Misi pertama:
Walaupun angin bertiup kencang, misi pertama tetap berjaya.
Kharijin - Maktabah - Khazinah
16 Disember 2009 | 11.10 am
Tema: Nak seribu daya, tak nak setrillion dalih.
Misi kedua menyusul.
Labels: Kehidupan 0 comments
Saya setuju benar dengan nama Ahmad Saifullah. 'Ahmad' bermaksud 'yg sangat terpuji', juga merupakan salah satu nama Baginda. Terdapat 201 nama dan sifat Baginda yg tertulis di Masjid Nabawi bermula dari pintu sehingga ke mihrab. Jika yg pernah menjejakkan kaki ke sana, mungkin perasan. 'Saifullah' pula bermaksud 'pedang Allah'. Saifullah ialah gelaran Baginda kepada Sayyiduna Khalid bin Al-Walid radiyallahuanhu."Zaid memegang panji lalu terbunuh. Kemudian, Jaafar pula memegangnya lalu terbunuh. Kemudian, Ibnu Rawahah pula memegangnya lalu terbunuh." Air mata Baginda mengalir. Kemudian Baginda berkata, "Sehinggalah panji dipegang oleh sebilah pedang daripada pedang-pedang Allah hingga Allah memberi kemenangan kepada mereka." Riwayat Bukhari.
Saya baru sahaja 'habis' menonton 'Muhammad Sollallahualaihiwasallam-The Final Legacy'. Menonton drama atau filem bersama saya sungguh mudah tapi mungkin tidak memuaskan anda. Filem Ketika Cinta Bertasbih selama lebih 2 jam berjaya saya habiskan sekitar 20 minit sahaja. Semasa menonton filem ini, saya lebih berminat untuk melihat latar tempat filem ini berlangsung. Seronok juga melihat tempat saya lalu lalang, kawasan belajar: kawasan yg menyimpan 1001 kenangan akhirnya masuk filem. Bahkan, kalau diminta untuk bercerita tentang filem ini, saya akan mensyarahkan latar tempatnya, bukan jalan ceritanya. Bagi drama bersiri 'Muhammad Sollallahualaihiwasallam-The Final Legacy' pula, saya tidak menghabiskan kesemua 30 episod. Ketika mulai menonton lagi, saya berkeyakinan penuh bahawa saya tidak akan menghabiskan kesemuanya. Saya bermula dengan episod ke-2 kerana tiada episod pertama. Selesai episod ke-2, saya tonton pula sebahagian episod ke-3, lalu saya terus melompat ke episod ke-24. Jika sudah ada episod ke-30, tentu episod itu mengakhiri slot menonton saya. Saya hanya menonton melalui Youtube. Walaupun kualitinya kurang bagus, saya boleh tersenyum tanda puas."Keistimewaan ini tidak terdapat pada sirah nabi atau tokoh yg lain. Sebagai contoh, sirah Nabi Musa 'alaihissalam telah dicampur adukkan dengan tokok tambah yg dilakukan oleh Yahudi. Ini tidak memungkinkan kita untuk merujuk Taurat pada hari ini untuk mengetahui sirah sebenar Nabi Musa 'alaihissalam.
Pengkritik dari Barat menyatakan kesangsian mereka terhadap sebahagian kitab suci mereka. Mereka menegaskan bahawa sebahagian kitab itu tidak ditulis pada zaman kehidupan Musa 'alaihissalam ataupun selepas zamannya dalam jarak masa yg dekat tetapi ia ditulis selepas itu dalam jarak masa yg jauh tanpa diketahui pula siapa penulisnya. Ini sudah mencukupi untuk berasa syak terhadap sirah Musa 'alaihissalam yg terdapat dalam Taurat. Jadi tidak mungkin bagi seorang Muslim yg ingin mengetahui sirah Musa 'alaihissalam merujuk Taurat bahkan hendaklah dia merujuk apa yg disebut oleh Al-Quran dan Hadith yg sahih.
Begitu juga halnya dengan sirah Isa 'alaihissalam. Injil-injil yg diiktiraf secara rasmi oleh gereja seluruh dunia pada hari ini diakui ditulis ratusan tahun selepas zaman Isa. Injil-injil ini telah dipilih daripada ratusan injil yg tersebar di tangan-tangan Kristian pada waktu itu dan pemilihannya tidak berpandukan manhaj yg ilmiah. Bahkan penisbahan injil-injil ini kepada penulisnya juga tidak dapat dipastikan secara ilmiah. Ia tidak diriwayatkan dengan sanad yg bersambung kepada penulisnya. Pengkritik dari Barat juga berkhilaf tentang nama-nama penulis Injil ini dan pada zaman manakah mereka sebenarnya? Rujuk 'Is The Bible God's Word' karangan Ahmad Deedat Rahimahullah."

Labels: Iklan, Kehidupan, Semasa 0 comments
Labels: Pendedahan, Sejarah, Tazkirah, Tokoh 6 comments
a- Abu Darda’
b- Abdullah b. Rawahah
c- Ibnu Jarir
d- Said bin Al-Musayyib
a- 7
b- 8
c- 9
d- 10
a- Perang Badar
b- Pembunuhan Saidina Ali
c- Pembunuhan Saidina Umar
d- Fathu Makkah
a- Ibnu Hajar Al-Asqalani
b- Ibnu Rejab Al-Hanbali
c- Imam Nawawi
d- Ibnu Jarir At-Tobari
a- Berhadas kecil
b- Berbekam
c- Gila
d- Mencium isteri
a- Haid
b- Nifas
c- Keluar mazi
d- Melahirkan anak
a- Abdullah bin Al-Mubarak
b- Ibnul Jauzi
c- Hajjaj bin Yusuf At-Thaqafi
d- Hasan Al-Banna
a- Haji
b- Solat
c- Zakat
d- Bersuci
Jawapan : a- Hajia- Ayat 183, Surah Al-Baqarah
b- Ayat 184, Surah Al-Baqarah
c- Ayat 187, Surah Al-Baqarah
d- Ayat 188, Surah Al-Baqarah
Labels: Akhlak dan Adab, Hukum, Kehidupan, Kisah, Pendedahan, Semasa, Tazkirah 9 comments