahu berehat. Mujurlah pembonceng semalam kelihatan bersemangat sekaligus menjadi motivasi pembakar diri.

"Ya, Mutawalli... saya datang ni!" jerit saya kepada teman selaku tuan rumah dan tuan motosikal. Mujur ada teman yg salih. Inilah kelebihan 'Suhbah As-Solihin'. Memberi semangat apabila futur. Jom ke Masjid Negara!

7 comments:

Anonymous said...

teruskan bjuang!!!sy bdiri dibelakang mnyokong dan slalu mdoakan^^

Unknown said...

Ya, tuan motor tersebut selalu segan silu untuk menunggang motornya sendiri. Lebih gemar membonceng. Entah apa yang disegankannya. Kirim salam pada Wali. Panjang umur jumpa lagi. InsyaAllah.

alqasam said...

Askum,

saudara berkesempatan. Pukul berapa di masjid negara. Rasanya pada hari yang sama di masjid shah alam kan?

Alhamdulillah, itu berkah. Cinta pada orang yang soleh. Disampaikan hajat dan langkah. Kami juga berkeinginan. Namun dari jauh sahaja.

al-aman said...

anonymous: time kasih..time kasih

rdhanz: wali segan sebab dia x dok lesen moto huhu.

alqasam: yg di masjid negara tu, start pukul 9.30am-4.30pm ada 3 session. Saya pun datang lewat sikit kak..

yg di masjid shah alam x tau plk. mlm ni ada kuliah maghrib d masjid... wallahu'alam.. lupa :)

alhamdulillah, bile tengok syeikh, rasa semangat utk sambung belajar. Mesir, aku akan kembali kepadamu biar betapa huru-haranya keadaanmu....

alQasam said...

Akh di KL ke sekarang?

kalau balik terengganu jemput dtg rumah. Boleh berkenalan dengan suami dan beberapa ikhwah mesir yang ada di sini.(medic).

al-aman said...

saya menumpang di rumah kawan d kajang.. esok bertolak ke Kuantan.. insya Allah kalau saya balik kampung d Trg dan ada kelapangan, boleh ziarah (tp segan).. alamatnya?

Unknown said...

oh, segan bermaksud rupanya...

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin